Pengurus Bournemouth, West Ham kecewa kongsi mata

Sukan

BOURNEMOUTH: Pengurus West Ham United, Julen Lopetegui memuji ketabahan pasukannya walaupun kecewa apabila terpaksa akur dengan keputusan seri 1-1 menentang Bournemouth meskipun banyak percubaan dilakukan namun gagal menembusi gawang lawan.

Pengurus Bournemouth, Andoni Iraola turut kecewa dengan keputusan seri itu apabila mencatat rekod kelab dengan 29 percubaan manakala West Ham 16 tetapi daripada 12 percubaan yang tepat kedua-dua pasukan tersebut kesemua gol dijaringkan menerusi sepakan bola mati.

Lucas Paqueta memberi West Ham kelebihan menerusi sepakan penalti tiga minit sebelum tamat tetapi Enes Unal menyamakan kedudukan hasil sepakan percuma pada minit ke-90 untuk meraih satu mata.

“Saya rasa itu amat malang. Kami fikir kami akan menang di stadium yang sukar ini.

“Ia sangat hampir. Pada separuh masa pertama kami lebih baik, pada babak kedua mereka satu langkah di hadapan. Kami sedikit tertekan tetapi berjaya mengatasinya untuk menjaringkan gol.

“Ia satu gol yang luar biasa dari Unal. Selepas mereka menjaringkan gol, mereka memberi tekanan yang banyak. Kami menunjukkan sikap yang baik pada detik-detik terakhir. Kami bersaing dengan baik,” kata Lopetegui.

Lopetegui berada di bawah tekanan selepas permulaan yang tidak konsisten daripada West Ham pada musim ini tetapi pasti gembira dengan sikap pemainnya dalam perlawanan di mana mereka menjadi pasukan yang kurang dominan untuk sebahagian besar permainan.

“Lebih daripada mata, ia adalah sikap yang ditunjukkan oleh pemain-pemain. Ia sangat baik,” katanya. – AGENSI