Antara salah satunya ialah Dzolkarnain Hassan, 52, seorang bekas tentera telah mengidap diabetes sejak 20 tahun lepas namun baru mengenali Dr Jue pada dua tahun sebelum ini.
“Saya mendapat diabetes disebabkan gaya hidup yang kuat bersukan namun ketagihan minuman sukan yang manis dan corak pemakanan yang tidak sihat.
“Saya rasa dengan gaya hidup aktif sudah cukup namun tidak menjaga pemakanan sehinggalah doktor menaikkan dos ubat dan insulin kerana paras gula dalam badan mencecah bacaan 22, dan selepas mengenali Dr Jue di media sosial, saya mula mempelajari banyak perkara untuk reverse diabetes,” katanya.
Sementara itu, Zainab Ahmad, 53 pula berkongsi bahawa ilmu yang diperolehnya sangat membuka mata dan kini beliau lebih faham tentang cara menjaga kesihatan keluarganya.
Sebelum ini beliau ada mencuba beberapa kaedah untuk mengawal pemakanan beliau, tetapi tidak mendatangkan hasil sehingga mendapat keradangan urat kerana diabetes.
Jelasnya lagi, beliau mengidap diabetes GDM pada tahun 2010 namun tidak mengambil sebarang rawatan hospital.
“Saya bermula dengan diet sendiri tanpa apa-apa ilmu namun gagal dan bacaan gula terus meningkat, pada tahun 2019 baru saya mengambil ubat kencing manis sehingga sekarang.
“Saya mengetahui mengenai Dr Jue ini dari media sosial dan perkongsian rakan-rakan online, dari situ saya selalu melihat video-video beliau dan menyertai seminar ini untuk belajar menegenai ilmu reverse diabetes lebih lanjut,” ujarnya.