Dua beregu lelaki negara alami nasib berbeza

PETALING JAYA: Nasib berbeza melanda dua beregu lelaki negara apabila Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani berjaya mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024, manakala Aaron Chia-Soh Wooi Yik terkandas di peringkat kumpulan B, sebentar tadi. Sze Fei-Nur Izzuddin mempamerkan pukulan terbaik apabila melakar kemenangan  24-20, 21-12 ke atas n juara Olimpik Paris 2024, […]

Continue Reading

Soon Huat-Shevon sertai Tang Jie-Ee Wei ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir

PETALING JAYA: Beregu campuran profesional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai memastikan satu lagi tempat untuk Malaysia mara ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, pagi tadi. Gandingan No. 10 dunia itu menyelesaikan misi wajib menang mereka ke atas pasangan Indonesia Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja selepas bangkit ketinggalan set pertama 17-21, 21-15, […]

Continue Reading

Zii Jia cedera buku lali kanan, sah tarik diri Jelajah Dunia Akhir

PETALING JAYA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mengesahkan beliau menarik diri dari Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 apabila mengalami kecederaan buku lali kanan semasa aksi terakhir Kumpulan A, sebentar tadi. Pada aksi yang berlangsung di Pusat Gimnasium Olimpik Hangzhou, pemain berusia 26 tahun itu mengalami kecederaan ketika mendahului set kedua menentang wakil […]

Continue Reading

Megat buat laporan SPRM terhadap Shapawi

PETALING JAYA: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu rasuah dan melanggar tata etika pemilihan ahli yang tidak sihat. Dalam satu kenyataan, Shahriman berkata laporan tersebut dibuat terhadap dua individu iaitu Datuk Ahmad Shapawi Ismail yang mewakili Persatuan Badminton Malaysia […]

Continue Reading

Grand final meriah, MFGA lebarkan hubungan tujuh negara luar

PETALING JAYA: Lebih 130 pemain memeriahkan Kejohanan grand final Malaysia Flying Golfers Association (MFGA) yang berlangsung di Kelab Golf Seriemas, Nilai, Negeri Sembilan baru-baru ini. Lebih bermakna kejohanan grand final tahun ini turut disertai pemain-pemain dari tujuh negara luar iaitu Lebanon, Korea, Taiwan, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Singapura. Setelah hampir 41 tahun penubuhannya, MFGA sehingga […]

Continue Reading

Malaysia bergelar juara dunia FIFAe

PETALING JAYA: Skuad FAM eRimau mencatatkan sejarah apabila menjuarai permainan mobile eFootball dalam kejohanan FIFA ePiala Dunia yang berlangsung, semalam. Diwakili oleh Ahmad Muhaimin, skuad FAM eRimau berjaya melakar dua kemenangan cemerlang dengan keputusan 3-0 pada perlawanan pertama dan 2-0 pada aksi kedua. Ahmad Muhaimin, yang dikenali dengan nama Minbappe, mengalahkan wakil Maghribi, AN10_Tienes, di […]

Continue Reading

PM ucap tahniah kepada FAM eRimau

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada pasukan FAM eRimau selepas menjuarai Piala Dunia FIFAe 2024 dalam pertandingan eFootball Mobile. “Tahniah skuad FAM eRimau dan saudara Ahmad Muhaimin (Minbappe) yang menjuarai saingan FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile. Terus cemerlang dan harumkan nama negara di pentas dunia!,” kata Anwar dalam […]

Continue Reading

Pearly-Thinaah tercorot dalam kumpulan maut

PETALING JAYA: Beregu wanita No. 1 negara, Pearly Tan-M. Thinaah menamatkan kempen Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China di tempat tercorot dalam Kumpulan A apabila mengalami kekalahan ketiga berturut-turut, sebentar tadi. Pearly-Thinaah terpaksa akur tewas kepada pasangan No. 1 dunia dari China, Liu Sheng Shu-Tan Ning 21-9, 18-21, 21-18 dalam tempoh 76 minit […]

Continue Reading

Selangor sebelah kaki ke separuh akhir Piala Cabaran

PETALING JAYA: Selangor FC sebelah kaki ke separuh akhir Piala Cabaran apabila membenam Kelantan Darul Naim (KDN) FC 5-1 pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), sebentar tadi. Dalam aksi berkenaan, Ronnie Fernandez dan Mukhairi Ajmal masing-masing meledak dua gol, manakala Quentin Cheng menjaringkan satu gol untuk membolehkan anak-anak buah Katsuhito […]

