TIDAK RASMI: BN dahului undi awal PRK Ayer Kuning

Politik

TAPAH: Barisan Nasional (BN) mendahului pengundian undi awal Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dengan memperoleh 389 undi.

Berdasarkan maklumat dimuatnaik Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di laman sosial Facebook, keputusan tidak rasmi itu menunjukkan calon BN, Dr Mohamad Yusri Bakir mengatasi jumlah undi dua calon lain.

Bagi keputusan tidak rasmi itu, calon Perikatan Nasional (PN), Abdul Muhaimin Malek, 44, memperoleh 63 undi manakala calon Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40, dengan lima undi.

Terdahulu, peti undi awal tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Merdeka Tapah pada pukul 5.15 petang. – UTUSAN