PETALING JAYA: Sime Darby Property (Sime Darby Property) mencatat pencapaian penting dengan pemeteraian lima penyewa utama untuk kuala Lumpur Golf & Country Club (KLGCC) Mall, pembangunan runcit kejiranan yang dinanti-nantikan.
Penyewa ini termasuk Jaya Grocer, konsep utama Serai Group, ACE Hardware, Asia Ballet Academy dan taman permainan kanak-kanak HarborLand yang pertama di Malaysia.
Terletak dalam pembangunan utamanya di Kuala Lumpur iaitu KLGCC Resort, KLGCC Mall ditempatkan secara strategik bersebelahan dengan Pusat Konvensyen Sime Darby dan menawarkan pemandangan padang golf yang menakjubkan.
Pusat beli-belah ini memperkenalkan pendekatan baharu dalam peruncitan kejiranan dengan pemilihan jenama yang disusun dan disesuaikan mengikut keperluan komuniti, serta menawarkan pengalaman berorientasikan keluarga yang tidak dapat dilupakan.
Ini menandakan pusat beli-belah ketiga milik penuh Syarikat, susulan kejayaan KL East Mall dan Elmina Lakeside Mall yang baru dilancarkan. Ini mengukuhkan lagi kehadiran Sime Darby Property dalam sektor peruncitan dan sejajar dengan visi strategiknya untuk memperluaskan perniagaan runcitnya melalui pewujudan tempat (placemaking) di dalam perbandarannya.
Dijangka untuk dibuka pada Q3 2025, pusat beli-belah ini meliputi kira-kira 600,000 kaki persegi keluasan lantai kasar (“GFA”) dan akan menempatkan lebih 80 penyewa.
Dengan hampir 70% daripada ruangnya sudah dipenuhi, pusat beli-belah ini bertujuan untuk menyediakan pengalaman runcit tersendiri yang tertumpu kepada penawaran berorientasikan
komuniti dan keluarga.
Pengarah Urusan DAN Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sime Darby Property, Datuk Seri Azmir Merican berkata, penambahan KLGCC Mall mengukuhkan evolusi pembangunan utama mereka di Kuala Lumpur, yang menjadi pelengkap kepada pusat konvensyen, padang golf, menara pejabat dan projek kediaman bertingkat tinggi yang sedia ada.
“Pusat beli-belah ini mencerminkan kedudukan strategik kami sebagai syarikat pembangunan hartanah, di mana peruncitan memainkan peranan penting sebagai sektor pelaburan utama di bawah
strategi pendapatan berulang jangka panjang SHIFT25 kami.
“Kami menghargai kepercayaan yang diberikan oleh penyewa utama kepada kami dan membayangkan pusat beli-belah itu menjadi destinasi pilihan untuk perniagaan berkembang maju,” katanya.
Penyewa-penyewa utama ini membawa pelbagai tawaran menarik, menjadikan KLGCC Mall sebagai destinasi komuniti yang bertenaga.
Jaya Grocer, sebagai rangkaian pasar raya terkemuka di Malaysia, Jaya Grocer akan menawarkan pelbagai pilihan hasil segar, makanan laut yang mampan, barangan gourmet, dan produk yang mementingkan pemakanan seperti pilihan vegan dan bebas gluten. Bahagian khusus, termasuk stesen keju dan kedai roti, akan meningkatkan pengalaman membeli-belah.
Serai Group pula menguasain ruang utama seluas 50,000 kaki persegi akan menyediakan gabungan untuk sajian (dining), runcit (retail) dan rekreasi (leisure).
Menampilkan ruang yang direka dengan teliti, taman atas bumbung dan pemandangan padang golf yang indah, Serai Group akan menawarkan pelbagai gabungan tawaran daripada kedai kopi santai hingga tempat makan perniagaan dan ruang acara kontemporari.
HarborLand Malaysia pula menandakan pembukaan lokasi pertamanya di Malaysia untuk kumpulan itu, dengan lebih 30 cawangan di Thailand serta pengiktirafan sebagai salah satu daripada lima taman permainan dalaman terbesar di dunia, HarborLand Malaysia akan menampilkan zon permainan yang inovatif, padang berhalangan dinamik dan bilik parti bertema.
Taman permainan ini direka untuk semua peringkat umur dan menjanjikan persekitaran yang selamat dan penuh keseronokan untuk seisi keluarga, dengan tema eksklusif yang akan diumumkan apabila pusat beli-belah itu dilancarkan.
ACE Hardware jnama yang diiktiraf di peringkat global, ACE Hardware akan menawarkan rangkaian komprehensif produk pembaikan rumah, alatan dan penyelesaian gaya hidup, menjadikannya destinasi sehenti untuk penggemar DIY dan pemilik rumah.
Asia Ballet Academy iaitu Institusi utama untuk pendidikan balet, akademi ini telah memperoleh reputasi sebagai salah satu institusi tarian yang paling pesat berkembang di rantau ini, dengan pengkhususan dalam kaedah Vaganova.
Akademi ini memberi penekanan kepada pembangunan holistik, kecemerlangan artistik dan penglibatan komuniti.
Pelbagai pilihan tempat makan akan ditampilkan seperti El Ocho, Fat Tea dan Maruki Ramen, di samping pertubuhan popular seperti Kay’s Steak & Lobster, Pepper Lunch dan ParaThai Signature, menawarkan pengalaman kulinari yang pelbagai, yang menjadikan KLGCC Mall sebagai destinasi makanan utama.
Dengan lokasi utamanya di tengah-tengah kawasan kejiranan mewah Bangsar, Bukit Damansara, Sri Hartamas, Mont Kiara, Bukit Tunku dan Taman Tun Dr Ismail, KLGCC Mall menawarkan aksesibiliti yang baik melalui lebuh raya utama termasuk Lebuhraya Persekutuan, Lebuhraya Damansara–Puchong (“LDP”), Lebuhraya Baru Lembah Klang (“NKVE”) dan Lebuhraya Sprint, serta kemudahan tempat letak kereta yang mencukupi.
Untuk maklumat lanjut, sila layari dan hubungi +603-7728 4773. – UTUSAN