Nurul Izzah tidak boleh lari persepsi nepotisme

Politik

SERI KEMBANGAN: Tanggapan nepotisme oleh orang ramai terhadap anak Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar adalah satu perkara yang tidak dapat dielakkan.

Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli berkata, beliau percaya bahawa Nurul Izzah mempunyai hujah tersendiri selepas beliau bertanding untuk jawatan kedua tertinggi itu.

“Apabila Izzah bertanding kerusi Timbalan Presiden, maka kita tidak boleh lari dari isu nepotisme kerana masing-masing akan ada hujah sendiri.

“Justeru, terpulang kepada Nurul Izzah untuk berhujah. Saya tidak ada niat untuk memanjangkan isu ini tetapi saya bimbang persepsi rakyat di luar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi audio siar Yang Bakar Menteri: Yang Berhenti Menteri? di Dewan Majlis Bandaraya Serdang Jaya, malam ini.