Terengganu berdepan JDT di separuh akhir

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menempah tempat ke separuh akhir Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan FC (NSFC) 4-2 pada perlawanan kedua suku akhir untuk menang dengan aggregat 6-2, sebentar tadi. Dalam aksi di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di sini, NSFC melakukan kejutan apabila mendahului perlawanan hasil sepakan penalti Muhammad Hadin Azman yang gagal […]

Continue Reading

JDT waspada ancaman KL City

JOHOR BAHRU : Ketua jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mengingatkan pemainnya untuk tidak memandangkan rendah keupayaan Kuala Lumpur (KL) City pada aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Ibrahim, petang ini. Menurut Bidoglio, kedudukan skuad Harimau Selatan masih belum selamat untuk menempah tiket ke separuh akhir dengan berbekalkan kelebihan tipis setelah […]

Continue Reading

Malaysia akur tersingkir daripada Piala ASEAN 2024

PETALING JAYA: Hasrat Harimau Malaya untuk mara ke separuh akhir Piala ASEAN 2024 tidak kesampaian apabila seri tanpa jaringan menentang Singapura dalam aksi terakhir Kumpulan A di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi. Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu turun dengan misi mendapatkan tiga mata terpaksa akur apabila menamatkan saingan peringkat kumpulan di tempat ketiga […]

Continue Reading

Bin Shen berpisah dengan BAM

PETALING JAYA: Ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen bakal meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bermula 13 Januari depan, menurut kenyataan badan induk itu hari ini. BAM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Bin Shen sumbangan khususnya dalam kejayaan bekas Juara Dunia dan pemenang pingat Olimpik, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. “Ia adalah perjalanan yang […]

Continue Reading

Liew Daren digantung kerana skandal pertaruhan

PETALING JAYA: Bekas pemain badminton kebangsaan, Liew Daren, bersama bekas penganalisis prestasi Institut Sukan Negara (ISN), Jerry Gan Wye Leong, telah dikenakan tindakan penggantungan oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas terbabit dalam skandal pertaruhan melibatkan perlawanan badminton. Kedua-dua individu tersebut dikenal pasti terlibat dalam pertaruhan perlawanan badminton seperti Terbuka Thailand dan Terbuka Swiss apda 2021, […]

Continue Reading

Herry calon ‘hangat’ ganti Bin Shen

PETALING JAYA: Peletakan jawatan ketua jurulatih beregu lelaki negara, Tan Bin Shen membuka laluan besar untuk bekas pengendali legenda dari Indonesia, Herry Iman Pierngadi untuk mengambil alih jabatan tersebut. Herry atau lebih dikenali sebagai Herry IP turut meletakkan jawatannya baru-baru ini, selaku jurulatih Persatuan Badminton Indonesia (PBSI) selepas berkhidmat selama 25 tahun. Jurulatih berusia 62 […]

Continue Reading

Bekas pemain boling kebangsaan, Allan Lee meninggal dunia

PETALING JAYA: Bekas pemain boling kebangsaan, Allan Lee meninggal dunia pada usia 83 tahun akibat sakit tua di kediamannya dekat sini, semalam. Setiausaha Agung Kongres Tenpin Boling Malaysia (MTBC), Maradona Chok berkata, mayat Allan akan di bawa ke Krematorium Gui Yuan Petaling Jaya, esok, sebelum disemadikan. “Dengan berat hati kita mendapat perkhabaran Allan Lee telah […]

Continue Reading

Bukit Jalil bakal dipenuhi pemain ke-12 Harimau Malaya

PETALING JAYA: Harimau Malaya mendapat sokongan padu menjelang pertemuan menentang Singapura apabila setakat ini sebanyak 18,290 tiket sudah terjual bagi menyaksikan perlawanan terakhir Kumpulan A Piala ASEAN 2024 di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam ini. Angka tersebut dijangka terus meningkat memandangkan tiket perlawanan masih boleh dibeli secara atas talian di tickethotline.com. Skuad kendalian Pau Marti […]

Continue Reading

Dominic tekad atasi Singapura, elak dibolosi

PETALING JAYA: Kapten Harimau Malaya, Dominic Tan mengakui sama ada Malaysia melepasi peringkat kumpulan Piala ASEAN 2024 semuanya hanya akan terjawab pada hari ini apabila skuad kebangsaan di jadual menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil. Malaysia berada di kedudukan ketiga kurang dua mata di belakang Singapura yang mengumpul enam mata berdepan misi wajib menang […]

Continue Reading

Jangan desak Jijoe – Beasley

KUALA LUMPUR: Pengarah teknikal berbasikal trek negara, John Beasley menganggap kemungkinan Datuk Azizulhasni Awang untuk meneruskan kariernya adalah keputusan yang baik, walaupun belum disahkan sepenuhnya. Beasley berkata, berkemungkinan bahawa Azizulhasni yang diberi julukan The Pocket Rocketman itu akan meneruskan kerjayanya, namun mengakui beliau memerlukan masa untuk menilai situasi semasa sebelum membuat keputusan lanjut. Menurutnya, beliau […]

Continue Reading

KL Sports City, Bukit Jalil bakal jadi pusat e-sukan

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan (KBS) Hannah Yeoh berkata tiada stadium baharu akan dibina sebaliknya satu daripada kemudahan di Kuala Lumpur (KL) Sports City, Bukit Jalil akan dijadikan pusat e-sukan. Hannah menegaskan bahawa hasrat utama pembangunan ini adalah untuk menyokong e-sukan di Malaysia, termasuk membina pasukan wanita dan warga emas. Tambahnya, pihak KBS juga sedang […]

Continue Reading

Permohonan GPS fokus kepada persatuan sukan, bukan syarikat

PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, memaklumkan bahawa pihaknya menerima peruntukan sebanyak RM30 juta untuk Dana Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2025, dengan beberapa perubahan strategik diperkenalkan bagi memperkasa pengurusan dana. Beliau menjelaskan bahawa syarikat tidak lagi dibenarkan memohon Geran Padanan Sukan (GPS), bagi memberi lebih ruang kepada persatuan sukan mengemukakan permohonan berulang […]

Continue Reading

TFC lancar kempen ‘Berjeruk Bersama’ tarik penyokong

KUALA TERENGGANU: Terengganu FC (TFC) melancarkan kempen ‘Berjeruk Bersama’ dengan menawarkan diskaun harga tiket 25 peratus bagi memeriahkan perlawanan suku akhir kedua Piala Malaysia antara TFC dan Negeri Sembilan FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Sabtu ini. Ketua Pegawai Eksekutif TFC Sdn. Bhd., Mohd. Sabri Abas berkata, harga tiket perlawanan itu dikurangkan […]

Continue Reading

Jojo ‘lupakan’ Sukan SEA Thailand 2025

PETALING JAYA: Bintang muay thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, memilih untuk tidak menyertai Sukan SEA 2025 di Thailand bagi memberi laluan kepada atlet muda negara. Beliau yang mesra disapa ‘Jojo’ itu, berkata keputusan tersebut diambil kerana beliau mahu memberi fokus kepada kejohanan bertaraf dunia, ONE Championship, yang dianggap sebagai platform terbaik untuk kerjayanya. Menurut […]

Continue Reading