Kita makan nasi sama macam Thailand- Azlan

Sukan

PETALING JAYA: Perejam utama negara, Mohamad Azlan Alias menganggap kekuatan Malaysia dengan Thailand setara dan bersedia untuk menewaskan musuh tradisi itu dalam acara regu berpasukan di Kejohanan Sepaktakraw Piala Asia ASTAF 2025.

Azlan berkata, dia dan rakan sepasukan kini berada pada tahap terbaik, namun tidak memandang rendah mana-mana lawan termasuk Indonesia dan musuh tradisi, Thailand.

“Saya percaya semua pasukan hebat. Tapi kalau kita pandang rendah, lain jadinya. Kita sedia lawan siapa sahaja. Bagi kami, setiap perlawanan umpama hidup atau mati.

“Kami mahu tebus kegagalan lalu (menamatkan kemarau kejuaraan regu berpasukan). Misi utama kami sekarang adalah mara ke final. Kalau menang, itu adalah bonus.

“Thailand makan nasi, kita pun makan nasi. Jadi tiada beza. Yang penting adalah kekuatan mental. Kalau kita kuat dari segi mental, tiada masalah untuk lawan mereka,” jelasnya.

Dalam pada itu, berkata, pemilihan pemain kali ini lebih bersifat taktikal dengan penekanan terhadap pengalaman dan fokus utama pasukan ketika ini untuk melayakkan diri ke final terlebih dahulu.

“Saya lihat pasukan dah bersedia. Rakan-rakan sepasukan semua fokus dan komited dengan latihan. Kami tahu siapa lawan yang bakal menanti, jadi setiap strategi dirancang dengan teliti,” ujarnya lagi.

Malaysia dijangka berdepan cabaran getir dalam laluan ke final, namun Azlan optimis skuad negara mampu melangkah lebih jauh sekiranya dapat mengekalkan momentum dan semangat juang tinggi dalam setiap aksi.-UTUSAN