Continue Reading

JDT turunkan skuad terbaik berdepan KL City FC

PETALING JAYA: Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menurunkan barisan terbaik ketika berdepan Kuala Lumpur (KL) City FC dalam aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, malam ini. Pengendali JDT, Hector Bidoglio berkata, Harimau Selatan tidak memandang mudah cabaran KL City FC biarpun mereka meraih kemenangan 3-0 dalam aksi terakhir Liga Super […]

Continue Reading

Tang Jie-Ee Wei lunas dendam

PETALING JAYA: Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei membuktikan mereka tidak mempunyai masalah untuk menempah tiket ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, semalam. Pasangan No. 8 dunia itu mengesahkan tiket ke separuh akhir apabila menumpaskan beregu Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria Emanuelle Widjaja 21-17, 21-18 pada aksi kedua Kumpulan […]

Continue Reading

Malaysia tempah slot separuh akhir Skuasy Dunia

PETALING JAYA: Malaysia mara ke separuh akhir selepas mengejutkan pilihan keempat England 2-0 pada peringkat lapan terbaik Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia di Hong Kong, semalam. Pertaruhan berani skuad wanita negara menurunkan pemain berusia 20 tahun, Aira Azman ternyata membuahkan hasil apabila dia meletakkan Malaysia mendahului England 1-0. Pemain yang menghuni ranking No. 31 dunia itu […]

Continue Reading

Harimau Malaya tiada nilai?, bukan ‘hotel’

PETALING JAYA: Skuad Harimau Malaya seolah-olah tiada nilai apabila ada kelab bertindak memanggil pemain mereka pulang dengan sesuka hati sedangkan maruah negara dibawa pasukan berkenaan di pentas antarabangsa. Dalam masa sama, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) perlu bertegas kepada kelab-kelab untuk tidak mengganggu pemain-pemain yang telah disenaraikan dalam pasukan bagi mengharungi apa-apa kejohanan waima ia tidak […]

Continue Reading

Young Tigress gagal ke separuh akhir Piala Remaja Asia

PETALING JAYA: Pasukan hoki wanita remaja kebangsaan gagal meluaskan kemaraan ke separuh akhir Piala Remaja Asia Wanita 2024 di Muscat, Oman apabila tewas kepada China 4-0, sebentar tadi. Pada aksi yang berlangsung di Stadium Hoki Oman itu, China mudah menembusi bentenv pertahanan Young Tigress apabila membuka jaringan seawal minit kempat menerusi gol padang Hao Guoting. […]

Continue Reading

Zii Jia iringi Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir

PETALING JAYA: Pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia mengiringi beregu utama Aaron Chia-Soh Wooi Yik selepas masing-masing memenangi perlawanan kedua peringkat kumpulan Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, sebentar tadi. Zii Jia mudah mengatasi pemain Denmark merangkap rakan baiknya, Anders Antonsen menerusi keputusan straight set 21-14, 21-19. Dua kemenangan berturut-turut itu […]

Continue Reading

Hannah jawab isu bendera terbalik Lee Zii Jia

PETALING JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal mewujudkan kod baharu etika pemakaian yang berkaitan dengan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi atlet dalam kejohanan kebangsaan mahupun antarabangsa. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kod pemakaian baharu ini diwujudkan bagi memastikan aspek seperti susunan bendera, jenis logo penaja, dan reka bentuk jersi memenuhi standard yang […]

Continue Reading

Megat Shahriman persoal niat Shapawi bertanding jawatan No. 1

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), Datuk Seri Megat D. Shahriman Zaharudin mempersoalkan niat sebenar Datuk Ahmad Shapawi Ismail untuk mencabarnya merebut jawatan No. 1 badan induk sukan paralimpik negara itu. “Kenapa baru sekarang nak jadi hero sukan para? Bagi saya semua ini tindakan hipokrit, selama sembilan tahun sebagai Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara […]

Continue Reading

Nasib berbeza buat dua beregu negara

PETALING JAYA: Nasib berbeza buat dua beregu negara apabila gandingan campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei berjaya menempah slot ke separuh akhir Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China, manakala pasangan wanita, Pearly Tan-M. Thinaah tersingkir dalam aksi Kumpulan A, sebentar tadi. Tang Jie-Ee Wei tidak berdepan masalah untuk menumpaskan gandingan Indonesia, Dejan Ferdinansyah-Gloria […]

Continue Reading

Hannah balas isu Zii Jia pakai bendera terbalik

SUBANG JAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bakal merangka kod baharu berhubung etika pemakaian atlet termasuk penggunaan Jalur Gemilang pada pakaian mereka. Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, kod itu diwujudkan bagi memastikan penggunaan yang membabitkan Jalur Gemilang tidak akan berulang seperti yang terjadi kepada pemain perseorangan profesional lelaki negara, Lee Zii Jia, semalam. […]

Continue Reading