SRR turun kepada satu peratus bermula 16 Mei ini

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan Nisbah Keperluan Rizab Berkanun (SRR) akan diturunkan sebanyak 100 mata asas daripada dua peratus kepada satu peratus berkuat kuasa 16 Mei ini. Bank pusat itu berkata, keputusan untuk mengurangkan SRR merupakan sebahagian daripada usaha berterusan BNM bagi memastikan mudah tunai yang mencukupi dalam sistem kewangan domestik negara. “Langkah […]

Continue Reading

AS tidak mahu ASEAN berunding secara berkelompok

KUALA LUMPUR: Amerika Syarikat (AS) tidak mahu negara ASEAN berunding sebagai satu blok dalam isu perdagangan, sebaliknya lebih cenderung kepada rundingan dua hala yang berasingan. Timbalan Ketua Setiausaha (Hubungan Ekonomi dan Perdagangan Dua Hala), Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Raveendran Nair berkata, pendekatan berkelompok dianggap AS sebagai tindakan ‘berpakat’ yang boleh menimbulkan ketegangan dalam […]

Continue Reading

Lebih 43,000 kenderaan elektrik di atas jalan raya sehingga kini

SERDANG: Sektor kenderaan elektrik (EV) Malaysia terus menunjukkan kemajuan, dengan lebih 43,000 kenderaan elektrik bateri (BEV) kini di atas jalan di seluruh negara. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, usaha kerajaan untuk membangunkan ekosistem EV telah membuahkan hasil positif, hasil gabungan insentif penggunaan, pembangunan infrastruktur dan kejayaan pengeluaran […]

Continue Reading

PMB Investment agih pendapatan 4.00 sen seunit bagi An-Nur Waqf Income Fund

PETALING JAYA: PMB Investment Berhad (PMB Investment), sebuah Syarikat Pengurusan Dana Islam (IFMC) berlesen di bawah Pelaburan MARA Berhad mengumumkan agihan pendapatan sebanyak 4.00 sen seunit bagi PMB An-Nur Waqf Income Fund bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2025. Agihan pendapatan tersebut membabitkan jumlah keseluruhan RM1.09 juta. Nilai Aset Bersih (NAB) seunit sebelum agihan adalah […]

Continue Reading

Pro-Net perkenal e.MAS 5, bakal dilancar suku keempat ini

SERDANG: Pro-Net, anak syarikat milik penuh Proton memperkenalkan model terbaharu yang dikenali sebagai Proton e.MAS 5 pada Pameran Automotif Malaysia 2025 (MAS2025). Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zhang Qiang berkata, model kenderaan elektrik (EV) terbaharu itu dijadualkan dilancarkan pada suku keempat tahun 2025. Katanya, model tersebut disasarkan kepada golongan pemandu muda dan pembeli EV kali pertama, dengan […]

Continue Reading

Fibromat sasar keuntungan tahunan naik 20 peratus

KUALA LUMPUR: Penyedia perkhidmatan geoteknik, Fibromat (M) Bhd. menyasarkan pertumbuhan keuntungan tahunan sebanyak 20 peratus dalam tempoh tiga tahun akan datang, didorong pelbagai projek termasuk beberapa projek di Sabah dan Sarawak. Ketua Pegawai Kewangannya, Nadiah Firdaus berkata, keuntungan selepas cukai daripada projek tidak dibilkan dijangka mencecah RM13 juta pada tahun ini, RM16 juta pada 2026 […]

Continue Reading

IHPR naik 0.6%, hiburan dan makanan penyumbang utama

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) negara meningkat 0.6 peratus pada suku pertama 2025, berbanding 0.5 peratus pada suku keempat Disember 2024, menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, peningkatan ini menandakan trend positif berterusan dalam sektor perkhidmatan negara dengan subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi merekodkan […]

Continue Reading

Hektar REIT, Samaiden perkenal inisiatif kemampanan melalui tenaga solar

PETALING JAYA:  Hektar Real Estate Investment Trust (Hektar REIT) bersama Samaiden Group Berhad (Samaiden) memperkenalkan inisiatif kemampanan penting melalui perkongsian tenaga solar yang dijangka menjana penjimatan kos tenaga jangka panjang kira-kira RM41.3 juta. Menurut kenyataan, kerjasama itu menandakan pencapaian penting dalam komitmen Hektar REIT dan Samaiden terhadap kemampanan, sejajar peralihan tenaga boleh diperbaharui Malaysia dan […]

Continue Reading

Program AZAM tingkat pendapatan asnaf sebanyak 36 peratus

PETALING JAYA: Program Pembiayaan Mikro Zakat Alliance Islamic Bank (AZAM) menunjukkan perkembangan memberangsangkan dengan peserta mencatatkan purata peningkatan pendapatan perniagaan sebanyak 36 peratus dalam tempoh setahun.  Alliance Islamic Bank Berhad (AIS) berkata, hasil awal program itu memberi impak yang bermakna dengan memperkasakan usahawan mikro asnaf melalui melalui pembiayaan kewangan inklusif yang bertujuan membina kebebasan ekonomi […]

Continue Reading

Affin terima penarafan kredit antarabangsa pertama, A3

PETALING JAYA: Affin Group (Affin) menerima penarafan kredit antarabangsa pertamanya iaitu A3 dengan unjuran stabil daripada Moody’s Ratings, sebuah agensi penarafan kredit yang terkenal di peringkat global.  Penarafan ini merupakan satu pencapaian penting dalam sejarah 50 tahun Affin, mencerminkan asas kewangan yang kukuh, kualiti aset yang berhemah, kedudukan modal yang berdaya tahan serta hubungan institusi […]

