Hanya 20 Daripada 1 Juta Graduan UiTM Berjubah Hitam, Lelaki ‘Reveal’ Bagaimana Terpilih

Teknologi

Melalui akaun TikTok @matt.kamil, pemuda itu meluahkan rasa terujanya selepas dapat memakai jubah khas graduan UiTM yang berwarna hitam.

Malah, ramai bertanya apa pencapaiannya hinggakan dapat memakai jubah berwarna hitam kerana kebiasaanya graduan UiTM akan mengenakan jubah berwarna biru.

Difahamkan, dia mengambil jurusan International Business dan telah mencipta teknologi angkasa yang antara pertama di dunia.

Menurutnya, hanya dua puluh daripada 1 juta graduan sahaja akan terpilih memakai jubah khas dan dipilih atas pencapaian luar biasa.

Menerusi laporan daripada Harian Metro, mereka melakar sejarah apabila teknologi ciptaan mereka iaitu Wireless Power Technology for Space Applications (stesen pengecasan tanpa wayar untuk kegunaan di angkasa) dipertandingkan pada Startup World Cup 2023 di Silicon Valley, San Francisco, Amerika Syarikat (AS).

Lebih membanggakan apabila teknologi ciptaan Muhammad Mohd Kamil, 29, Muhammad Razlan Dhamir Hamdan, 29, dan Lee Guo Rui, 25, itu adalah yang pertama di negara ini dan dunia.

Malah, satu lagi pencapaian buat mereka apabila berjaya menarik minat syarikat angkasa di Los Angeles iaitu Astrolab untuk bekerjasama membangunkan teknologi itu di bulan.