Malaysia perlu lonjakan luar biasa

Politik

PETALING JAYA: Malaysia memerlukan lonjakan luar biasa dalam memastikan kemajuan dapat dicapai dalam segala aspek menerusi kerangka Madani.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, malah Malaysia perlu bersedia mengambil risiko biarpun lonjakan tersebut mengundang ketegangan politik dan sosial.

Malah katanya, Malaysia tidak mempunyai pilihan lain dan amat memerlukan lonjakan demi kepentingan semua.

“Kalau kita tanya diri kita adakah pilihan, jawapannya tidak. Pilihan yang ada adalah membujur lalu, melintang patah.

“Malah, Malaysia sekiranya hendak menjadi negara maju dalam kerangka Madani, perlu ada lonjakan dan quantum league, tidak boleh dalam kadar perubahan biasa,” katanya ketika Forum Ilmuan Malaysia Madani Siri Lima di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anwar berkata, naratif juga memerlukan perubahan dan bukan hanya berkisar soal kaum dan agama.

“Namun, saya tidak kata kedua-dua itu tidak penting, tetapi naratif berkenaan menyebabkan kita lesu serta tidak maju.

“Sekali gus gagal ke depan sedangkan dunia sedang melalui perkembangan teknologi khususnya kecerdasan buatan (AI),” jelasnya. – UTUSAN