BAM, Pearly-Thinaah perlu segera capai kata sepakat

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan beregu wanita No.1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah perlu segera mencapai kata sepakat berhubung kontrak baharu jika tidak mahu berdepan risiko kehilangan kepentingan masing-masing. Kegagalan memuktamadkan rundingan yang telah berlarutan sejak lima bulan lalu bukan sahaja boleh menyebabkan BAM kehilangan aset utama ke Sukan Olimpik Los Angeles 2028 (LA28), […]

Continue Reading

Tawaran lumayan ‘usik’ Pearly-Thinaah?

KUALA LUMPUR: Tawaran lumayan daripada penaja luar dipercayai menjadi antara faktor utama yang menyebabkan rundingan kontrak beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah gagal dimuktamadkan. Legenda badminton negara, Datuk Razif Sidek secara terbuka mengakui tidak hairan jika Pearly-Thinaah kini dalam dilema selepas menerima tawaran lumayan berbanding apa yang ditawarkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM). “Kalau […]

Continue Reading

Skuad kuadran negara juara kumpulan B, belasah Jepun 2-0

KUALA LUMPUR: Skuad kuadran negara meneruskan aksi cemerlang apabila mudah membenam cabaran Jepun 2-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B Kejohanan Piala Asia Sepaktakraw (ASTAF) 2025 yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Dalam perlawanan tersebut, Malaysia yang dibarisi Amirul Zazwan Amir, Muhammad Norfaizzul Abd Razak, Muhammad Shahalril Aiman Halim dan Muhammad Fetri Mohd Azwawi […]

Continue Reading

Zarco tamat badi 71 tahun, ungguli GP Perancis

LE MANS: Johann Zarco menamatkan kemarau 71 tahun apabila muncul juara MotoGP Perancis dalam keadaan hujan di Litar Bugatti, sekali gus menjadi wira baharu negara kelahirannya. Pelumba Honda LCR berusia 34 tahun itu mengambil alih kedudukan pendahulu selepas lapan pusingan dan mengekalkannya hingga ke penamat untuk meraih kemenangan pertama di rumah sendiri. Zarco meraikan kemenangan […]

Continue Reading

West Ham malukan United di Old Trafford

MANCHESTER: Manchester United dimalukan West Ham United di Old Trafford selepas kecundang 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), sebentar tadi. Kemenangan itu juga yang pertama buat West Ham dalam tempoh 18 tahun dengan gol masing-masing dijaringkan oleh Tomas Soucek dan Jarrod Bowen pada setiap babak. Kemenangan berkenaan juga membolehkan The Hammers memintas kedudukan United […]

Continue Reading

Hakim Danish kukuh cengkaman pendahulu RedBull MotoGP

PETALING JAYA: Belum rezekinya mengecapi gelaran juara, tetapi, pelumba muda negara, Hakim Danish Ramli melakar aksi sensasi bangkit daripada insiden kemalangan untuk muncul sebagai naib juara pada pusingan kedua Piala RedBull MotoGP Rookies di Litar Le Mans, Perancis, hari ini. Keputusan itu juga menyaksikan anak muda berusia 17 tahun tersebut semakin mengukuhkan cengkaman di kedudukan […]

Continue Reading

Sivasangari ketuai cabaran ke pusingan kedua kejohanan dunia

PETALING JAYA: Bintang skuasy No. 1 negara, S. Sivasangari dan Ng Eain Yow melepasi halangan awal pada Kejohanan Dunia, hari ini, namun, kedua-dua wakil Malaysia itu perlu lebih konsisten berdepan pencabar yang handal pada pusingan kedua di Kelab Universiti Chicago, Amerika Syarikat (AS), esok. Sivasangari yang kini menghuni ranking No. 9 dunia memerlukan 39 minit […]

Continue Reading

Vietnam libas Korea Selatan, juarai Kumpulan A

KUALA LUMPUR: Vietnam mengesahkan status sebagai kuasa besar baharu sepak takraw apabila menundukkan Korea Selatan 2-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan A Piala Asia Sepak Takraw 2025, sekali gus menempah tiket ke separuh akhir selaku juara kumpulan. Dalam perlawanan yang berlangsung di Titiwangsa, skuad kuadran Vietnam yang dibarisi Nguyen Hoang Lan, Guong Minh Chau, Luong […]

Continue Reading

Bagnaia hilang kawalan, kecewa dengan GP25

LE MANS: Harapan Francesco Bagnaia untuk bangkit dalam perebutan kejuaraan MotoGP 2025 terus merudum apabila terjatuh awal pada perlumbaan pecut Grand Prix (GP) Perancis kelmarin tanpa sebarang amaran dari jentera Ducati GP25 miliknya. Juara dunia dua kali itu kehilangan cengkaman tayar depan di selekoh Dunlop pada pusingan kedua ketika berada di kedudukan keempat, sekali gus […]

