Nur Azmi mahu pastikan era keemasan sukan Malaysia bukan sekadar mimpi

PETALING JAYA: Dengan tekad yang membara dan visi yang terang, Datuk Wira Nur Azmi Ahmad mengukir sejarah sebagai Timbalan Presiden baharu Majlis Olimpik Malaysia (MOM). Pemilihan beliau, disambut penuh keyakinan oleh komuniti sukan tanah air, menjadi bukti kepercayaan terhadap kepimpinannya dalam mengangkat martabat sukan negara ke persada global. Kemenangan ini bukan sekadar pencapaian peribadi tetapi […]

Continue Reading

Syafiq idam juarai Terbuka Malaysia

PETALING JAYA: Pemain boling negara, Syafiq Ridhwan Abdul Malik memasang impian untuk menjulang kejuaraan Terbuka Malaysia pada aksi final esok. Menurut Syafik, sekiranya berjaya merealisasikan impian tersebut, ia akan menjadi hadiah istimewa buat dirinya sebelum bersara daripada arena kompetitif. Atlet berusia 39 tahun itu juga mengakui prestasinya berada pada tahap terbaik dengan persiapan rapi dari […]

Continue Reading

Hannah tuntut MA selesai isu dalaman dengan segera

PETALING JAYA: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menggesa Olahraga Malaysia (MA) menyelesaikan kemelut dalaman badan induk tersebut bersama beberapa atlet olahraga negara dengan segera. Hannah berkata beliau tidak mahu isu yang melanda MA menjejaskan prestasi skuad olahraga negara yang kini dalam persiapan untuk beraksi di Sukan SEA 2025 di Thailand, Disember ini. “Kita dengar […]

Continue Reading

Giliran Azizulhasni bergerak secara profesional

PETALING JAYA: Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang membuat pusingan U apabila keluar daripada persaraannya dan bergerak secara profesional di bawah Team Azizul. Atlet berusia 37 tahun itu sebelum ini mengumumkan persaraannya selepas Olimpik Paris 2024 namun selepas keadaan mentalnya pulih, Azizulhasni mengubah keputusannya. Azizulhasni menerima geran individu bernilai RM200,000 daripada Majlis Sukan Negara […]

Continue Reading

Kinoshi mahu pemain Selangor bersikap profesional

PETALING JAYA: Selangor FC (SFC) enggan mengambil sikap sambil lewa menjelang aksi terakhir Liga Super musim ini menentang PDRM FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini. Perkara itu ditegaskan pengendalinya, Katsuhito Kinoshi yang menyeru anak buahnya menampilkan aksi terbaik biarpun kedudukan selaku naib juara liga tidak terjejas dengan apa sahaja keputusan pada […]

Continue Reading

Nur Azmi dilantik Timbalan Presiden MOM

KUALA LUMPUR: Presiden Persekutuan Karate Malaysia, Datuk Nur Azmi Ahmad dipilih sebagai Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas menerima 70 undian pada Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif MOM 2025-2029 kali ke-44 di sini, hari ini. Beliau menewaskan Presiden Persatuan Lawn Bowl Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz yang menerima 20 undi. Sementara itu, untuk jawatan Presiden MOM, […]

Continue Reading

Tang Jie mahu bantu Wen Tse sebelum ‘rujuk’ bersama Ee Wei

KUALA LUMPUR: Pemain beregu campuran negara, Chen Tang Jie mahu membantu gandingan sementaranya, Chan Wen Tse sebelum kembali bergandingan bersama Toh Ee Wei pada penghujung Mei nanti. Tang Jie-Wen Tse yang mula digandingkan awal bulan ini selepas berpisah dengan Ee Wei, dijadual menyertai Terbuka Taiwan dari 6 hingga 11 Mei, diikuti Terbuka Thailand (13-18 Mei) […]

Continue Reading

Brunei ‘belanja’ kelab Liga Super

PETALING JAYA: Pasukan Liga Super bakal mendapat manfaat daripada penyertaan Brunei DPMM FC dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) pada musim depan. Ini kerana difahamkan, Brunei akan menaja tiket penerbangan, hotel penginapan dan kos-kos lain kepada kelab tempatan yang bertandang ke negara itu bagi mengharungi aksi liga di sana. Menurut sumber, perkara berkenaan sudah dipersetujui […]

Continue Reading

Mercedes diberi amaran jangan dekati Verstappen

JEDDAH: Bos Williams, James Vowles memberi amaran kepada bekas majikannya, Mercedes agar tidak mengejar juara dunia Formula 1 (F1) bertahan, Max Verstappen. Prestasi hambar Red Bull dalam Grand Prix (GP) Bahrain menyaksikan Verstappen hanya mampu menamatkan perlumbaan di tempat keenam dan masalah pasukan itu dengan jentera RB21 telah mencetuskan spekulasi bahawa pelumba Belanda itu mungkin […]

Continue Reading

Kami tidak pernah leka – Ducati

LONDON: Bos Ducati, Gigi Dall’Igna berkata dua pelumbanya menunjukkan betapa kehebatan mereka dalam Grand Prix (GP) Qatar sekali gus memberi peringatan kepada pencabar lain bahawa mereka tidak pernah leka. Pengeluar dari Itali itu, dengan bantuan Marc Marquez, meneruskan dominasi mereka dengan kemenangan berganda (pecut dan GP) di Qatar untuk musim 2025, dan masih belum ditewaskan […]

