Penundaan tarif A.S.-China beri rangsangan perdagangan kepada Malaysia dalam Jangka Pendek

KUALA LUMPUR: Malaysia mungkin mendapat manfaat daripada eksport dan pembuatan yang lebih kukuh, disokong oleh aktiviti perdagangan Ameriak Syarikat (AS)-China yang bertambah baik, semasa jeda tarif selama 90 hari kata penganalisis MIDF dalam satu nota. Syarikat penyelidikan itu mengekalkan unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2025 untuk Malaysia pada 4.0 peratus, memetik pelepasan jangka pendek […]

Continue Reading

Ekonomi Malaysia dijangka berkembang 4.5% hingga 5% pada suku pertama

PETALING JAYA: Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka tumbuh sekitar 4.5 peratus hingga lima peratus pada suku pertama, dipacu oleh lonjakan prestasi eksport serta lebihan dagangan tertinggi yang pernah direkodkan bagi tempoh suku pertama dalam sejarah negara. Data rasmi KDNK suku pertama 2025 dijadualkan diumumkan pada Jumaat ini. Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof. […]

Continue Reading

Chery sedia kongsi teknologi pembuatan bateri HEV, EV

SERDANG: Chery berhasrat memindahkan teknologi pembuatan bateri untuk kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik (EV) kepada industri tempatan. Ketua Jurutera Pengurusan Pembangunan Produk yang juga Pengarah Institut Prakajian dan Reka Bentu Kenderaan, Chery Automobile Co. Ltd., Dr. David Xianqiang Lu berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan kerajaan Malaysia bagi melihat peluang untuk menghasilkan bateri (HEV […]

Continue Reading

MClean proaktif hadapi cabaran industri semikonduktor global

KUALA LUMPUR: MClean Technologies Berhad (MClean), penyedia penyelesaian pembersihan dan rawatan permukaan yang mantap, mengambil langkah proaktif dalam menghadapi cabaran semasa industri semikonduktor. Ini terutamanya berikutan peraturan baharu yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport cip kecerdasan buatan (Al) dan teknologi semikonduktor sensitif. Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Eksekutif MClean, Datuk Dr. Terence Tea Yeok […]

Continue Reading

Betamek sasar tembusi pasaran Thailand, Vietnam

KUALA LUMPUR: Betamek Berhad (Betamek) sedang menyusun strategi agresif untuk menembusi pasaran luar negara, khususnya di rantau ASEAN, selain terus mengukuhkan kedudukan dalam pasaran domestik menerusi kerjasama jangka panjang bersama pelanggan utama seperti Perodua. Pengarah Urusannya, Mirzan Mahathir berkata, Thailand dan Vietnam menjadi dua negara sasaran utama kerana masing-masing memiliki ekosistem automotif yang pesat berkembang. […]

Continue Reading

Ringgit dijangka susut ke paras RM4.35 sedolar AS minggu ini

PETALING JAYA: Nilai ringgit dijangka terus menyusut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) minggu ini, susulan pengukuhan mata wang negara itu yang dipacu oleh perubahan pendekatan dasar ekonomi pentadbiran Presiden AS, Donald Trump. Penganalisis ekonomi, Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai berkata, ringgit yang berada pada paras RM4.29 minggu lalu dijangka melepasi paras RM4.35 dalam tempoh terdekat. […]

Continue Reading

Ekspo Malaysia Dili perkukuh kerjasama ekonomi Malaysia dan Timor-Leste

PETALING JAYA: Penganjuran Ekspo Malaysia Dili (MYExpo Dili) 2025 menandakan permulaan baharu dalam usaha mengukuhkan kerjasama ekonomi, pertukaran budaya dan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Timor-Leste. Acara sulung ini dianjurkan oleh Kedutaan Besar Malaysia di Dili bersama My Events International Sdn Bhd, bersempena Pengerusi ASEAN Malaysia 2025 dan kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026). Menurut […]

Continue Reading

Penurunan SRR bukan petunjuk dasar monetari – Gabenor

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) menegaskan bahawa keputusan untuk menurunkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) baru-baru ini bukanlah petunjuk kepada perubahan pendirian dasar monetari bank pusat itu. Gabenor BNM, Datuk Abdul Rasheed Ghaffour berkata, kadar Dasar Semalaman (OPR) kekal sebagai satu-satunya penunjuk yang digunakan oleh BNM dalam menentukan pendirian dasar monetarinya. Ujarnya, SRR merupakan satu […]

Continue Reading

Affin biaya RM500 juta pacu pengembangan MV6 ke Singapura

KUALA LUMPUR: Kumpulan Affin memeterai perjanjian pembiayaan bernilai RM500 juta dengan Macrovalue Six Sdn Bhd (MV6), menandakan satu langkah penting dalam perdagangan serantau antara Malaysia dan Singapura. Kerjasama itu bagi membiayai sepenuhnya pengambilalihan 100 peratus kepentingan MV6 dalam Cold Storage Singapore (1983) Pte Ltd daripada DFI Retail Group Management Ltd. Langkah ini menandakan kemasukan rasmi […]

Continue Reading

Johor optimis catat FDI RM50 bilion suku kedua

JOHOR BAHRU: Johor optimis mampu merekodkan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak RM50 bilion bagi suku kedua tahun ini selepas berjaya mencatatkan RM27.4 bilion pada suku pertama. Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, keyakinan itu berdasarkan iklim pelaburan positif yang sedang dinikmati negeri ini, selari pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ). “Pada April sahaja, kita […]

Continue Reading

Rumah siap dibina melonjak 30.2% pada suku pertama

PETALING JAYA: Aktiviti pembinaan hartanah kediaman mencatat pertumbuhan kukuh pada suku pertama tahun ini apabila jumlah unit siap dibina melonjak 30.2 peratus kepada 9,329 unit berbanding 7,168 unit dalam tempoh sama tahun lalu. Ketua Pengarah Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Sr. Abdul Razak Yusak berkata, bilangan unit yang mula dibina juga menunjukkan peningkatan ketara sebanyak 32.5 […]

Continue Reading

MR D.I.Y. lancar MANJA Land hargai pelanggan

KUALA LUMPUR: Peruncit kelengkapan rumah terkenal, MR D.I.Y. Group (M) Bhd. melancarkan kempen MANJA Land sebagai tanda penghargaan kepada sokongan pelanggan setia mereka. Kempen dengan slogan ‘Minta maaf, MR D.I.Y. terlalu memanjakan anda’ itu berlangsung selama tiga hari bermula hari ini hingga 11 Mei di MR D.I.Y PLUS, Mid Valley Megamall dengan mengubah ruang menjadi […]

Continue Reading

Harga pasir naik hingga 3.8% pada April

PETALING JAYA: Harga pasir meningkat sehingga 3.8 peratus pada April 2025, manakala harga besi terus menurun untuk bulan keempat berturut-turut, menurut Jabatan Perangkaan. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata,peningkatan tertinggi bagi indeks harga pasir direkodkan di Pahang iaitu 3.8 peratus, diikuti dengan Perak (2.9 peratus), Johor dan Kuching masing-masing 1.6 peratus. “Indeks […]

Continue Reading

Cuckoo Malaysia pinda prospektus IPO, catat hasil RM1.24b tahun lalu

PETALING JAYA: Cuckoo International (MAL) Berhad (Cuckoo Malaysia) mengumumkan prospektus tambahan yang menggariskan beberapa pindaan kepada prospektus utamanya, berikutan penjadualan semula syarikat itu bagi tawaran awam permulaan (IPO). Keputusan tersebut diambil dengan penuh teliti hasil penilaian menyeluruh oleh pengurusan Cuckoo Malaysia, dalam usaha memastikan kejayaan dan kemampanan kemasukannya ke dalam pasaran awam. Cuckoo menyasarkan penyenaraian […]

Continue Reading

Aurelius Healthcare melebar sayap di Pahang

KUANTAN: Selepas Hospital Aurelius Alor Setar (AHAS) di Kedah, Aurelius Healthcare melebarkan sayapnya di negeri ini menerusi pembukaan Hospital Aurelius Pahang (AHP) membabitkan pelaburan awal RM36 juta. Semalam menjadi detik bersejarah buat AHP apabila hospital itu dilancarkan secara rasminya oleh Tengku Panglima Raja, Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah selaku wakil rasmi kepada Tengku […]

Continue Reading

Bursa Malaysia melonjak, dibuka lebih tinggi

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia pulih daripada kerugian semalam denhgan dibuka lebih tinggi, dirangsang oleh minat belian baharu dalam saham wajaran tinggi terpilih, yang sejajar dengan momentum positif di pasaran serantau, kata seorang penganalisis. Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.93 mata kepada 1,546.67, meningkat daripada 1,542.74 penutup Khamis. Jumlah dagangan berjumlah 156.16 […]

Continue Reading

Ringgit didagang lebih tinggi berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, disokong sentimen positif berikutan perkembangan tarif perdagangan antara ekonomi global utama, termasuk China dan United Kingdom (UK), kata seorang pakar ekonomi. Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan itu  meningkat kepada 4.2715/2905 berbanding dolar AS berbanding 4.2780/2830 pada penutup Khamis. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd. Dr. […]

Continue Reading

JAECOO kini dikenali sebagai OMODA ꟾ JAECOO

SERDANG: JAECOO melancarkan pembaharuan jenama dan kini dikenali sebagai OMODA ꟾ JAECOO pada Pameran Automotif Malaysia 2025 (MAS2025), semalam. Naib Presiden OMODA ꟾ JAECOO, Emily Lek berkata, pembaharuan jenama sempena ulang tahun pertamanya itu mencerminkan keyakinan terhadap pasaran dan peluang pertumbuhan di negara ini. “Sebagai sebuah jenama dinamik yang memahami kecenderungan dan keperluan pengguna, kami […]

Continue Reading

Gading Kencana guna AI dalam operasi ladang solar

PETALING JAYA: Gading Kencana Sdn. Bhd., salah sebuah syarikat peneraju dalam industri tenaga solar di Malaysia terus memperkukuh operasinya dengan mengintegrasikan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) berasaskan deep learning dalam pengurusan ladang solar mereka. Melalui kerjasama strategik dengan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Gading Kencana sedang membangunkan model forecasting tempatan yang sesuai dengan iklim tropika […]

Continue Reading

OPR masih kekal pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus, sekali gus menolak jangkaan penganalisis mengenai penurunan OPR sebelum ini. Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit di negara itu diputuskan pada mesyuarat ketiga Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM bagi tahun ini yang diadakan semalam. Bank pusat berkata, […]

Continue Reading