Tang Jie-Ee Wei mula langkah kanan

Sukan

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bangkit untuk mengatasi rakan senegaranya pada peringkat kumpulan B Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi.

Pada aksi yang berlangsung di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik Hangzhou itu, gandingan No. 8 dunia itu tersungkur pada set pertama sebelum bangkit untuk menewaskan pasangan profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai 21-14, 10-21, 14-21, dalam masa 50 minit.

Kemenangan Tang Jie-Ee Wei itu bermakna mereka menyamakan kedudukan rekod pertemuan kepada 3-3 dalam enam pertemuan setakat ini.

Tang Jie-Ee Wei seterusnya dijadualkan akan menentang gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja pada perlawanan kedua Kumpulan B, esok.

Terdahulu, pasangan itu melakar kemenangan ke atas beregu Jepun, Hiroki Midorikawa-Natsu Saito, 23-21, 16-21, 21-11 dalam tempoh 61 minit, sebentar tadi. – UTUSAN