Menjalin hubungan: Bagaimana rakyat marhaen Malaysia membina masa depan bersama

Sains

Setiap kali kita melayari laman sosial atau menyemak berita di susur masa, kita seakan-akan dibanjiri kisah ketegangan etnik.

Sangat mudah untuk berasa lelah dan percaya segalanya akan runtuh. Tetapi jika kita menyingkap di sebalik tajuk utama dan hashtag yang tular, terdapat satu lagi naratif – cerita yang lebih senyap serta penuh harapan.

Tinjauan terbaru mengenai hubungan etnik di semenanjung oleh Project Sama memberi kita gambaran sekilas tentang kisah sebegitu di mana ia menunjukkan bagaimana penduduk Malaysia dapat membina masa depan berdasarkan rasa hormat, adil dan perpaduan.

Salah satu penemuan yang paling menggalakkan daripada tinjauan itu ialah begitu ramai yang menghargai kewujudan hidup bersama secara aman.

Majoriti cukup besar, 76% warga, percaya bahawa Islam dan multikulturalisme boleh berjalan seiring. Itu adalah tanda kuat bahawa orang ramai mahu menerima perbezaan dan mencari titik persamaan.

Lebih separuh daripada responden (58%) merasakan kemanusiaan saling berkaitan dan percaya kepada keperluan untuk bekerjasama bagi membina masa depan yang lebih baik.

Ini mendedahkan bahawa, pada asasnya, ramai di Malaysia mahukan perpaduan, bukan perpecahan.

Support the struggle to build a Malaysia based on Justice, Freedom, Solidarity: Tel: 04-658 5251 email: [email protected]

Tinjauan itu juga menyerlahkan ruang yang matang untuk penambahbaikan. Hanya 42% orang berpendapat bahawa kerajaan melayan semua orang secara adil. Kumpulan yang berbeza melihat keadilan secara berbeza. Sesetengah melihatnya sebagai isu kelas, manakala yang lain melihatnya melalui lensa etnik.

Walaupun dapatan ini mungkin kelihatan mencabar, ia juga menunjukkan peluang untuk perubahan yang bermakna. Jika kerajaan berusaha untuk menangani kebimbangan ini dan memastikan keadilan untuk semua, ia boleh mengukuhkan kepercayaan dan mewujudkan rasa kesaksamaan yang memberi manfaat kepada semua orang.

Apa yang benar-benar memberi inspirasi ialah sejauh mana interaksi merentas etnik dalam kehidupan harian orang ramai di Malaysia. Tinjauan ini mendapati bahawa 77-89% orang mempunyai interaksi rentas etnik yang kerap dalam kehidupan seharian mereka.

Hubungan harian ini – sama ada dengan rakan sekerja, jiran atau rakanlah – yang benar-benar memecahkan halangan. Mereka membenarkan orang melihat satu sama lain sebagai individu, bukan stereotaip.

Hubungan sebegini kuat dan jika kita dapat mewujudkan lebih banyak ruang untuk interaksi sebegini di sekolah, tempat kerja dan komuniti, hubungan ini boleh berkembang dengan lebih kukuh.

Tinjauan itu juga mendedahkan jangkaan orang ramai terhadap kepimpinan mereka. Mereka mahukan dasar yang melindungi semua orang: 71% menyokong langkah untuk mengurangkan keganasan dan 60% menyokong usaha untuk mengehadkan retorik berbahaya. Menariknya, hanya 37% menyokong pengharaman sepenuhnya perbincangan sensitif.

Perspektif yang cukup bernuansa ini menunjukkan bahawa ramai orang di Malaysia mahukan keseimbangan. Mereka menghargai dialog yang terbuka dan jujur ​​tetapi juga mengharapkan pemimpin untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan menghormati.

Kerajaan yang mendengar kebimbangan ini dan mengambil tindakan untuk menggalakkan keadilan boleh memberi keyakinan kepada orang ramai tentang masa depan yang lebih cerah.

Pada dasarnya, tinjauan ini menggambarkan kebenaran yang mengakar: ramai di Malaysia mahukan masyarakat di mana rasa hormat dan saksama adalah sebuah kebiasaan.

Aspirasi ini bukan soal dasar yang besar atau sebuah cita-cita abstrak. Ia adalah mengenai tindakan kecil setiap hari yang boleh kita lakukan. Dengan bersikap baik, mendengar orang lain dan keluar dari zon selesa, kita semua boleh memainkan peranan dalam membina masa depan ini.

Tinjauan ini akhirnya merakam pelbagai kisah harapan dan potensi. Orang ramai sudah pun meletakkan asas untuk negara yang lebih bersatu. Mereka melangkaui perbezaan, menunjukkan empati dan berusaha untuk menggapai keadilan.

Jadi, perpaduan bukanlah sekadar impian yang jauh; ia sedang berlaku sekarang. Jika kita terus membina dan memupuk usaha ke arah ini, kita boleh mencipta masa depan di mana kepelbagaian bukan sahaja diterima, tetapi diraikan, di mana keharmonian berkembang subur dan semua orang merasakan mereka benar-benar milik.

Malaysia dengan masa depan yang lebih cerah dan bersatu bukan sahaja mungkin – ia boleh dicapai.

Chris Chong
Editor bersama, surat berita Aliran
30 November 2024

Terjemahan oleh: Zikri Rahman

The views expressed in Aliran’s media statements and the NGO statements we have endorsed reflect Aliran’s official stand. Views and opinions expressed in other pieces published here do not necessarily reflect Aliran’s official position.

AGENDA RAKYAT – Lima perkara utama

  1. Tegakkan maruah serta kualiti kehidupan rakyat
  2. Galakkan pembangunan saksama, lestari serta tangani krisis alam sekitar
  3. Raikan kerencaman dan keterangkuman
  4. Selamatkan demokrasi dan angkatkan keluhuran undang-undang
  5. Lawan rasuah dan kronisme
Support Aliran’s work with an online donation. Scan this QR code using your mobile phone e-wallet or banking app:

Christopher Chong

Dr Christopher Chong, an academic, is co-editor of Aliran’s weekly newsletter. He has a doctrate in political science from Universiti Sains Malaysia and currently lectures on mass media and society in a non-profit private research university