Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek megumumkan Ujian Bertutur Bahasa Melayu untuk calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang dijadualkan berlangsung pada 2 Disember 2024 ini akan tetap diteruskan biarpun beberapa negeri sedang dilanda bencana banjir.
Memetik laporan Astro Awani, Fadhlina berkata pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah bersiap siaga sepenuhnya bagi memastikan kelancaran SOP Ops Payung bagi calon yang bakal menduduki ujian itu bermula esok sehingga Khamis ini.
Beliau juga memaklumkan KPM telah mempunyai Pelan Tindakan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) dan pekeliling mengenainya telah dikeluarkan pada 24 Oktober lalu. Pelan ini akan melibatkan kerjasama dengan agensi seperti NADMA, ATM dan APM bagi memastikan perperiksaan SPM berjalan seperti yang dijadualkan dengan lancar.
Pihak KPM juga menyalurkan bantuan tambahan kepada calon yang terkesan dengan bencana banjir berupa asrama atau pusat perperiksaan alternatif untuk mereka menduduki SPM.
Baca: “Tetap hadir” – Mangsa Banjir Hadir Konvokesyen Di PPS, Orang Ramai Titip Kata Semangat