Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Menjaga kesihatan diri merupakan antara aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh ramai tidak kira golongan muda atau tua. Ini termasuklah kesihatan fizikal dan mental seseorang.
Kesihatan mental yang merosot akan membawa padah kepada emosi dan tindakan seseorang individu. Seperti sebelum ini, tular kisah seorang pelajar yang nekad mahu berhenti belajar kerana mengalami masalah depresi.
Difahamkan, penuntut sebuah institusi pendidikan tinggi (IPT) itu tidak dapat menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarahnya kerana mengalami masalah kesihatan pada waktu itu sehingga menyebabkan dia mendapat markah kosong.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Pelajar Nekad Berhenti Belajar Kerana Depresi, Tindakan Lecturer Bagi Semangat Buat Ramai Sebak
Masalah Mental Di Kalangan Kanak-kanak & Belia Meningkat Kepada 16.5%
Baru-baru ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni mendedahkan bahawa masalah kesihatan mental dalam kalangan pelajar sekolah dan mahasiswa institusi pengajian tinggi yang melibatkan kumpulan umur kanak-kanak, remaja serta belia menunjukkan peningkatan sebanyak dua kali ganda.
Laporan Tinjauan Kesihatan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) menunjukkan peningkatan daripada 7.9% (424,000 orang) pada 2019 kepada 16.5% (922,318 orang) menjelang tahun 2023.
“Ini bermaksud peningkatan sebanyak dua kali ganda berdasarkan maklumat kita peroleh daripada NHMS,” jelas beliau.
Berikut adalah antara faktor yang mengundang kepada masalah kesihatan mental di kalangan kanak-kanak:
- Masalah dengan rakan sebaya (46%)
- Masalah tingkah laku (25%)
- Masalah emosi (17%)
- Masalah hiperaktif (8%)
Tingkah Laku Bunuh Diri Juga Dilaporkan Meningkat Sejak 2012
Berbicara lebih lanjut tentang isu ini, Lukanisman turut memaklumkan bahawa dapatan NHMS juga menunjukkan peningkatan tingkah laku bunuh diri sepanjang 10 tahun.
“Selain itu, dapatan NHMS menunjukkan peningkatan daripada 7.9% pada 2012 kepada 13.1% pada 2022. Pelan (perancangan) bunuh diri meningkat daripada 6.4% pada 2012 kepada 10.0% pada 2022.
“Peningkatan cubaan bunuh diri juga turut direkodkan daripada 6.8% pada 2012 kepada 9.5% pada 2022,” ujar beliau.
Langkah Dilakukan Oleh KKM Untuk Tangani Masalah Mental
Bagi membanteras isu ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), telah mengambil inisiatif mewujudkan Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan dan membangunkan Pelan Tindakan Kesihatan Mental Kanak-Kanak dan Remaja.
Jelas Lukanisman, KKM juga menyediakan perkhidmatan talian bantuan krisis kesihatan mental, Talian HEAL 15555 (Help with Empathy and Love).
Selain itu, KKM menyediakan perkhidmatan kesihatan mental yang boleh diakses di 1,088 Klinik Kesihatan, 68 hospital, dan 37 Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (Mentari).
Seramai 200 Pegawai Psikologi (Kaunseling) Contract For Service (CFS) turut ditempatkan di Klinik Kesihatan.
Bukan itu sahaja, kementerian tersebut kini dalam usaha meningkatkan bilangan pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja kepada 30 orang menjelang tahun 2027. Buat masa ini, hanya 18 orang pakar sahaja tersedia untuk membantu golongan yang menghidapi masalah kesihatan mental.
Tips Penjagaan Kesihatan Mental Oleh KKM
Sebelum ini, KKM menerusi satu infografik telah berkongsi beberapa tips penjagaan kesihatan mental yang boleh dipraktikkan oleh mana-mana individu yang bergelut dengan masalah terbabit. Antaranya:
- Elak pengambilan rokok, dadah dan alkohol
- Makan makanan berkhasiat (#sukusukuseparuh)
- Lakukan aktiviti fizikal atau senaman, berjalan dan beriadah
- Sentiasa berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan
- Lakukan aktiviti yang anda minat atau bermanfaat
- Luahkan perasaan dengan orang yang anda percaya
- Urus masa sebaiknya
Hubungi Pihak Ini Jika Mempunyai Masalah Kesihatan Mental
Jika anda atau kenalan terdekat mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami kongsikan beberapa pihak yang boleh dihubungi untuk membantu. Antaranya:
1. Malaysian Mental Health Association (MMHA)
2. Befriends
- Nombor telefon (Kuala Lumpur): +60379568145
- Nombor telefon (Ipoh): +6055477933
- Nombor telefon (Pulau Pinang): +6042815161
- E-mel: [email protected]
- Website:
3. All Women’s Action Society (AWAM)
Baca Artikel Berkaitan: Komen Negatif Undang Depresi, Pakar Nasihat Netizen Fikir Dahulu Sebelum Jadi ‘Hakim’ Di Media Sosial
Baca Artikel Berkaitan: Pasca Covid-19: Semakin Ramai Alami Kesihatan Mental
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram