Azim sahkan Perak FC dibubar, tiada lagi aksi dalam Liga-M

Sukan

IPOH: Perak FC sah dibubarkan yang menyaksikan tiada pembabitan sebarang pasukan Perak dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Pembubaran Perak FC itu umumkan oleh Pengerusi XOX, Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi.

“Dengan rasa kesal dan duka cita saya terpaksa makluman XOX bukan lagi pemilik Perak FC.

“Kami terpaksa menarik diri berikutan menanggung bebanan kewangan.

“Kami menyerah kalah kerana sudah tidak mampu untuk membiyai penyelenggaraan pasukan.

“Dengan ini tiada sebarang pasukan Perak FC dalam kancah Liga M kecuali berlaku pemilikan baharu,” katanya.

Abdul Azim mengadakan perjumpaan dengan pemain, jurulatih serta Pegawai PFC untuk menyampaikan keputusan besar itu semalam

Menurut Abdul Azim, keputusan menarik diri dibuat oleh ahli lembaga Pengarah XOX dalam mesyuaratnya beberapa hari lalu.

“Cukup cukuplah. XOX telah membelanjakan RM40 juta sejak mengendalikan pasukan Perak selama tiga tahun, ” katanya. – UTUSAN