PEGT peroleh tambahan bekalan gas 155 juta kaki padu piawai sehari

PETALING JAYA: Petronas Energy & Gas Trading Sdn. Bhd. (PEGT) memperoleh tambahan bekalan gas sebanyak 155 juta kaki padu piawai sehari (MMSCFD), menjadikan jumlah keseluruhan bekalan gas meningkat kepada 400 MMSCFD melalui sistem paip gas Trans Thailand-Malaysia (TTM). Tambahan bekalan itu telah menstabilkan bekalan gas di kawasan utara Semenanjung Malaysia termasuk Bestari Jaya, Meru dan […]

Continue Reading

ASM meterai taja jamin dengan M&A Securities untuk IPO

PETALING JAYA: ASM Automation Group Berhad (ASM), pakar terkemuka penyelesaian jentera automasi di Malaysia menandatangani perjanjian taja jamin dengan M & A Securities Sdn. Bhd. (M&A Securities) sebagai persediaan untuk Tawaran Awam Permulaannya (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). ASM memperoleh kelulusan Bursa Securities untuk penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia […]

Continue Reading

Bank Rakyat umum dividen 17 peratus, melibatkan pembayaran RM486.32 juta

KUALA LUMPUR: Bank Rakyat mengumumkan pembayaran dividen 17 peratus bagi tahun kewangan 2024, membabitkan jumlah pembayaran sebanyak RM486.32 juta. Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop), Datuk Ewon Benedick berkata, pembayaran dividen akan dilakukan mulai 16 April 2025 dan akan memanfaatkan 773,859 anggota. Katanya, Bank Rakyat telah berjaya mengekalkan prestasi kadar dividen berjumlah dua digit untuk […]

Continue Reading

Industri takaful berdepan risiko kerugian RM800 juta

KUALA LUMPUR: Industri takaful berpotensi kerugian sebanyak RM800 juta berikutan langkah sementara yang mengehadkan peningkatan premium tahunan bagi produk insurans atau takaful perubatan dan kesihatan (MHIT) pada 10 peratus bagi lebih 80 peratus pemegang polisi untuk tempoh tiga tahun akan datang, menurut Persatuan Takaful Malaysia (MTA). Ketua Pegawai Eksekutif MTA, Mohd. Radzuan Mohamed berkata, had […]

Continue Reading

SAG meterai perjanjian taja jamin IPO dengan M&A Securities dan AHIBB

PETALING JAYA: Pakar utama dalam kerja-kerja pemasangan dalaman Signature Alliance Group Berhad (SAG) menandatangani Perjanjian Taja Jamin dengan M & A Securities Sdn. Bhd. (M&A Securities) dan Affin Hwang Investment Bank Berhad (AHIBB). Ia bersempena pelaksanaan tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities), membabitkan Terbitan Awam sebanyak 260 juta […]

Continue Reading

Eco-Shop meterai perjanjian penaja jamin IPO di Bursa Malaysia

PETALING JAYA: Eco-Shop menandatangani perjanjian penjaminan terbitan awam bersama Maybank Investment Bank Berhad (Maybank IB) yang bertindak sebagai penjamin tunggal bagi penyenaraian syarikat di Pasaran Utama Bursa Malaysia Securities Berhad. Penjaminan bagi bahagian runcit tawaran awam permulaan (IPO) ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Eco-Shop untuk menjadi sebuah syarikat tersenarai awam. Ketua Pegawai Eksekutif […]

Continue Reading

Malaysia destinasi pilihan individu kaya China beli rumah lebih AS$5 juta

PETALING JAYA: Malaysia menjadi destinasi keempat paling banyak dicari dalam kalangan pembeli individu bernilai bersih tinggi (HNWI) dari China yang mencari rumah berharga AS$5 juta (RM22.3 juta) dan ke atas, menurut data 2024 daripada Juwai IQI. Malaysia kini berada di belakang Thailand, Australia dan Kanada sebagai destinasi pilihan untuk pembeli rumah dari China yang sangat […]

Continue Reading

Kilang pemasangan helikopter bernilai RM16 bilion di LTAM

MELAKA: Sebuah kilang pemasangan dan hub penyelenggaraan, pembaikan serta baik pulih (MRO) helikopter membabitkan nilai pelaburan RM16 bilion oleh Kerajaan Persekutuan akan dibina di kawasan Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM), Batu Berendam di sini. Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, kilang tersebut bakal dikendalikan The Weststar Group (Weststar) dengan kerjasama syarikat pengeluar […]

Continue Reading

TNB REMACO raih kontrak MRO bernilai RM705 juta di Kuwait

PETALING JAYA: Tenaga Nasional Berhad (TNB) melalui anak syarikat milik penuhnya, TNB Repair and Maintenance Sdn Bhd (TNB REMACO) memperkukuh kedudukannya di peringkat antarabangsa dengan memeterai kontrak tujuh tahun bernilai RM705 juta dengan Kementerian Elektrik, Air dan Tenaga Boleh Baharu (MEWRE) Kuwait. Dalam perjanjian itu, TNB REMACO bersama rakan kongsi dari Kuwait, AL DHOW Engineering […]

