Arif Aiman lakar sejarah rangkul gelaran MVP kali keempat

PETALING JAYA: Bintang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Mohd Hanapi melakar sejarah tersendiri apabila muncul pemain pertama dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) buat kali keempat berturut-turut pada majlis Anugerah Bolasepak Kebangsaan (ABK) 2024-2025. Pemain muda berusia 23 tahun itu, terus menjadikan Liga Malaysia musim ini sebagai pentas untuk dirinya memperagakan kehebatannya apabila […]

Continue Reading

Emery optimis Villa layak ke saingan utama Eropah

MANCHESTER: Pengurus Aston Villa, Unai Emery mengakui kekalahan 2-1 kepada Manchester City dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) semalam telah memberi tamparan hebat kepada pasukannya untuk kembali ke Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut. Villa layak beraksi di kejohanan tertinggi itu buat kali pertama selepas 41 tahun pada musim ini sebelum disingkirkan Paris Saint Germain […]

Continue Reading

Ahli YAKEB dilindungi skim perubatan

PETALING JAYA: Semua bekas atlet kebangsaan yang berdaftar di bawah Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) boleh menikmati skim kemudahan rawatan perubatan di hospital kerajaan sama seperti pesara perkhidmatan awam. Pengerusi YAKEB, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata skim tersebut yang diluluskan sejak 2019 boleh dinikmati seramai 3,200 ahli bagi mendapatkan rawatan perubatan asas di semua hospital […]

Continue Reading

Tasik Puteri GCC jalin Kerjasama Strategik Bersama Bermaz Motor

PETALING JAYA: Tasik Puteri Golf & Country Club (TPGCC) mengorak langkah baharu dalam landskap sukan tanah air apabila memeterai kerjasama strategik bersama pengedar rasmi kenderaan Mazda di Malaysia, Bermaz Motor Trading Sdn. Bhd, sekali gus menjadi penanda aras baharu dalam pembangunan golf komuniti di negara ini. Kerjasama dua tahun yang dimeterai hari ini merupakan jalinan […]

Continue Reading

Bukti dulu, baru minta gaji tinggi-Chong Wei

KUALA LUMPUR: Legenda badminton tanah air, Datuk Wira Lee Chong Wei menasihatkan pemain di bawah naungan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) agar membuktikan kemampuan terlebih dahulu menerusi pencapaian cemerlang sebelum membuat permintaan kenaikan gaji. Menurut beliau, jika prestasi ditunjukkan benar-benar memberangsangkan, beliau yakin BAM tidak akan menolak untuk mempertimbangkan permintaan tersebut demi kepentingan bersama. Namun begitu, […]

Continue Reading

Malaysia idam mara empat final Sepak Takraw Piala Asia 2025

KUALA LUMPUR: Kem sepak takraw negara memasang impian besar untuk melangkah ke final Kejohanan Sepak Takraw Piala Asia 2025 yang bakal membuka tirai di Kuala Lumpur, Mei ini. Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Sumali Reduan menyifatkan sasaran itu sebagai realistik berdasarkan momentum semasa skuad negara. Lebih membanggakan, skuad negara hadir ke kejohanan ini berbekalkan […]

Continue Reading

Gaji Perak FC bukan di bawah kerajaan negeri

IPOH: Segala urusan operasi dan pengurusan Perak FC adalah di bawah syarikat telekomunikasi XOX selaku pemilik pasukan, bukannya kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah bagaimanapun berkata, kerajaan memahami kesukaran yang dihadapi oleh pasukan tersebut terutama dari segi pembayaran gaji. Katanya, kerajaan negeri akan cuba memperhalusi apakah pilihan […]

Continue Reading

Aidil Sharin puas hati aksi Kuching City musim ini

SEREMBAN: Menduduki tangga keempat keseluruhan dalam aksi Liga Super musim ini tetap memuaskan hati ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak. Pengendali berasal dari Singapura itu berkata, walaupun berdepan prestasi turun naik di awal musim namun perubahan yang dibuat ketika jendela perpindahan kedua telah mengubah prestasi pasukan secara keseluruhan. “Terima kasih kepada pemain, pengurusan […]

Continue Reading

Nadal bakal dirai di Terbuka Perancis

LONDON: Bekas pemain No. 1 dunia, Rafael Nadal bakal diberi penghormatan dalam satu majlis khas di Terbuka Perancis, menurut pengarah kejohanan, Amelie Mauresmo. Legenda tenis dari Sepanyol itu, yang sudah bersara pada November lalu telah memenangi 14 daripada 22 gelaran Grand Slam miliknya di Roland Garros. Tiada pemain lain yang pernah memenangi gelaran perseorangan sebanyak […]

