PETALING JAYA: Pejabat Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli tidak pernah dikosongkan sewaktu beliau bercuti baru-baru ini.
Najib Bakar yang turut bertanding Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR untuk sesi 2025-2028 berkata, kekeliruan timbul mungkin ketika mereka mengemas pejabat untuk jamuan hari raya.
“Pejabat Menteri Ekonomi dah dikosongkan? Ceritanya begini.
“Pada 27 April 2025, memang ramai SB masuk ke Kementerian Ekonomi untuk semak betul atau tidak YB Rafizi dah kemas pejabat.
“Tak tahulah depa dengar khabar angin dari mana, agaknya dari ‘sumber tak dinamakan’.
“Sebenarnya ya, memang pejabat menteri dikemaskan, tapi sebagai persiapan jamuan raya Pejabat Menteri pada 28 April 2025.
“Ni ha gambar jamuan raya pada tarikh tersebut. Semoga menjawab segala kekeliruan,” katanya dalam hantaran di Facebook.