Espargaro tukar ‘bidang’

Sukan

PARIS: Bekas pelumba MotoGP, Aleix Espargaro bakal menyertai pasukan berbasikal profesional Lidl-Trek pada tahun hadapan.

Espargaro, 35, akan memulakan kontrak bersama Lidl-Trek pada 1 Januari 2025.

Beliau dijangka menyertai beberapa perlumbaan berprestij yang masih belum ditentukan.

“Saya teruja menjadi sebahagian daripada keluarga Lidl-Trek yang dihuni ramai pelumba terbaik dunia,” kata Espargaro.
Espargaro menjadikan berbasikal sebagai minat selepas kecederaan belakang menamatkan karier perlumbaan motosikalnya.

“Selepas kecederaan belakang memaksa saya berhenti daripada larian, saya berubah kepada berbasikal untuk pemulihan dan latihan.

“Lama kelamaan, ia menjadi lebih daripada persiapan dan ia menjadi minat saya.

“Menetap di Andorra, saya berkawan dengan ramai pelumba basikal profesional, yang menjadi inspirasi untuk saya berlatih di tahap lebih tinggi,” katanya.

Antara rakan sepasukannya ialah Tao Geoghegan Hart, Tim Declercq dan juara dunia 2019, Mads Pedersen.

Espargaro dijangka membuat penampilan sulung dalam Tour Down Under di Australia pada 21 hingga 26 Januari depan. – AGENSI