Continue Reading

Skuad double negara ke separuh akhir,tundukkan Taiwan 2-0

KUALA LUMPUR: Skuad double negara menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 selepas menundukkan Taiwan 2-0 dalam aksi terakhir peringkat Kumpulan B yang berlangsung di Stadium Titiwangsa, sebentar tadi. Skuad negara yang dibarisi Muhammad Noraizat Mohd Nordin dan Aidil Aiman Azwawi mempamerkan aksi bertenaga apabila tidak berdepan banyak masalah […]

Continue Reading

Tengku Zafrul mohon ruang tetapkan KPI

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memohon masa dan ruang diberikan kepadanya bagi mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang disasarkan selaku Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang baharu. “Bagi saya, ini adalah satu penghormatan yang besar dan amanah ini akan saya galas dengan penuh tanggungjawab, dedikasi serta keazaman untuk melihat sukan badminton […]

Continue Reading

Aniq hampir berhenti ketika PKP

“Saya tiada arah tujuan saat itu, ikutkan semasa PKP saya dah berhenti,” Itulah luahan jujur jaguh angkat berat negara, Mohamad Aniq Kasdan, apabila mengenang kembali saat sukar yang dilaluinya semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika Malaysia dilanda wabak Covid-19. Ketika itu, kebanyakan aktiviti sukan dihentikan, Aniq berdepan kekosongan dan hilang arah tuju kerana hampir […]

Continue Reading

Peluang terbaik uji taring Harimau Malaya

PETALING JAYA: Pengendali Harimau Malaya, Peter Cklamovski menganggap pertemuan dengan Cape Verde adalah satu ujian terbaik buat Malaysia sebelum berdepan Vietnam dalam perlawanan kedua Kumpulan F Kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun depan. Sehubungan itu, Cklamovski mahu menggunakan dua perlawanan persahabatan menentang pasukan diranking ke-72 dunia itu sebagai medan membina corak permainan yang diinginkan […]

Continue Reading

Syafiq hampakan pencabar muda, Yiat Qing ungguli kategori wanita

KUALA LUMPUR: Pengalaman jelas membezakan apabila penerjun senior kebangsaan, Muhammad Syafiq Puteh mempamerkan ketenangan maksimum untuk menundukkan pencabar muda dalam Ujian Pemilihan Terjun Kebangsaan 2025 menerusi acara 3 meter (m) papan anjal individu lelaki, hari ini. Syafiq meraih mata keseluruhan 391.25 mata, menewaskan Nurqayyum Nazmi Mohamad Nazim yang kian menyerlah (390.70 mata) manakala tempat ketiga […]

Continue Reading

Skuad double kena lebih fokus

KUALA LUMPUR: Prestasi skuad double negara dalam kejohanan Piala Asia Sepaktakraw ASTAF 2025 belum cukup memuaskan dari segi mutu persembahan dan penguasaan taktikal di gelanggang. Jurulatih negara, Aswadi Abdullah berkata, meskipun mencatat kemenangan mudah dalam aksi pembukaan ke atas Nepal, masih banyak kelemahan yang perlu diperbaiki terutamanya dari aspek keserasian. “Kalau kita tengok memang boleh […]

Continue Reading

AFL buat tapisan elak pasukan bermasalah

PETALING JAYA: Liga Bolasepak Amatur (AFL) akan membuat tapisn lebih ketat bagi memperkasakan saingan Liga A1 Semi-Pro musim depan. Pengerusinya, Datuk Mohd Yusoff Mahadi berkata, langkah itu bagi memastikan kualiti Liga Malaysia (Liga M) ditahap terbaik selepas Liga Perdana serta Piala MFL dimansuhkan. Justeru itu katanta, AFL akan mengambil pendekatan ketat dengan semua kelab yang […]

Continue Reading

Kerjaya kedi sumber pendapatan lumayan

ALOR GAJAH: Kerjaya sebagai kedi kini boleh menjanjikan pendapatan lumayan mencecah RM6,000 sebulan kepada anak-anak muda tempatan jika ada yang berminat menjadikannya sebagai pekerjaan tetap, kata Presiden Casga, Datuk Bahari Abdullah. Menurutnya, tanggapan masyarakat di negara ini bahawa kerjaya sebagai kedi tidak menjanjikan pendapatan lumayan serta boleh dijadikan sumber rezeki menyara keluarga adalah tidak benar. […]

Continue Reading