Netizen amuk penutup Curang Tanpa Niat, tapi mujur Elina tak bodoh

Perniagaan

PETALING JAYA: Penutup drama popular, Curang Tanpa Niat yang berakhir malam tadi kekal menjadi bahan perdebatan warga maya sehingga kini.

Drama 34 episod itu mengejutkan orang ramai apabila mengakhiri cerita dengan genre thriller apabila tiba-tiba ada aksi tembak-menembak, culik dan pembunuhan dalam satu episod.

Mengintai respons media sosial, nampaknya orang ramai berang kerana merasakan ia dilakukan secara tergesa-gesa membuatkan mereka menukar tajuk ini sebagai ‘Mafia Tanpa Niat’.

“Teruk betul merapu penutup Curang Tanpa Niat. Kenapa tiba-tiba sudah macam mafia pula?” tulis satu komen.

“Kenapa aku rasa macam terlalu cepat? Kosong tiba-tiba sudah habis,” tambah komen yang lain.

“Hero paling ‘loser’ dalam drama Melayu jatuh kepada Eshaal. Jadi bapa, suami, anak semua gagal,” jelasnya.

Bagaimanapun, rata-rata lega kerana Elina tidak kembali bersama Eshaal dan memilih mencintai Abang Bengkel atau Ashraff lakonan Fadlan Hazim yang kacak.

“Rasanya satu Malaysia tengah tersenyum tengok Elina, mujur dia tidak bodoh” kata satu komen.

“Kenapa pengarah tunjuk bahagia sekejap sangat?,” ulas warganet.

Menjangkakan reaksi yang pelbagai daripada warganet, pelakon yang memegang watak Elina, Mira Filzah, berharap orang ramai dapat menerima episod akhir dengan hati terbuka.

“Semoga episod akhir ini diterima dengan baik. Ketahuilah apa sahaja penutup adalah di luar kuasa saya untuk menentukan,” tulisnya. -UTUSAN