Teruja, tak sangka jadi pengundi pertama di SK Ayer Kuning

Politik

TAPAH: Nor Shakina Bibi Aktar Ali, 26, menjadi individu pertama yang mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Ayer Kuning pada pukul 8 pagi tadi.

Dia tiba seawal pukul 7 pagi untuk mengundi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

“Seawal pukul 7 pagi saya sudah sampai untuk mengundi kali kedua. Ada perasaan teruja dan terkejut kerana tidak sangka jadi individu pertama yang mengundi di sini.

“Saya perlu cepat mengundi kerana perlu bawa Grab selepas ini, permintaan agak tinggi kerana pilihan raya kecil ini,” katanya di sini.

Dia yang berasal dari Kampung Tersusun Tronoh Mines di sini berharap pengundi dapat keluar awal menunaikan kewajipan mereka.

“Cuaca pun mendung bimbang jika hujan, lebih baik keluar awal untuk menunaikan kewajipan,” katanya. – UTUSAN