Pasaran saham ditutup rendah – Utusan Malaysia

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia menurun 0.68 mata kepada 1,591.60 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,592.28 pada penutup Khamis.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,592.91.

Jumlah dagangan sebanyak 3.30 bilion unit bernilai RM2.40 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 597 berbanding 435 dengan 446 kaunter tidak berubah dan 843 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menurun 312.04 mata atau 0.79 peratus kepada 39,149.43 ketika berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.31 peratus kepada 2.591.05 manakala, Indeks STI Singapura turun 0.03 peratus kepada 3.878.15. – UTUSAN