Antonelli lulus ujian memandu, siap gantikan Hamilton

Sukan

ROM: Pelumba muda Formula Satu (F1) Itali, Kimi Antonelli, yang menggantikan juara dunia tujuh kali Formula Satu, Lewis Hamilton di Mercedes musim ini, kini rasmi memiliki lesen memandu setelah lulus ujian memandu.

‘Misi selesai,’ tulis Mercedes di laman sosial Instagram dengan gambar Antonelli menunjukkan tanda bagus di sebuah kereta sekolah memandu, sambil menyatakan kejayaannya mendapatkan lesen memandu biasa dan lesen Super F1.

Antonelli, 18, mencapai usia minimum untuk memandu di jalan raya Itali pada Ogos lalu, namun pelumba muda ini sudah pun menjalani ujian meluas menggunakan jentera F1 sebelum ini.

Hamilton, yang memegang rekod 105 kemenangan dan 104 petak pertama, kini bersama Ferrari, manakala Antonelli menyertai George Russell sebagai gandingan baru Mercedes.

Musim 2025 bakal bermula di Australia pada 16 Mac ini, dengan Antonelli menjadi salah seorang daripada beberapa muka baharu yang naik dari Formula Dua (F2).

Mercedes dijadualkan melancarkan kereta baharu mereka pada 24 Februari ini, dua hari sebelum ujian pramusim di Bahrain. – AGENSI