RIYADH: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada hari Selasa mendedahkan komitmen pelaburan berjumlah AS$600 bilion dari Arab Saudi ke negaranya.
Trump menyifatkannya sebagai “era keemasan” kerjasama ekonomi AS-Asia Barat dan menyenaraikan satu siri perjanjian berbilion dolar dengan syarikat terkemuka mereka dalam teknologi, pertahanan dan infrastruktur.
“Dari saat kami bermula, kami telah melihat kekayaan yang mencurah dan mencurah kembali ke Amerika,” kata Trump di Riyadh semasa Forum Pelaburan A.S.-Saudi.
“Minggu ini, terdapat tawaran komersial berbilion dolar dengan Amazon, Oracle, Advanced Micro Devices. Kesemuanya ada di sini. Uber Technologies, Qualcomm, Johnson & Johnson dan banyak lagi.” tambah Trump. –AFP