Annuar bantu KDN FC tanpa syarat, ganjaran

Sukan

KOTA BHARU: Bapa pembangunan bola sepak negeri ini Tan Sri Annuar Musa sedia membantu Kelab Bola Sepak Kelantan Darul Naim (KDN FC) tanpa sebarang syarat dan ganjaran.

Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dilaman sosial Facebook miliknya sebentar tadi, Annuar menulis beliau berbuat demikian semata-mata mahu melihat kebangkitan semula bola sepak Kelantan.

“Saya di tawarkan peranan tertentu…seperti yang saya gambarkan sebelum ini, saya mahu melihat Kelantan bangkit semula.

“Sekadar bersukarela demi bolasepak Kelantan dan negara..saya akan cuba sedaya upaya saya…Insya_Allah,” katanya.

Bekas Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu memberitahu, pembentukan pasukan yang merangkumi pemain, pengurusan dan barisan kejurulatihan sudah boleh dimulakan selepas KDN FC memperoleh lesen beraksi di Liga Super.

Katanya, walaupun bersyarat beliau yakin pasukan itu mampu memenuhi segala permintaan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Media hari ini melaporkan, KDN FC antara tiga pasukan selain Kuala Lumpur City FC PDRM FC diberikan Lesen Kebangsaan dengan ‘sanction’.-UTUSAN