Continue Reading

Martin sudah keluar hospital

LUSAIL: Aprilia mendapat perkhabaran berita gembira mengenai keadaan terkini Jorge Martin yang sebelum ini terlibat dalam kemalangan di MotoGP Qatar. Penyandang juara MotoGP itu telah dimasukkan ke hospital sejak insiden menakutkan itu pada hujung minggu lalu yang mengakibatkan Martin mengalami 11 keretakan pada tulang rusuk dan cedera pada peparu. Bagaimanapun, pelumba 27 tahun itu dibenarkan […]

Continue Reading

TFC hadiah penamat bermakna, tumpaskan Kedah 3-0

KUALA NERUS: Terengganu FC (TFC) menghadiahkan penamat bermakna di hadapan penyokong sendiri apabila menundukkan Kedah Darul Aman FC (KDA) 3-0 dalam perlawanan terakhir Liga Super di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, di sini malam ini. Dalam perlawanan itu yang tidak mengubah kedudukan TFC di tangga kelima liga, jaringan menerusi Safawi Rasid pada minit ke-45, Ubaidullah […]

Continue Reading

Najwa Zara kejutkan pilihan pertama, Rania menjuarai Terbuka SRAFTKL

PETALING JAYA: Pemain remaja negara, Najwa Zara Mohd Fakhrur Razi mencipta kejutan selepas menyingkirkan pilihan pertama, Ayesha Rania Syed Humaiyun Kebir pada final Perempuan Bawah-19 Tahun Kejohanan Skuasy Antarabangsa Terbuka Remaja SRAFTKL Touch ‘n Go di ibu negara, hari ini. Najwa yang berusia 16 tahun, tetapi, beraksi di dalam kategori Bawah-19 Tahun, menewaskan seniornya itu […]

Continue Reading

PSM pantau perjalanan program NSTDP

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Datuk Mohd Sumali Reduan menyifatkan sukan tersebut berada dalam satu lembaran baharu dengan adanya Program Pembangunan Sepaktakraw Kebangsaan (NSTDP). Sumali berkata, dalam usahanya memastikan program pembangunan tersebut berjalan lancar pada tahun pertama pelancarannya, badan induk tersebut akan melakukan pemantauan secara berkala bagi mengenal pasti setiap masalah. “Kita dapat […]

Continue Reading

Kemelut atlet olahraga akan ditangani secara adil

KUALA LUMPUR: Presiden Olahraga Malaysia (MA), Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan kemelut yang melanda atlet olahraga pada ketika ini akan ditangani secara menang-menang tanpa bersikap berat sebelah kepada pihak tertentu. Beliau berkata, apa yang paling penting adalah fakta dan kebajikan atlet tidak akan sesekali diabaikan. “Kita telah membuat persediaan untuk Sukan SEA. Jadi kita […]

Continue Reading

Azizulhasni beraksi sebagai pelumba profesional

PETALING JAYA: Status mengenai masa depan Datuk Azizulhasni Awang akhirnya terjawab selepas jaguh berbasikal trek negara itu membuat keputusan untuk meneruskan kariernya secara profesional. Azizulhasni mengambil masa selama lapan bulan bagi memikirkan masa depannya apabila sebelum ini beliau mahu mempertimbangkan semula keputusan persaraannya sebaik sahaja tamat Olimpik Paris pada Ogos lalu. Atlet berusia 37 tahun […]

Continue Reading

Jangan jadi penumpang dalam jawatankuasa MOM

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria berharap barisan kepimpinan baharu yang terpilih pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif MOM 2025-2029 kali ke-44, semalam, bukan sekadar penumpang, malah, sebaliknya mampu menyumbang tenaga secara efisien. Beliau berkata, ahli jawatankuasa eksekutif itu juga diharap tidak terlalu bergantung kepada Presiden dan Timbalannya bagi menjayakan […]

Continue Reading

Sri Pahang cemerlang tutup aksi Liga Super

KUANTAN: Sri Pahang FC mencatat kemenangan ke empat berturut-turut dalam saingan Liga Super selepas berjaya menewaskan Penang FC 3-2 di padang Majlis Perbandaran Temerloh, sebentar tadi. Tanpa penyerang, Kpah Sherman dan pemain tengah, Manuel Hidalgo, Sri Pahang turun dengan kesebelasan utama yang mungkin akan dipertaruhkan pada perlawanan akhir Piala Malaysia minggu hadapan. Tanpa dua pemain […]

Continue Reading

Nur Azmi mahu pastikan era keemasan sukan Malaysia bukan sekadar mimpi

PETALING JAYA: Dengan tekad yang membara dan visi yang terang, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad mengukir sejarah sebagai Timbalan Presiden baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Pemilihan beliau, disambut penuh keyakinan oleh komuniti sukan tanah air, menjadi bukti kepercayaan terhadap kepimpinannya dalam mengangkat martabat sukan negara ke persada global. Kemenangan ini bukan sekadar pencapaian peribadi tetapi […]

Continue Reading