KUALA LUMPUR: Malaysia muncul juara Kumpulan D acara regu Kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 selepas membenam Filipina 2-0 di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi.
Malaysia berada di tengga teratas Kumpulan D dengan enam mata selepas turut meraih kemenangan dalam dua perlawanan awal menentang Nepal dan Siungapura.
Dalam akhir terakhir kumpoulan menentang Filipina, trio negara, Azlan Alias (apit kanan), Syahir Rosdi (tekong) dan Farhan Adam selaku apit kiri menang 15-9 biarpun cuba diberikan tentangan pada awal permainan.
Regu Filipina, Rheyjey Ortouste (apit kanan), Ronsited Gabayeron (tekong) dan Jason Huerte (apit kiri) cuba bangkit pada set kedua, namun dinafikan kelas tersendiri regu Malaysia.
Pada set kedua, skuad negara membuat pertukaran dengan menggantikan Syahir dan Azlan dengan Haziq Hairul Nizam serta Khairul Aman Rosdi untuk menoktahkan kemenangan 15-6.
Kemenangan itu juga menyaksikan Malaysia layak ke suku akhir dan akan berdepan Brunei yang dibimbing bekas jurulatih negara, Abdul Talib Ahmad pada pukul 9.30 malam ini.- UTUSAN