TAPAH: Calon PSM yang bertanding pada PRK Ayer Kuning, Bawani KS, 40, menjadi pengundi pertama yang mengundi di pusat mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Pheng Lok di sini pada pukul 8 pagi tadi.
Bawani tiba di pusat mengundi tersebut bersama Timbalan Pengerusi PSM, C. Arutchelvam.
Sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran dibuka serentak pada pukul 8 pagi pada hari mengundi PRK Ayer Kuning hari ini.
Pusat pengundian tersebut ialah di Sekolah Kebangsaan (SK) Temoh, SK Sungai Lesong, SJKC Sungai Kroh, SK Batu Masjid, SK Batu Tiga, SJKC Hwa Lian, SK Ayer Kuning, SJKC Pheng Lok, Sekolah Agama Rakyat Salamiah, SK Haji Hasan dan SJKC Phui Chen.
Selain itu, turut dijadikan pusat mengundi ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Panglima Perang Kiri, SK Toh Tandewa Sakti, SJKC Pekan Getah, SMK Bidor, Sekolah Menengah Agama Daerah Batang Padang, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Banopdane, SK Jeram Mengkuang dan SJKC Kg Coldstream.
Seramai 31,281 pengundi berdaftar bagi DUN Ayer Kuning. – UTUSAN