Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Dianggarkan 4.5% penduduk di bandar menghadapi keadaan hidup yang kurang bernasib baik oleh kerana cabaran sosio-ekonomi dan kos sara hidup yang tinggi.
Ketidakjaminan makanan juga mengakibatkan golongan in mengalami kekurangan nutrisi, peningkatan masalah kesihatan dan peluang yang terhad untuk berkembang maju.
Menyedari cabaran in, FedEx Malaysia berganding bahu dengan organisasi bukan berasaskan keuntungan, Treat Every Environment Special (TrEES) untuk menangani isu ketidakjaminan makanan melalui program kebun komuniti.
FedEx dan TrEES: Usahasama untuk Menangani Ketidakjaminan Makanan
Program yang memasuki tahun kedua ini membekalkan sayur-sayuran segar kepada komuniti yang memerlukan selain meningkatkan nutrisi dan mengurangkan kos makanan.
Inisiatif ini dimulakan dengan penubuhan kebun sayur yang diuruskan oleh TrEES dengan sokongan sukarelawan FedEx.
Kebun ini mampu menghasilkan sayur-sayuran untuk 700 hidangan setiap bulan kepada rumah kebajikan dan golongan berpendapatan rendah.
Rumah kebajikan seperti Pusat Jagaan Ros Biru di Klang melaporkan bahawa program in menyaksikan pengurangan 20% dalam kos perbelanjaan runcit dan membolehkan mereka menyalurkan sumber kepada komuniti.
“Di FedEx, matlamat utama kami adalah untuk mencapai perubahan. Kami berharap dapat meningkatkan kesejahteraan dan mengalakkan gaya hidup yang lebih sihat bagi komuniti memerlukan.
“Melalui kerjasama dengan TrEES, kami berjaya menangani ketidakjaminan makanan, mempromosikan kelestarian dan meningkatkan penglibatan komuniti. Kami juga dapat memperkasakan komuniti yang kurang bernasib baik dan menyumbang kepada masa depan yang lebih lestari.
“Kerjasama ini bukan sahaja memenuhi keperluan kepada mereka tetapi juga menekankan pentingnya tindakan kolektif dalam membina komuniti yang lebih kuat dan mampan,” kata Pengarah Urusan FedEx Malaysia, Woon Tien Long.
Impak Positif kepada Komuniti
Kebun sayur komuniti TrEES telah membawa kesan positif kepada individu dan masyarakat secara keseluruhan.
Dengan menyediakan sayur-sayuran segar sepanjang tahun, inisiatif ini berjaya mengurangkan ketidakjaminan makanan dan meningkatkan sumber makanan yang berkualiti.
“Sayur-sayuran segar ini merupakan satu rahmat buat kami. la menjadikan hidangan kami lebih sihat dan berupaya meningkatkan kesejahteraan hidup penghuni disini, ” kata salah seorang penerima dari Pusat Jagaan Ros Biru.
Penerima lain dari rumah kebajikan tersebut juga berkongsi bagaimana inisiatif ini telah menceriakan hidup mereka.
“Setiap kali TrEES menghantar sayur-sayuran kepada kami, kami berasa sangat gembira kerana dapat menikmati hidangan yang lazat dan berkhasiat, ” katanya.
Seorang lagi penerima menambah, “Sayur-sayuran segar ini telah mengurangkan kebimbangan kami mengenai pengambilan makanan yang berkhasiat.”
Selain menangani ketidakjaminan makanan, program in juga mempromosikan tabiat pemakanan yang sihat dan mengukuhkan ikatan sosial di antara komuniti.
Memperkasa Komuniti dan Meningkatkan Kelestarian
Bagi memastikan kelestarian ini selepas penglibatan FedEx, TrEES merancang untuk mengubah kebun ini menjadi pusat latihan khusus bagi pertanian mampan sambil menjana pencapatan melalui penjualan anak benih dan kompos.
Hab ini akan menyediakan peserta dengan kemahiran praktikal dalam berkebun dan pengurusan sumber sambil menjana pendapatan melalui penjualan anak benih dan kompos.
Pendapatan tersebut akan digunakan untuk menyokong kos operasi kebun selain memberi inspirasi kepada komuniti lain untuk menubuhkan kebun sayur mereka.
Visi untuk Masa Depan yang Lestari
Di samping memacu visi jangka panjang untuk membina ekosistem mandiri melalui inisiatif kebun sayur komuniti, penglibatan FedEx menerusi program ini turut melipatgandakan usaha untuk memperluaskan lagi capaian dan memberi impak positif kepada komuniti sasaran.
Menerusi usahasama ini, mereka berjaya menangani ketidakjaminan makanan disamping mempromosikan kesejahteraan hidup jangka panjang bagi populasi yang kurang bernasib baik di Malaysia.
Komitmen Kepada Tanggungjawab Sosial Korporat
Kerjasama ini merupakan salah satu contoh betapa hebatnya kuasa transformatif bagi tanggungjawab sosial korporat.
Dengan menyatukan sumber dan kepakaran, FedEx dan TrEES berjaya memacu perubahan yang bermakna untuk masa depan yang lebih lestari dan berdaya saing untuk generasi akan datang.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.