Fulham ikat Arsenal

Sukan

LONDON: Arsenal hanya mampu seri 1-1 dengan seteru London, Fulham, dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Craven Cottage, sebentar tadi.

Raul Jimenez memberikan kejutan kepada Arsenal apabila meledak gol awal pada minit ke-11 dengan rembatan kaki kanan yang tepat ke penjuru gol.

William Saliba menyamakan kedudukan sejurus babak kedua bermula menerusi sepakan sudut yang disempurnakan selepas tandukan Kai Havertz.

Arsenal hampir mencipta kemenangan dramatik di minit ke-88 apabila Bukayo Saka menyumbat gol, namun Video Pembantu Pengadil (VAR) membatalkan jaringan itu kerana offside dalam persiapan serangan.

Fulham terus menunjukkan prestasi konsisten dengan hanya satu kekalahan dalam tujuh perlawanan terakhir dan kini di tangga ke-10 dengan 23 mata.

Arsenal, yang memburu kejuaraan liga, kekal di tangga kedua dengan 29 mata, sementara Chelsea di tangga ketiga menanti aksi menentang Tottenham Hotspur. – AGENSI