Pasaran saham dibuka negatif pagi ini

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia jatuh 8.89 mata kepada 1,562.50 pada pukul 9.02 pagi hari ini, berbanding 1,571.39 pada penutup Isnin.

Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,561.70.

Jumlah dagangan sebanyak 102.75 juta unit bernilai RM53.77 juta.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 281 berbanding 45, dengan 204 kaunter tidak berubah dan 1,815 tidak diniagakan.

Sementara itu, indeks Nikkei Jepun turun 519.87 mata kepada 37,265.60 ketika berita ini ditulis.

Bagaimanapun, indeks Kospi Korea Selatan naik sebanyak 14.23 mata kepada 2,547.01, manakala indeks STI Singapura meningkat 13.22 mata kepada 3,908.92.-UTUSAN