Sze Fei-Izzuddin mudah ke pusingan kedua Malaysia Masters

Sukan

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki No.1 negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani membuka langkah kanan dalam Malaysia Masters 2025 apabila menewaskan beregu muda Perancis, Eloi Adam-Leo Rossi 21-16, 21-13 pada pusingan pertama di Axiata Arena, sebentar tadi.

Izzuddin berkata tumpuan mereka kini adalah memperkemas aspek permainan termasuk rotasi dan mengenal pasti apa yang masih perlu diperbaiki.

“Siapa pun lawan kami, fokus utama adalah kepada persiapan mental dan fizikal untuk menghadapi perlawanan seterusnya.

“Sasaran memang ada, tapi kami tak mahu letak harapan terlalu tinggi di atas gelanggang,” kata Izzuddin kepada pemberita selepas perlawanan, hari ini.

Kemenangan itu melayakkan mereka ke pusingan kedua pada Khamis menentang sama ada gandingan Taiwan, Chen Zhi Ray-Lin Yu Chieh.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara Arif Junaidi-Yap Roy King menemui jalan pulang selepas tewas kepada pasangan Jepun Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-11, 22-20 dalam masa 38 minit. – UTUSAN