“Macam Lidah Lembu Dah” – Kedai Makan Beri Pelanggan Sudu Berkerak Buat Ramai Geli

Kesihatan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seperti semua sedia maklum, kebersihan adalah salah satu aspek yang perlu dititikberatkan dan dijaga dengan rapi. Untuk mereka yang bergelar Muslim, kebersihan itu adalah separuh daripada iman.

Namun ada juga segelintir pengurus dan kakitangan kedai makan yang mengambil ringan tentang perkara ini iaitu dengan menyediakan tempat serta perkakas kotor kepada pelanggan mereka.

Ia bukan sahaja membuatkan pelanggan berasa geli dan tidak selesa, bahkan ia juga meningkatkan risiko seseorang dijangkiti sebarang penyakit.


Kedai Makan Beri Sudu Berkerak Kepada Pelanggan

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Facebook Penang Press menunjukkan perkakas makanan yang kotor dipercayai di sebuah kedai makan sekitar Pulau Pinang.

Menerusi foto perkongsian, kelihatan pelanggan dihidangkan dengan semangkuk tomyam. Namun perkara yang mengejutkan adalah selepas melihat rupa sudu sup yang diberikan sekali dengan hidangan tersebut. Berkerak dan hitam ya!

Keadaan sudu berkenaan seolah-olah staf restoran tidak membersihkan perkakas itu dengan baik dan tidak menukar kepada yang baharu walaupun kelihatan sudah ‘uzur’.

“Allahuakbar nazaknya sudu. Berkerak, berkedut macam lidah lembu,” kata pengendali akaun Penang Press.


Orang Ramai Geli Lihat Sudu Dalam Keadaan Berkerak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai turut meluahkan rasa jijik melihat keadaan sudu sebegitu rupa.

“Bayangkan sudu ni mereput dalam mulut dan boleh rasa waktu tengah makan,” kata seorang individu.

Malah ada juga yang berseloroh melihat sudu yang dipercayai sudah digunakan dalam tempoh masa yang lama.

“Itu dia, boleh letak dekat muzium dah sudu ni,” kata seorang wanita.

Sementara itu, ada juga yang berkata perkakas yang kotor tersebut tidak kelihatan seperti sudu jika sekilas pandang.

“Sudu ke tu? Ingatkan apa benda tadi terselit celah tu (sebelah mangkuk). Miskin sangat ni sampai tak boleh beli sudu baru,” ujar seorang pengguna Facebook.

Sumber: Facebook Penang Press

Laporkan Aduan Kepada KKM Sekiranya Perkakas Kedai Makan Kotor

Untuk info, anda boleh salurkan aduan kepada pihak berkuasa iaitu Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) sekiranya perkakas atau restoran yang anda kunjungi berada dalam keadaan kotor.

  • Membuat aduan di Pejabat BKKM atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.
  • Hubungi talian BKKM atau 1 Malaysia One Call Centre (1MOCC): 03-8885 0797 atau 03-8000 8000.
  • Facebook BKKM.
  • Aduan menerusi surat kepada Pejabat BKKM, Jabatan Kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang berdekatan.

Baca Artikel Berkaitan: Menjijikkan! Najis Tikus & Lipas Dijumpai, Kedai Makan Diarah Tutup 14 Hari


Wanita Kecewa Premis Makan Sediakan Kerusi Bayi Yang Kotor

Terdahulu, seorang wanita meluahkan rasa kecewa apabila sebuah kedai makan di Melaka menyediakan kerusi bayi yang kotor dan berkulat.

“Kedai makan, korang tolong la jaga bab ni. Kotor sangat-sangat ni. Kalau bersihkan betul-betul lepas pelanggan pakai, tak kan jadi sampai macam ni,” kata wanita itu.

Dia juga memberi peringatan kepada peniaga premis makan untuk menggunakan kain yang bersih bagi mengelap kerusi bayi yang sudah digunakan.

Sumber: TikTok (@custom.blings)

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Wanita Kesal ‘Baby Chair’ Kedai Makan Kotor & Berdaki, Minta Premis Jaga Kebersihan

Baca Artikel Berkaitan: Sisa Lampin Bayi Dipercayai Punca 16 Pengunjung Taman Rekreasi Di Pahang Dijangkiti Rotavirus


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram