Terutama bagi penduduk di bahagian pantai timur kerana mereka adalah antara negeri yang paling banyak mangsa banjir.
Sudah tentu, semua orang tidak mahu semua ini berlaku tetapi bencana sebegini tidak dapat dielakkan.
Malah, di media sosial juga banyak kita boleh lihat individu yang berkongsi keadaan banjir di kawasan mereka.
Seperti yang kita tahu, air banjir adalah kotor dan terdapat banyak kesan buruk termasuk peningkatan jangkitan penyakit seperti cirit-birit (termasuk taun dan disentri), jangkitan pernafasan, hepatitis A dan E, demam kepialu, leptospirosis serta penyakit bawaan serangga selepas surut.
Pun begitu, masih ramai yang mengambil tidak endah perkara ini dan lebih mengejutkan ada sesetengah ibu bapa yang hanya membiarkan anak-anak mereka bermain air banjir.
Menerusi laporan daripada Berita Harian, ia juga boleh menimbulkan pelbagai masalah kesihatan yang memberi kesan jangka masa panjang.
Pertambahan sampah dan air tercemar yang melimpah masuk ke dalam takungan dan saliran air meningkatkan risiko terjadinya penyakit berjangkit.
Justeru, Pakar Perubatan Kecemasan Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC), Dr Lim Eu Jack dan Perubatan Kecemasan, hospital sama, Dr Mohd Khalis Abdul Rahim, memberikan penjelasan mengenai masalah kesihatan ketika musim banjir seperti berikut.