Continue Reading

Pasaran buruh dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini

PETALING JAYA: Pasaran buruh tempatan dijangka kekal stabil sepanjang tahun ini, dipacu oleh permintaan domestik yang kukuh serta langkah kerajaan meningkatkan pendapatan rakyat, menurut Kenanga Research. Firma penyelidikan itu menjangkakan, kenaikan gaji minimum dan pertambahan gaji penjawat awam akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah, sekali gus memberi kesan positif kepada ekonomi. “Data terkini pada Februari […]

Continue Reading

F&N import 2,500 lembu dari Chile, lonjak industri tenusu negara

PETALING JAYA: Fraser & Neave Holdings Bhd (F&NHB) mencatat sejarah apabila menerima ketibaan kumpulan komersial pertama terdiri daripada 2,500 ekor lembu betina dari Chile ke ladang tenusunya di F&N AgriValley, Gemas, Negeri Sembilan. Langkah ini menyusuli kejayaan kumpulan percubaan sebelum ini serta lawatan rasmi Menteri Besar Negeri Sembilan ke fasiliti tersebut pada 11 April lalu. […]

Continue Reading

MODEC sasar tingkat tenaga kerja tempatan melalui pusat pelaksanaan baharu

KUALA LUMPUR: Syarikat kejuruteraan luar pesisir dari Jepun, MODEC, Inc. merancang untuk melipat gandakan tenaga kerja di Malaysia daripada hampir 200 orang kepada lebih 800 orang dalam beberapa tahun akan datang melalui pelancaran pusat pelaksanaan serantau baharunya di ibu negara. Langkah itu merupakan pelaburan besar dalam sektor kejuruteraan dan perkhidmatan tenaga Malaysia, sekali gus mengukuhkan […]

Continue Reading

Honda Malaysia buka tempahan untuk BEV pertamanya, e:N1

PETALING JAYA: Honda Malaysia membuka tempahan secara rasmi untuk model kenderaan elektrik bateri (BEV) pertamanya, e:N1 baharu di laman web rasminya. Model yang bakal dilancarkan pada suku kedua 2025 itu meletakkan asas yang kukuh untuk perjalanan BEV Honda Malaysia, mengembangkan tawarannya untuk rakyat Malaysia yang mencari BEV Jepun yang memenuhi keperluan harian mereka. Menurut Honda […]

Continue Reading

U Mobile lantik Huawei, ZTE, bantu percepat liputan 5G

PUTRAJAYA: Penyedia rangkaian 5G generasi hadapan Malaysia, U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) menyasarkan untuk memperluas liputan rangkaian 5G membabitkan 80 peratus liputan kawasan berpenduduk dalam tempoh 12 bulan. Pengerusinya, Tan Sri Vincent Tan berkata, sasaran itu akan disokong oleh dua rakan teknologinya, Huawei Malaysia (Huawei) dan ZTE Malaysia (ZTE). Beliau berkata, Huawei akan mengendalikan […]

Continue Reading

Agrobank taja biasiswa 10 pelajar IPTA

KUALA LUMPUR: Agrobank menganugerahkan Biasiswa Madani berjumlah RM416,500 kepada 10 orang pelajar cemerlang yang sedang melanjutkan pelajaran di institut pengajian tinggi awam (IPTA). Penerima terdiri daripada para pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda di universiti tempatan termasuk Universiti Malaya (UM), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) […]

Continue Reading

Beberapa syarikat dijangka anjak tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR: Ketidaktentuan pasaran yang dicetuskan kebimbangan impak tarif timbal balas Amerika Syarikat (AS) mendorong beberapa syarikat memilih untuk menganjakkan tarikh penyenaraian di Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Malaysia). Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, ada syarikat yang mengambil keputusan itu seperti Cuckoo International (MAL) Bhd., yang mengumumkan penangguhan penyenaraian di Bursa […]

Continue Reading

Bank mungkin tawar moratorium kepada pengeksport

PETALING JAYA: Industri perbankan mungkin mempertimbangkan tawaran program bantuan bantuan pinjaman bersasar kepada pengeksport dan pembekal sokongan yang terjejas oleh tarif luar, sama seperti ditawarkan semasa pandemik Covid-19, kata CIMB Securities Sdn. Bhd. Penganalisisnya, Rachel Huang berkata, semasa pandemik, bantuan penjadualan dan penyusunan semula (R&R) pinjaman telah diberikan pengecualian daripada diklasifikasikan sebagai pinjaman terjejas. Katanya, […]

Continue Reading

Jentayu Sustainables meterai projek hidroelektrik RM2.8 bilion

PETALING JAYA: Jentayu Sustainables Bhd., melalui anak syarikatnya yang dimiliki 70 peratus, Oriole Hydro Padas Sdn. Bhd. (OHP), menandatangani perjanjian pembelian tenaga (PPA) dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd. untuk projek hidroelektrik di Sipitang, Sabah. Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Jentayu Sustainables berkata, projek itu yang terletak di Hulu Sungai Padas itu terdiri daripada dua kemudahan […]

Continue Reading

BMW perkenal varian siri ketiga baharu

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia memperkenalkan varian baharu BMW M340i xDrive Edition 50 Jahre dengan harga bermula daripada RM396,800. Model itu dilancarkan sempena sambutan ulang tahun ke-50 model ikonik BMW 3 Series. Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, BMW 3 Series telah menempah tempat yang istimewa di hati para peminat, bukan sahaja di […]

Continue Reading