Continue Reading

MAB Academy terima anugerah IATA dalam penggunaan VR

PETALING JAYA: MAB Academy, cabang latihan Malaysia Aviation Group (MAG) menerima Anugerah Inovasi Pusat Latihan Berasaskan Kompetensi (CBTA) 2025 daripada Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA). Anugerah berprestij ini mengiktiraf inisiatif perintis MAB Academy dalam menggunakan teknologi realiti maya imersif (VR) bagi mempertingkatkan latihan CBTA berkaitan pengendalian barangan berbahaya yang pertama seumpamanya di rantau ini. Dibangunkan […]

Continue Reading

Malaysia kenakan duti anti-lambakan produk PET dari China

PETALING JAYA: Malaysia mengenakan duti anti-lambakan terhadap import produk Polyethylene Terephthalate (PET) dari China dan Indonesia selama lima tahun berkuat kuasa hari ini, berikutan harga tersebut lebih rendah daripada harga jualan di negara asal.  Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) berkata,  pengenaan duti anti-lambakan ke atas pengimportan barang dagangan yang didakwa adalah 2.29 peratus hingga […]

Continue Reading

Pakej khas bantu sektor terkesan tarif AS dalam pertimbangan

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang meneliti untuk memperkenalkan pakej khas bagi membantu sektor-sektor yang terkesan susulan pelaksanaan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS), di samping mengurangkan impak ekonomi semasa. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan di Dewan Rakyat mengenai bantuan […]

Continue Reading

BNM mungkin turunkan OPR 25 mata asas dalam mesyuarat esok

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin mengambil keputusan menurunkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) ketiga esok. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, langkah itu adalah bagi memastikan pertumbuhan ekonomi kekal stabil dengan menggalakkan aktiviti penggunaan […]

Continue Reading

Eco-Shop kuasai 67.8 peratus pasaran kedai harga rendah

PETALING JAYA: Eco-Shop menguasai 67.8 peratus pasaran kedai harga rendah di Malaysia, menjadikannya peneraju mutlak dalam segmen berkenaan, menurut TA Securities. Firma itu berkata, penguasaan pasaran itu adalah bukti kekuatan jenama Eco-Shop serta strategi pengembangan yang agresif dan konsisten, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju runcit kos rendah tempatan. “Jenama ini turut mendapat sambutan kukuh […]

Continue Reading

UOB Malaysia catat untung sebelum cukai RM2.2 bilion

PETALING JAYA: UOB Malaysia mencatatkan keuntungan sebelum cukai tertinggi bernilai RM2.2 bilion bagi tahun kewangan berakhir 2024, naik 15.9 peratus daripada RM1.9 bilion yang direkodkan pada tahun sebelumnya. Pendapatan operasi tahun lalu naik 2.3 peratus kepada RM4.7 bilion, berbanding RM4.6 bilion pada 2023. Peningkatan dalam pendapatan operasi didorong pertumbuhan yang stabil dalam semua aliran pendapatan […]

Continue Reading

Industri gesa rundingan tarif dilaksana secara strategik dan berhati-hati

PETALING JAYA: Pemain industri menggesa kerajaan merangka strategi menyeluruh dalam rundingan dengan Amerika Syarikat (AS) berhubung tarif balas terhadap eksport Malaysia, sambil mengingatkan bahawa risiko kegagalan masih wujud sekiranya persiapan tidak dilakukan secara teliti. Presiden Persatuan Industri Semikonduktor Malaysia (MSIA), Datuk Seri Wong Siew Hai berkata, terdapat kemungkinan untuk AS menurunkan tarif terhadap Malaysia, namun […]

Continue Reading

Malakoff terbit Sukuk Murabahah Kemampanan ASEAN bernilai RM250 juta

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff), melalui anak syarikat milik penuhnya, Malakoff Power Berhad (MPower) menerbitkan Sukuk Murabahah SRI Kemampanan ASEAN sulungnya bernilai RM250 juta di bawah Program Nota Jangka Sederhana Islamik (IMTN) bernilai RM1.2 bilion. Ia merupakan penawaran kelestarian pertama Malakoff di bawah Sukuk Murabahah ASEAN Sustainability SRI dan yang pertama oleh pengeluar tenaga […]

Continue Reading

Pasaran kewangan negara kekal stabil di tengah ketidaktentuan global

PETALING JAYA: Pasaran kewangan Malaysia kekal stabil dan berdaya tahan meskipun pasaran global dilanda ketidaktentuan berikutan pengumuman tarif oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap rakan dagangnya baru-baru ini. Menurut Jawatankuasa Pasaran Kewangan (FMC), ringgit meningkat sebanyak 2.3 peratus tahun-ke-tahun berbanding dolar bersama kebanyakan mata wang serantau, disokong kelemahan mata wang negara maju itu serta sentimen pelabur […]

Continue Reading

Eksport sarung tangan wajib sijil asal Malaysia satu langkah tepat

PETALING JAYA: Langkah menetapkan hanya sarung tangan getah yang diproses dan dihasilkan sepenuhnya di Malaysia layak dieksport dengan sijil asal negara merupakan usaha tepat bagi melindungi integriti industri itu. Presiden Persatuan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA), Oon Kim Hung berkata, pengeksportan semula sarung tangan siap yang hanya transit di Malaysia menjejaskan kepercayaan yang dibina […]

Continue Reading