Misi besar Kinoshi bersama Selangor FC

PETALING JAYA: Pengendali Selangor, Katsuhito Kinoshi perlu menggalas misi ‘berat’ musim depan selepas pihak pengurusan mahu Gergasi Merah meraih sekurang-kurangnya satu piala. Dalam masa yang sama, jurulatih kelahiran Jepun itu juga perlu membawa ‘raja Lembah Klang’ itu mencabar kejuaraan Liga Super yang sebelum ini didominasi oleh Johor Darul Ta’zim (JDT). Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor, Datuk […]

Continue Reading

Ketua pasukan Alpine berhenti mengejut

PARIS: Ketua pasukan Alpine, Oliver Oakes telah meletakkan jawatannya selepas kurang daripada setahun memegang peranan tersebut, menurut pengumuman pasukan Formula Satu (F1) Perancis itu, semalam. “Pasukan telah menerima peletakan jawatannya serta-merta,” kata Alpine dalam satu kenyataan. Pemergian mengejut Oakes itu berlaku hanya sembilan bulan selepas dia dilantik menggantikan Bruno Famin dari Perancis. “Bermula hari ini, […]

Continue Reading

Kedudukan Tengku Zafrul belum selamat

KUALA LUMPUR: Spekulasi siapa bakal menerajui kerusi panas Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) belum terjawab sepenuhnya walaupun hanya berbaki beberapa hari sebelum pemilihan rasmi pada Sabtu ini. Nama Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz kini menjadi tumpuan utama, selepas dicalonkan sebulat suara oleh Ahli Majlis badan induk itu, namun beliau […]

Continue Reading

Gandingan muda, senior kekuatan skuad negara

PETALING JAYA: Kombinasi pemain muda dan senior menjadi senjata utama skuad sepak takraw negara dalam misi memburu kejuaraan Piala Asia 2025 yang berlangsung pada 10 hingga 18 Mei ini di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur. Ketua jurulatih negara, Ahmad Jais Baharun berkata, barisan kejurulatihan telah membuat penilaian terbaik dalam membentuk skuad kali ini bagi memastikan skuad […]

Continue Reading

Pasukan Shapadu ungguli Kejohanan Golf Pro-Am Tun Ahmad Sarji

SUBANG: Seramai 66 pemain amatur dan 22 pemain profesional menyertai Kejohanan Golf Pro-Am Tun Ahmad Sarji yang berlangsung di Saujana Golf & Country Club semalam. Kejohanan ini diadakan bagi memperingati Allahyarham Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, pengasas Professional Golf of Malaysia (PGM) yang juga tokoh penting dalam pembangunan sukan golf negara dengan sokongan daripada MST […]

Continue Reading

Nur Saiful kembali bimbing skuad remaja

PETALING JAYA: Jurulatih hoki berpengalaman negara, Nur Saiful Zaini Nasiruddin kembali mewarnai sukan tersebut apabila dia dipertanggungjawabkan untuk membimbing skuad remaja kebangsaan. Tugas getir menanti Nur Saiful apabila dia hanya mempunyai masa yang terhad bagi mempersiapkan pasukan untuk menghadapi Piala Dunia Remaja di Chennai, India pada 28 November hingga 10 Disember ini. Nur Saiful yang […]

Continue Reading

Wolff enggan fikir bukan-bukan terhadap McLaren

MIAMI: Ketua pasukan Mercedes, Toto Wolff berkata dia tidak berasa ragu-ragu bahawa McLaren beroperasi mengikut peraturan Formula Satu (F1) walaupun terdapat syak wasangka berhubung keupayaan mereka mengurus tayar yang luar biasa. Pengurusan tayar yang cekap menjadi ciri utama jentera McLaren bagi musim 2025, di tengah-tengah permulaan musim yang dominan apabila pasukan itu memenangi lima daripada […]

Continue Reading

Revolusi snuker China takluk dunia

SHEFFIELD: Zhao Xintong dipuji sebagai bintang baharu snuker selepas memenangi Kejohanan Dunia dengan kemenangan 18-12 ke atas Mark Williams sekali gus menandakan permulaan revolusi snuker China. Kejayaan dongeng Zhao di Crucible, Sheffield menjadi detik bersejarah untuk sukan snuker malah popularity sukan itu di China meningkat secara mendadak sejak dua dekad lalu, dibantu oleh kejayaan Ding […]