Continue Reading

Dua nama besar tidak sertai London Maraton

LONDON: Pemegang rekod dunia, Ruth Chepngetich telah menarik diri daripada menyertai London Maraton bersama juara bertahan Peres Jepchirchir. Chepngetich, 30, menjadi wanita pertama mencatat masa bawah dua jam 10 minit dalam Chicago Maraton 2024, berkata dia belum bersedia untuk perlumbaan tersebut yang bakal diadakan pada minggu depan. Atlet dari Kenya itu mengakui berasa sangat sedih […]

Continue Reading

Peluang terakhir pemain Sri Pahang pikat Fandi

KUANTAN: Pemain Sri Pahang FC perlu berusaha memikat hati pengendalinya, Fandi Ahmad untuk membarisi kesebelasan utama dalam aksi final Piala Malaysia menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 26 April ini. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, aksi menentang Penang FC malam ini menjadi medan terakhir untuk para pemain mempamerkan bakat […]

Continue Reading

Azizulhasni bukan sandaran emas Sukan Asia 2026

KUALA LUMPUR: Status jaguh trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang masih menjadi tanda tanya untuk terus berlumba menyebabkan beliau bukan lagi menjadi sandaran utama pada temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun. Namun, situasi berkenaan tidak meresahkan kem berbasikal trek negara, sebaliknya membuka ruang kepada Muhammad Shah Firdaus serta Nurul Izzah Izzati Mohd Asri bagi […]

Continue Reading

Nur Azmi, Awalan siapa jadi pilihan?

PETALING JAYA: Perebutan jawatan Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) kini menjadi perhatian selepas Tan Sri Mohamad Norza Zakaria mengekalkan kerusi No. 1 badan induk tersebut. Jawatan itu menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF) yang juga Naib Presiden MOM, Datuk Nur Azmi Ahmad dan Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia (PLBM), Datuk […]

Continue Reading

Chong Wei sedia terap ‘winning mentality’ kepada atlet Johor

JOHOR BAHRU: Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei sedia menerapkan ‘winning mentality’ dalam jiwa atlet generasi muda negeri ini selepas diumumkan sebagai Duta Sukan Johor. Menurutnya, pengalaman selama 26 tahun sebagai atlet akan dimanfaatkan sebaik-baiknya dalam membantu Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) melahirkan atlet pelalis tanah air. “Pengalaman naik turun kerjaya […]

Continue Reading

Saya mungkin dihukum lebih lama jika didapati bersalah

NEW YORK: Pemain tenis legenda Amerika Syarikat (AS), Serena Williams berkata dia akan digantung selama 20 tahun dan dilucutkan kesemua gelaran Grand Slam sekiranya gagal ujian doping seperti pemain No.1 dunia lelaki, Jannik Sinner. Sinner menerima penggantungan selama tiga bulan pada Februari lalu selepas mencapai persetujuan dengan Agensi Anti-Doping Dunia (WADA), yang mencabar keputusan tribunal […]

Continue Reading

Jasa dihargai, Zul Amirul dilantik jurulatih renang para

SEREMBAN: Kisah bekas atlet sukan renang paralimpik yang jasanya seakan dilupakan mendapat perhatian apabila dilantik sebagai jurulatih Persatuan Renang Para Negeri Sembilan. Zul Amirul Sidi Abdullah, 53, yang terharu dengan pelantikan itu menyifatkan ia sebagai impian menjadi kenyataan. “Terima kasih kepada semua dan inilah yang saya nanti-nantikan selama ini. “Saya bukannya mahu menyalahkan mana-mana pihak, […]

Continue Reading

Kemelut atlet dan persatuan, MSN ajak berbincang

PETALING JAYA: Majlis Sukan Negara (MSN) bakal mengadakan pertemuan bersama atlet olahraga dan Olahraga Malaysia (MA) pada minggu hadapan bagi menyelesaikan kemelut yang melanda di antara mereka. Ketua Pengarah MSN, Jefri Ngadirin berkata pihaknya sudah sedia maklum mengenai kemelut yang melanda selepas mengadakan pertemuan bersama badan induk tersebut yang diketuai oleh Presiden MA, Datuk Seri […]

Continue Reading

Nilai dan pilih calon terbaik barisi kepimpinan MOM-PBJM

PETALING JAYA: Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) menyeru semua ahli gabungan memilih calon terbaik, berpengalaman dan telah membuktikan kemampuannya dalam sukan negara bagi membarisi kepimpinan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) bagi penggal bagi penggal 2025-2029. Presiden PBJM, Alwiyah Talib menegaskan keputusan memilih individu yang tepat adalah sangat penting bagi memastikan persatuan-persatuan sukan turut mendapat manfaat. Jelasnya, […]

Continue Reading

SEMASHUR sasar ke final SSR 2025

SHAH ALAM: Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) mensasarkan untuk sekurang-kurangnya layak beraksi di pentas final dalam Super School Rugby (SSR) 2025 yang akan membuka tirai saingannya pada Mei ini. Turun selaku juara bertahan, SEMASHUR diundi dalam Kumpulan A bersama Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR), Sekolah Menengah Sains Tuanku Jaafar (STJ) dan Sekolah Sultan Alam […]

Continue Reading