Pang Ron-Su Yin kecundang awal

PETALING JAYA: Beregu campuran negara, Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin menjadi mangsa kebangkitan pasangan tuan rumah apabila tersingkir seawal pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2025 di Stadium Nimibutr, hari ini. Pilihan ketujuh kejohanan itu tumpas kepada scratch pair Thailand, Supak Jomkoh-Ornnicha Jongsathapornparn 21-15, 18-21, 17-21 dalam pertarungan selama satu jam. Pang Ron-Su Yin yang […]

Continue Reading

Skuad regu negara mudah meratah Singapura

KUALA LUMPUR: Skuad regu negara meneruskan rentak kemenangan dalam Kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 apabila mudah membenam Singapura 2-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Dibarisi trio berpengalaman, Mohammad Syahir Rosdi (tekong), Azlan Alias (apit kanan) dan Farhan Adam (apit kiri), Malaysia tidak berdepan masalah untuk mengekalkan rekod […]

Continue Reading

Tarik diri Liga M sekadar gimik?

PETALING JAYA: Teka-teki berkenaan jumlah pasukan Liga Super yang bakal bersaing bagi musim 2025/2026 akan terjawab hari ini selepas First Instance Body (FIB) selesai melakukan tapisan. Sebelum ini, tempoh permohonan Lesen Kebangsaan beberapa kali dilanjutkan bagi memberi peluang kepada pasukan untuk melengkapkan dokumen masing-masing bagi memenuhi syarat lesen. Tarikh yang dilanjutkan berakhir pada Sabtu lalu […]

Continue Reading

Bagnaia tuntut penjelasan daripada pasukan

LE MANS: Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia menuntut penjelasan daripada pasukannya apabila memberitahu jenteranya tidak memberi sebarang tindak balas selepas mengharungi Grand Prix (GP) Perancis yang mengecewakan. Juara dunia dua kali itu bergelut sejak permulaan musim ini namun hujung minggu lalu di Perancis merupakan hari terburuk buat dirinya sejak perlumbaan pecut diperkenalkan. Bagnaia terjatuh dalam perlumbaan […]

Continue Reading

Pelapis terjun mula cabar Pandelela

KUALA LUMPUR: Ratu terjun negara, Datuk Pandelela Rinong menyifatkan masa depan acara 10 meter (m) platform individu wanita cerah dengan adanya atlet pelapis seperti Nur Eilisha Rania Abrar Raj dan Lee Yiat Qing. Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu membuktikan status seniornya apabila mengungguli Ujian Pemilihan Kebangsaan 2025 dalam acara berkenaan dengan kutipan […]

Continue Reading

Aaron-Wooi Yik dinobat Olahragawan Kebangsaan 2024

SUBANG JAYA: Pemain beregu badminton lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik mengukir nama pada Anugerah Sukan Negara (ASN) 2024 selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Kebangsaan, sebentar tadi. Pasangan beregu lelaki negara itu mengetepikan empat pencabar lain termasuk perseorangan lelaki Lee Zii Jia, Wong Weng Soon (wushu), Mohamad Aniq Kasdan (angkat berat) dan Abdul Latif Maxzakir (pencak […]

Continue Reading

Hamilton boleh hilang kepercayaan

LONDON: Juara dunia Formula Satu (F1) 1997, Jacques Villeneuve memberi amaran kepada Lewis Hamilton bahawa dia berisiko kehilangan kredibilitinya di Ferrari susulan permulaan musim yang sukar. Permulaan musim 2025 F1 untuk Hamilton bersama Ferrari tidak berjalan seperti yang dirancang. Ini kerana Ferrari hanya berjaya meraih satu podium dalam enam perlumbaan pertama dan kini ketinggalan lebih […]

Continue Reading

Takumi janji tampil lebih ‘garang’

PETALING JAYA: Pemain tengah Negeri Sembilan FC, Takumi Sasaki memasang impian untuk lebih menonjol pada musim kedua di Liga Malaysia selepas berjaya mencuri tumpuan pada penampilan pertamanya pada musim 2024-2025. Kelincahan dan kesungguhannya setiap kali diturunkan membuat Skuad Jang menawarkan kontrak baharu kepada pemain berusia 27 tahun itu untuk terus kekal bersama dengan Negeri Sembilan […]

Continue Reading

Tunjuk ajar Tang Jie beri Wen Tse keyakinan

KUALA LUMPUR: Aksi memberangsangkan di Terbuka Taiwan minggu lalu membuktikan pemain beregu campuran muda negara, Chan Wen Tse mampu melangkah jauh apabila digandingkan dengan pemain senior, Chen Tang Jie. Pemain berusia 20 tahun itu tidak menyangka percubaan kali pertama bersama Tang Jie mampu membawa mereka ke separuh akhir kejohanan berstatus Super 300 itu sebelum tewas […]

