Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa di Ipoh Mei depan

Sukan

IPOH: Juara bertahan, Namibia antara pasukan yang akan menyertai Kejohanan Hoki Dalam Dewan Antarabangsa 2025 Edisi Ke-2 di Stadium Indera Mulia di sini dari 23 hingga 31 Mei depan.

Presiden Persatuan Hoki Perak (PHP), Datuk Mohd Sayuti Abdul Samad berkata, sebanyak 12 pasukan mengesahkan penyertaan dalam kejohanan kategori Lelaki dan Wanita itu selepas pertama kali dianjurkan pada tahun 2023.

Namibia, Australia, New Zealand, Afrika Selatan, Namibia dan Malaysia akan bersaing dalam kategori Lelaki manakala kategori Wanita pula terdiri daripada Australia, Namibia, New Zealand, Ireland, Afrika Selatan dan Switzerland.

Namibia muncul juara kategori Lelaki pada edisi pertama kejohanan pada tahun 2023 selepas menewaskan Afrika Selatan 3-2 melalui penentuan penalti 3-2.

Pada perlawanan tersebut, juara terpaksa ditentukan menerusi penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 pada 40 minit perlawanan.

Pasukan wanita Afrika Selatan pula muncul juara selepas membenam Switzerland 4-3, juga menerusi penentuan pukulan penalti selepas terikat 1-1. – UTUSAN