Continue Reading

Arnold sedih tinggalkan Liverpool

LIVERPOOL: Pemain pertahanan kanan sensasi Liverpool, Trent Alexander-Arnold mengumumkan pemergiannya daripada Liverpool selepas dua dekad setia bersama kelab Merseyside itu, sekali gus menamatkan spekulasi yang mengaitkannya dengan perpindahan ke gergasi Sepanyol, Real Madrid. Berita mengejutkan itu disahkan sendiri oleh Alexander-Arnold menerusi platform media sosial X kelmarin, sambil menyifatkan keputusan meninggalkan kelab yang dibelanya sejak berusia […]

Continue Reading

TFC sangkal dakwaan gagal lunas gaji Mamut

KUALA NERUS: Terengganu Football Club (TFC) menyangkal dakwaan kelab tersebut gagal melunaskan pembayaran gaji penyerang import, Ivan Mamut selama hampir sembilan bulan pada musim lalu. TFC melalui kenyataan media memamklumkan, berita tersebut tidak tepat dan diambil daripada sumber tidak sahih. “TFC sentiasa menjaga kebajikan dan memberi peluang kepada semua pemain untuk berbincang mendapatkan jalan terbaik […]

Continue Reading

Norza kecewa semangat juang skuad negara hambar

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria tidak menyembunyikan rasa kecewanya apabila skuad badminton negara gagal melepasi halangan suku akhir Piala Sudirman 2025. Menurut beliau, kegagalan itu berpunca daripada kurangnya semangat juang dalam kalangan pemain sehingga menjejaskan peluang Malaysia untuk mara ke separuh akhir buat kali ketiga berturut-turut. “Tentu sahaja […]

Continue Reading

Aniq akui porogram RTG beri impak besar

PETALING JAYA: Atlet angkat berat negara, Mohd Aniq Kasdan mengakui dia akan terus kekal bersama program Road to Gold (RTG) bagi memastikan persiapan lebih rapi dan menyeluruh menjelang Temasya Olimpik Los Angeles 2028. Aniq, yang sebelum ini menerima sokongan intensif daripada RTG dalam tempoh beberapa bulan terakhir sebelum menyertai Olimpik Paris 2024, mengakui bantuan yang […]

Continue Reading

Maruah bola sepak negara terancam

PETALING JAYA: Maruah bola sepak tanah air dilihat berada di ambang kejatuhan apabila beberapa kelab bersejarah dalam Liga Malaysia (Liga M) berdepan kemelut yang boleh menyebabkan pengunduran mereka daripada saingan musim hadapan. Pemerhati bola sepak tempatan, Zakaria Rahim menyuarakan kebimbangan terhadap nasib pasukan seperti Sri Pahang FC, Kedah Darul Aman (KDA) FC, Perak FC dan […]

Continue Reading

Harimau Malaya ‘uji taring’ dalam negara

PETALING JAYA: Aksi persahabatan di dalam negara menjadi antara pilihan skuad Harimau Malaya sebelum berdepan Vietnam di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam aksi kelayakan Piala Asia 2027 pada 10 Jun depan. Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Mohd Ayub berkata, persiapan rapi amat diperlukan bagi memastikan skuad Harimau Malaya dapat tampil dengan aksi […]

Continue Reading

Fortes, Al-Rawabdeh kekal bersama Gergasi Merah

PETALING JAYA: Dua tonggak import Selangor FC, Alvin Fortes dan Noor Al-Rawabdeh kekal bersama skuad Gergasi Merah bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim 2025/2026. Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Selangor FC, Datuk Sri Shahril Mokhtar yang menjelaskan bahawa kedua-dua pemain itu masih berada dalam perancangan kelab untuk musim baharu, selain turut mengekalkan khidmat […]

Continue Reading

Aaron-Wooi Yik perlu tambah ‘power’

PETALING JAYA: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Herry Iman Pierngadi secara terbuka mengakui kekalahan Aaron Chia-Soh Wooi Yik kepada pasangan Jepun antara faktor kegagalan Malaysia di kejohanan Piala Sudirman 2025. Ketika Malaysia mendahului 2-1 ke atas Jepun pada Khamis, Aaron-Wooi Yik turun selaku reputasi Juara Asia 2025 untuk memenangi perlawanan itu, namun terpaksa akur kepada […]

Continue Reading