Continue Reading

Tiada peluang ketiga- FIB

PETALING JAYA: Tiada lagi peluang ketiga buat mana-mana pasukan yang gagal memenuhi syarat pelesenan kelab selepas tempoh permohonan Lesen Kebangsaan ditutup secara rasmi pada Sabtu lalu. Pengerusi First Instance Body (FIB), Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif menjelaskan, Unit Pelesenan Kelab Liga Bolasepak Malaysia (MFL) kini sedang menjalankan proses penelitian dan semakan ke atas dokumen […]

Continue Reading

Thailand hampakan skuad double Malaysia

KUALA LUMPUR: Harapan skuad double negara yang diwakili Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi untuk menghadiahkan gelaran kedua buat kem Malaysia di pentas Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 berkecai apabila tumpas kepada gandingan Thailand dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Dalam perlawanan dramatik yang menyaksikan aksi penuh debaran, pasangan […]

Continue Reading

Malaysia ‘Raja’ kuadran Asia

KUALA LUMPUR: Malaysia mengesahkan status sebagai kuasa baharu acara kuadran Asia apabila dinobatkan juara sulung pada Piala Asia Sepak Takraw 2025 selepas menundukkan Jepun di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Dalam perlawanan yang menyaksikan sorakan padu penyokong yang membanjiri stadium, skuad negara kendalian Mohammad Zulkarnain Mohamed Arif menampilkan aksi bertenaga dan taktikal mantap untuk menewaskan Jepun […]

Continue Reading

ARAS SMK Jalan Tiga buru gelaran juara SSR 2025

KAJANG: Skuad Akademi Ragbi Selangor (ARAS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Tiga memburu gelaran juara dalam Kejohanan Super School Rugby (SSR) 2025 bagi kategori Divisyen Akademi (SSRA) yang mula membuka tirai pada 4 Mei lalu. Jurulatih pasukan ARAS, Mohd Faiz Md Ali, 38, berkata, pasukan bimbingannya kini dalam keadaan bersiap sedia dan lebih berpengalaman berbanding […]

Continue Reading

Sivasangari, Eain Yow mara ke pusingan ketiga kejohanan dunia

PETALING JAYA: Dua pemain skuasy negara, S. Sivasangari dan Ng Eain Yow meneruskan cabaran ke pusingan ketiga selepas menyingkirkan pencabar masing-masing pada pusingan kedua Kejohanan Dunia di Kelab Universiti Chicago, Amerika Syarikat (AS), hari ini. Sivasangari yang menghuni ranking No. 9 dunia menewaskan pemain ke-17 dunia, Sana Ibrahim dari Mesir 11-4, 11-6, 5-11, 11-5 dalam […]

Continue Reading

Malaysia ke final acara double

KUALA LUMPUR: Malaysia menepati ramalan mara ke pentas akhir acara double kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 selepas mudah meratah India 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Gandingan mantap Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi tidak berdepan masalah besar untuk menundukkan pasangan India, Sorokhaibam Malemnganba Singh dan […]

Continue Reading

Skuad kuadran negara mara ke final, benam Korea Selatan 2-0

KUALA LUMPUR: Skuad kuadran negara meneruskan langkah bergaya apabila mara ke final Kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 selepas mudah membelasah Korea Selatan 2-0 dalam aksi separuh akhir yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Dalam perlawanan yang menyaksikan persembahan mantap barisan pemain negara, regu Malaysia yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Muhammad Norfaizzul Abd Razak, […]

Continue Reading

Bukan masa untuk bereksperimen

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski perlu memastikan barisan terbaik diturunkan dalam dua aksi persababatan menentang Cape Verde dan bukannya memilih untuk melakukan eksperimen. Ini kerana jarang Harimau Malaya dapat berdepan pasukan diranking sekitar 70 terbaik dunia, selain perlawanan itu juga bakal menjadi ukuran kepada taktikal sebelum berdepan Vietnam dalam aksi kelayakan Piala Asia […]

Continue Reading

Aniq sasar layak ke Sukan Komanwel

PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan menyasarkan untuk melayakkan diri ke temasya Sukan Komanwel selepas memecahkan rekod kebangsaan miliknya sendiri dalam acara snatch pada Kejohanan Asia di China, kelmarin. Namun begitu, kegembiraan itu sedikit tercalar apabila Aniq gagal menamatkan angkatan dalam acara clean and jerk akibat kecederaan yang dialami ketika beraksi pada […]

Continue Reading

Semua kelab Liga Super, dua pasukan A1 mohon Lesen

PETALING JAYA: Kesemua pasukan yang beraksi dalam Liga Super termasuk juara dan naib juarai Liga A1 Semi-Pro telah mengemukakan permohonan untuk mendapatkan Lesen Kebangsaan bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim 2025. ini bermakna pasukan-pasukan seperti Perak FC, Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC dan Kelantan Darul Naim (KDN) FC turut menghantar permohonan […]

Continue Reading