PETALING JAYA: Bursa Malaysia naik 2.16 mata kepada 1,613.59 pada pukul 9.07 pagi hari ini, berbanding 1,611.43 pada penutup Isnin.
Indeks penanda aras dibuka tinggi 1,612.65.
Jumlah dagangan sebanyak 110.78 juta unit bernilai RM46.47 juta.
Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 185 berbanding 120 dengan 308 kaunter tidak berubah dan 1,864 tidak diniagakan.
Sementara itu, indeks Nikkei Jepun menaik 100.19 mata atau 0.26 peratus kepada 39.260.69 ketika berita ini ditulis.
Begitu pun, indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 1.83 peratus kepada 2.403.67 dan indeks STI Singapura menaik 0.59 peratus kepada 3.817.42.-UTUSAN