Bursa Malaysia melonjak lebih 35 mata ke paras tertinggi dalam dua bulan

Perniagaan

PETALING JAYA: Bursa Malaysia melonjak 35.89 mata kepada 1,582.39 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,546.50 pada penutup Jumaat.

Ia merupakan prestasi terbaik pasaran saham tempatan sejak Mac.

Indeks penanda aras dibuka tinggi pada 1,561.39.

Jumlah dagangan sebanyak 4.16 bilion unit bernilai RM4.48 bilion.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi rugi sebanyak 875 berbanding 325 dengan 409 kaunter tidak berubah dan 792 tidak diniagakan.

Sementara itu, Indeks Nikkei Jepun menaik 539.00 mata atau 1.43 peratus kepada 38,183.26 berita ini ditulis.

Selain itu, Indeks Kospi Korea Selatan menaik sebanyak 0.042 peratus kepada 2,608.42 dan Indeks STI Singapura naik 0.36 peratus kepada 3.890.08. – UTUSAN