Rundingan tarif dilihat positif namun cabaran ekonomi kekal signifikan

PETALING JAYA: Rundingan awal antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) berkaitan tarif dilihat memberi petunjuk positif, namun penganalisis memberi amaran bahawa cabaran ekonomi negara kekal signifikan sekiranya tidak ditangani secara menyeluruh. Ketua Penyelidikan Strategik di CGS International, Jeremy Goh berkata, kesediaan AS untuk meneruskan dialog dengan Malaysia selepas lawatan delegasi negara ke Washington pada 22 […]

Continue Reading

Malaysia bijak tangani isu tarif, fokus teruskan inisiatif ASEAN-BAC

KUALA LUMPUR: Pendekatan Malaysia yang berhemah dan strategik dalam menangani isu tarif oleh Amerika Syarikat (AS) perlu diberi pujian dan menjadi ikutan negara lain di rantau ini, menurut Pengerusi Majlis Penasihat Perniagaan ASEAN (ASEAN-BAC) Malaysia, Tan Sri Nazir Razak. Beliau berkata, kerajaan bertindak bijak dengan tidak memberi reaksi terburu-buru atau mengikut emosi terhadap tekanan tersebut, […]

Continue Reading

Nuren Group rancang penyenaraian di Nasdaq

PETALING JAYA: Nuren Group Limited (Nuren) mengumumkan hasrat strategiknya untuk disenaraikan di Bursa Saham Nasdaq di Amerika Syarikat (AS), menandakan fasa baharu dalam perjalanan pertumbuhannya. Langkah ini meletakkan platform digital terkemuka di Asia Tenggara untuk golongan wanita itu dalam kedudukan terbaik untuk memperluas capaian pelabur, mengakses modal institusi yang lebih mendalam dan meningkatkan impaknya di […]

Continue Reading

OPR pernah diturunkan ketika ekonomi stabil

PETALING JAYA: Penurunan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) pernah berlaku dalam situasi ketidaktentuan global, pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang sederhana dan inflasi yang terkawal, menurut Maybank Investment Bank (Maybank IB).  Firma penyelidikan itu berkata, selain semasa krisis ekonomi besar seperti Krisis Kewangan Global (2008-2009) dan pandemik Covid-19 (2020), OPR […]

Continue Reading

MITI ambil alih pengeluaran sijil eksport ke AS bermula hari ini

PETALING JAYA: Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) menjadi satu-satunya pihak yang diberi kuasa untuk mengeluarkan Sijil Tempasal Bukan Keutamaan (NPCO) bagi tujuan eksport ke Amerika Syarikat (AS) berkuat kuasa hari ini. Kerajaan mengambil langkah tegas itu bagi menangani isu kemungkinan penyalahgunaan laluan dagangan Malaysia sebagai pintu masuk dan keluar barangan dari negara tertentu ke […]

Continue Reading

Gamuda Cove perkenal tarikan baharu, sasar 1.5 juta pengunjung setahun

DENGKIL: Gamuda Cove memperkenalkan beberapa tarikan baharu berteraskan alam semula jadi yang akan menarik lebih 1.5 juta pengunjung setahun apabila siap sepenuhnya menjelang akhir tahun depan. Tarikan baharu berkenaan melibatkan pembangunan zoo bertemakan konservatif, resort eko-mewah dan taman permainan kanak-kanak di lokasi utama seperti Paya Indah Discovery Wetlands, Wetlands Arboretum dan The Hive. Salah satu […]

Continue Reading

Rundingan tarif bukti kerajaan komited tangani cabaran perdagangan

PETALING JAYA: Langkah rundingan antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) penting bagi meredakan kegelisahan dalam kalangan rakyat dan komuniti perniagaan, selain menunjukkan kesungguhan kerajaan menangani cabaran perdagangan secara terancang, kata penganalisis. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, tempoh rundingan selama 90 hari perlu dimanfaatkan sepenuhnya menerusi perbincangan diplomatik […]

Continue Reading

Ringgit kukuh, berpotensi cecah RM4 berbanding dolar AS

PETALING JAYA: Nilai ringgit terus mencatat prestasi memberangsangkan dan dijangka mampu mencecah paras RM4 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sekiranya aliran pengukuhan ini berterusan. Pada pukul 9 pagi semalam, ringgit dibuka kukuh pada 4.2340/4.2380 berbanding dolar AS daripada 4.3220/4.3280 pada Jumaat dan meneruskan trend pengukuhan apabila mencecah 4.19 sedolar AS pada dagangan tengah hari. Mata […]

Continue Reading

KDNK negara dijangka berkembang sederhana 4.0% pada 2025

PETALING JAYA: MIDF Research menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang pada kadar sederhana 4.0 peratus bagi 2025, berbanding 5.1 peratus pada 2024. Firma penyelidikan itu berkata, jangkaan pertumbuhan berkenaan disokong oleh peningkatan berterusan dalam perbelanjaan domestik. Bagaimanapun, pertumbuhan perdagangan luar dijangka perlahan, terutamanya disebabkan oleh permintaan yang semakin lemah dari pasaran utama […]

