154 kakitangan TNB ditugaskan sempena LIMA 2025

Perniagaan

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) menugaskan seramai 154 kakitangan untuk bersiap siaga di lapangan dan bilik gerakan sempena Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 bermula esok hingga 24 Mei ini bagi memastikan bekalan elektrik berterusan dan berdaya harap sepanjang LIMA dijalankan.

TNB dalam kenyataan berkata mereka telah melaksanakan pelbagai inisiatif seperti semakan dan penyelenggaraan sistem 11kV dan 33kV di lokasi-lokasi utama LIMA 2025 seperti Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC), dan Resort World Langkawi pada tahun lepas.

tnb

TNB memastikan penyelenggaraan sistem 11kV dan 33kV di lokasi-lokasi utama LIMA 2025 seperti Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC), Pusat Konvensyen Antarabangsa Langkawi (LICC),Melalui kenyataan itu, TNB berkata, mereka juga menempatkan aset-aset seperti janakuasa bergerak di lokasi strategik serta bekerjasama rapat dengan pelbagai agensi seperti Lembaga Kemajuan Langkawi (LADA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Langkawi, Polis Marin, serta agensi-agensi lain bagi memastikan penyelarasan persiapan yang menyeluruh

TNB
Janakuasa bergerak TNB yang ditempatkan di lokasi-lokasi strategik di Langkawi sempena LIMA 25.
Dengan permintaan tenaga dijangka mencecah 85MW sepanjang acara berlangsung, TNB kekal komited untuk memastikan pengalaman pengguna yang selamat, lancar dan meyakinkan kepada semua pihak yang terlibat dengan LIMA 2025.
tnb
TNB memastikan LIMA 25 di Langkawi berjalan lancar tanpa masalah gangguan tenaga.

– UTUSAN