KUALA LUMPUR: Kuih tradisi Melayu antara juadah utama untuk berbuka puasa sama ada dijual di bazar ataupun dibuat sendiri sebagai menu untuk memeriahkan sambutannya bulan Ramadan.
Justeru, peluang itu tidak dilepaskan seorang pengusaha menu makanan tersebut, Khairunnisa dengan jenama ‘Gadis Talam’ akan tampil mengeluarkan pelbagai jenis kuih tradisi sepanjang bulan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PastryKay Trading itu berkata, ‘Gadis Talam’ bukan sahaja bukan sekadar sebuah jenama, tetapi sebuah platform yang mengangkat nilai tradisional dalam dunia perniagaan moden.
Menurutnya, dengan kepakaran dalam menghasilkan kuih-muih tradisional seperti talam keladi, seri muka, kaswi, biyaki, ang-lo, kek batik, onde-onde, ketayap, bom bijan dan pelbagai lagi, jenama ini giat berusaha dalam memastikan cita rasa asli kuih Melayu terus dikekalkan dan dihargai oleh generasi kini dan akan datang,” katanya, hari ini.
Tambah Khairunnisa, Gadis Talam sentiasa menitikberatkan etika 3K iaitu Keselamatan, Kebersihan dan Kualiti agar menepati piawaian yang ditetapkan dalam setiap resepi kuih yang dihasilkan mahupun dalam bahagian produksi dan pengurusan.
“Setakat ini terdapat 50 jenis kuih-kuih melayu secara sejuk beku (frozen) ataupun sedia makan (RTE –ready to eat) mendapat sambutan yang amat baik di kalangan pelanggan yang berbilang bangsa,” jelasnya.
Katanya lagi, perniagaan Gadis Talam kini beroperasi di Puchong, Selangor dan bakal bekerjasama dengan peniaga tempatan untuk membekalkan kuih-kuih tradisi tersebut termasuk di kafe dan restoran tempatan yang ingin menyediakan juadah kuih-kuih melayu Asli, sekali gus dapat membantu ekonomi masyarakat setempat.
“Selain itu, produk Gadis Talam juga boleh didapati menerusi platform-platform e-dagang seperti Grab Food, FoodPanda dan Shopee Food untuk kemudahan mendapatkannya,” katanya.
Jelas Khairunnisa, beliau berhasrat dan berusaha untuk membawa jenama itu supaya terus menjadi inspirasi dalam dunia perniagaan makanan tradisional.
“Secara keseluruhannya, Gadis Talam membuktikan kuih tradisional Melayu masih relevan dan mendapat tempat di hati masyarakat, terutama ketika Ramadan, Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.
“Kamu juga menyediakan beberapa pakej tempahan menarik seperti badan korporat, hotel, restoran, mahupun individu untuk membuat tempahan khas. Insyallah, Gadis Talam bakal menjadi pelopor syarikat bumiputera dalam penyedian kuih-kuih Melayu Asli secara komprehensif di samping mengintai pasaran luar negara dengan membawa identiti budaya Malaysia,” tuturnya.
Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan Gadis Talam di Instagram Gadis Talam atau layari laman www.gadistalam.my. – UTUSAN