Continue Reading

BYD Sisma Auto lancar bilik pameran ketiga di Lembah Klang

PETALING JAYA: BYD Sisma Auto memperluas rangkaiannya dengan pembukaan rasmi bilik pameran kontemporari di IPC Shopping Centre, Mutiara Damansara yang kini menjadi cawangan ketiganya di Lembah Klang. Syarikat itu berkata, pelancaran itu menjadi penanda aras baharu yang selari dengan dedikasi syarikat untuk menyediakan akses lebih mudah kepada pelanggan terhadap model kenderaan elektrik (EV) canggih BYD. […]

Continue Reading

Gamuda jual tanah, bangunkan pusat data bernilai RM1 bilion di Port Dickson

PETALING JAYA: Gamuda Berhad (Gamuda) melupuskan tanah seluas 157.4 hektar di Port Dickson pada harga RM455.23 juta dan menjalankan kerja pembinaan pusat data berskala besar dengan nilai pembangunan berjumlah RM1 bilion. Gamuda berkata, anak syarikatnya, Gamuda DC Infrastructure Sdn. Bhd. telah menandatangani perjanjian jual beli (SPA) dan kontrak infrastruktur luaran dengan Pearl Computing Pearl Computing […]

Continue Reading

PRISM+ X340 PRO Evo monitor ultralebar untuk pekerja kreatif, gamer

DALAM dunia digital hari ini, monitor atau skrin bukan lagi sekadar ‘tingkap’ kepada dunia maya, malah ia adalah ruang kerja, medan pertempuran maya, malah tempat melarikan diri dari kesibukan dunia sebenar. PRISM+, sebuah jenama yang semakin mencuri tumpuan di pasaran Asia Tenggara, memperkenalkan monitor X340 PRO Evo – sebuah paparan ultralebar yang bukan sahaja gah […]

Continue Reading

Hab Fintech PayNet percepat industri teknologi kewangan tempatan

KUALA LUMPUR: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) melancarkan Hab Fintech PayNet, sebuah komuniti dan program pemecut pertama negara yang memberi tumpuan kepada pembangunan syarikat pemula dalam bidang teknologi kewangan (fintech). Inisiatif ini bagi mempercepat pertumbuhan industri fintech tempatan dengan menyediakan akses terus kepada modal, rangkaian industri, insentif kewangan, serta peluang pembelajaran dan kerjasama strategik. […]

Continue Reading

FMM mahu tumpuan menyeluruhan dalam langkah strategik tarif AS

PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) gesa kerajaan memberi tumpuan terhadap pelaksanaan menyeluruh pelbagai langkah strategik, khususnya bagi menangani kesan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap eksport Malaysia yang diumumkan dalam Sidang Khas Parlimen hari ini. Presidennya, Tan Sri Soh Thian Lai berkata, kerjasama erat antara kerajaan dan industri perlu diteruskan bagi memastikan […]

Continue Reading

Kerajaan tidak tunggu Belanjawan 2026 semak unjuran ekonomi

KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menunggu sehingga pembentangan Belanjawan 2026 untuk mengemaskini unjuran ekonomi negara pada tahun ini. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, terdapat kemungkinan negara tidak dapat mencapai unjuran Belanjawan 2025 bagi pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) yang telah diumumkan sebelum ini iaitu 4.5 peratus hingga […]

Continue Reading

Mavcom naik taraf papan pemuka prestasi syarikat penerbangan dan lapangan terbang

PETALING JAYA: Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) melancarkan Papan Pemuka Prestasi Syarikat Penerbangan dan Lapangan Terbang yang ditambah baik, bertujuan menyediakan analisis yang lebih menyeluruh dan terperinci. Penambahbaikan ini memberikan analisis kepada orang awam dan pihak berkepentingan industri mengenai prestasi syarikat penerbangan dan lapangan terbang di seluruh Malaysia. Papan pemuka yang ditambah baik yang tersedia di […]

Continue Reading

Enam strategi pastikan ekonomi negara stabil

PETALING JAYA: Kerajaan mengatur enam strategi untuk memastikan kestabilan ekonomi dan mempertahankan kepentingan negara untuk jangka masa pendek dan sederhana susulan tarif timbal balas oleh Amerika Syarikat (AS). Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, antaranya membantu pengeksport yang terjejas khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS), menggalakkan kerjasama serantau dan pasaran baharu dan mempercepat pelaksanaan […]

Continue Reading

Foodpanda Malaysia terajui masa depan industri 

MUKADIMAH INDUSTRI penghantaran makanan di Malaysia terus berkembang pesat, didorong oleh teknologi, perubahan gaya hidup dan permintaan pengguna yang semakin tinggi.  Sebagai antara peneraju dalam sektor ini, foodpanda Malaysia tampil dengan pelbagai inisiatif baharu untuk 2025 yang menumpukan kepada kemampuan, kepelbagaian pilihan dan kelestarian.  Pengarah Urusan Foodpanda Malaysia, TAN MING LUK berkongsi dengan wartawan Utusan […]

Continue Reading

Cara jana pendapatan lebih baik

BEKERJA lebih daripada satu pekerjaan, siang dan malam, namun pendapatan masih tidak mencukupi, inilah realiti yang dihadapi oleh ramai individu masa kini, khususnya di kawasan bandar. Ramai sanggup mengorbankan masa rehat, masa bersama keluarga dan juga kesihatan demi menambah pendapatan, namun pulangan yang diterima sering kali tidak setimpal dengan usaha dicurahkan. Pada minggu ini, Ringgit […]

Continue Reading