LONDON: Ruud van Nistelrooy bertekad untuk mendapatkan gambaran lebih besar selepas pasukannya mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam aksi liga menjelang pertemuan menentang Liverpool, esok.
Van Nistelrooy memenangi perlawanan pertamanya sejak mengambil alih pasukan pada bulan lalu ketika menentang West Ham awal bulan ini tewas 4-0 dan 3-0 masing-masing kepada Newcastle dan Wolves dalam dua aksi terbaharu liga.
“Jika anda menilai setiap minggu dengan dramatis atau sebagai kejayaan, itu bukan cara untuk bekerja secara profesional.
“Media dan penyokong mungkin akan bertindak begitu, tetapi kami tahu kami berada dalam untuk jangka panjang dan kami tahu hujung musim adalah garisan penamat. Itu adalah gambar yang lebih besar bagi saya.
“Saya tidak akan mencipta drama setiap minggu. Saya tidak akan meraikan setiap minggu.
“Kami tahu ia akan menjadi musim yang panjang di mana kami akan berjuang hingga ke penghujung untuk menunjukkan bahawa kami layak bermain dalam liga ini,” katanya.
Van Nistelrooy sedar tentang kualiti yang dimiliki The Reds di bawah kendalian Arne Slot.
“Jelas sekali pasukan mana yang akan lebih dominan dalam perlawanan ini.
“Saya tahu bagaimana Arne mahu pasukannya bermain. Dia telah berjaya dengan segera. Mereka juga merupakan kuasa dominan dalam Liga Juara-Juara. Rentak mereka sangat mengagumkan,” katanya. – AFP