Malaysia bangunkan mekanisme kewangan selaras penyampaian ekonomi utama

  PUTRAJAYA: Malaysia akan membangunkan mekanisme kewangan yang dapat menyokong pembangunan ekonomi adil dan lestari, sejajar dengan penyampaian ekonomi utama (PED) yang merangkumi pembiayaan mampan, ekonomi digital, dan pembangunan inklusif. Kementerian Kewangan Malaysia akan menjadi tuan rumah Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat ASEAN Ke-12 (AFMGM) yang akan berlangsung dari 7 hingga 10 April […]

Continue Reading

TM aktifkan bantuan kepada pelanggan terjejas di Putra Height

PETALING JAYA: Telekom Malaysia Berhad (TM) siap sedia dan komited untuk memulihkan perkhidmatan serta membina semula infrastruktur rangkaian yang terjejas secara berperingkat di Putra Heights bergantung kepada tahap kerosakan.  Kerja-kerja pemulihan akan dimulakan sebaik sahaja mendapat kebenaran daripada pihak Bomba dan pihak berkuasa berkaitan. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TM, Amar Huzaimi Md Deris berkata, pihaknya […]

Continue Reading

Pengeluar sarung tangan dijangka catat untung

PETALING JAYA: Pengeluar sarung tangan Malaysia antara yang bakal mencatatkan keuntungan tertinggi apabila perbezaan tarif Amerika Syarikat (AS) semakin melebar antara eksport Malaysia dan China ke AS, dengan kadar tarif masing-masing sebanyak 24 peratus dan sekurang-kurangnya 54 peratus. Pada pukul 5 petang semalam, saham Hartalega meningkat 16 sen kepada RM2. 02, Kossan Rubber melonjak 16 […]

Continue Reading

MITI tidak bercadang kenakan tarif balas kepada AS

PETALING JAYA: Malaysia tidak bercadang mengenakan tarif balas meskipun Amerika Syarikat (AS) menaikkan tarif sebanyak 10 peratus dan mengenakan tarif timbal balik ke atas eksport Malaysia seperti diumumkan Presiden AS, Donald Trump. Bagaimanapun Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) memandang serius kenaikan tarif ini dan sedang berusaha secara aktif berunding dengan pihak berkuasa AS untuk […]

Continue Reading

Tarif AS bakal ubah struktur industri semikonduktor tempatan

PETALING JAYA: Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menaikkan tarif import dari pelbagai negara termasuk Malaysia dijangka mengubah struktur industri semikonduktor tempatan.  Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, langkah itu boleh mengurangkan daya saing syarikat-syarikat Malaysia yang bergantung kepada pasaran AS, sekali gus memberi impak kepada […]

Continue Reading

Agrobank sasar perluas perlindungan takaful ke sektor lain

PETALING JAYA: Agrobank terus memperkukuh kebajikan komuniti pertanian dengan memperluaskan perlindungan takaful ke sektor pertanian lain, selain tanaman padi, dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin, berkata langkah itu susulan kejayaan Skim Takaful Tanaman Padi (STTP) yang mencatat peningkatan menggalakkan dalam kalangan pesawah […]

Continue Reading

Ringgit dibuka lebih rendah ekoran perang perdagangan Trump

PETALING JAYA: Ringgit jatuh sedikit apabila dibuka rendah  hari ini, dibebani tekanan terhadap dolar AS susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengenai tarif timbal balik global. Pada pukul 8 pagi, ringgit turun kepada 4.4425/4445 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.4400/4460. Pentadbiran Trump mengenakan tarif timbal balik yang menyeluruh, dengan Rumah Putih mengeluarkan […]

Continue Reading

Bursa Malaysia susut susulan pengumuman tarif AS

PETALING JAYA: Bursa Malaysia didagangkan rendah seiring pasaran serantau susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang mengenakan tarif sekurang-kurangnya 10 peratus kepada semua negara bermula pada 5 April serta ‘tarif timbal balik individu yang lebih tinggi’ di negara tertentu berkuat kuasa 9 April. Negara-negara ASEAN akan menjadi antara yang terjejas tinggi, dengan Malaysia […]

Continue Reading

Bursa Malaysia ditutup negatif

PETALING JAYA: Bursa Malaysia turun 7.61 mata kepada 1,518.91 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,526.52 pada penutup Rabu. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,517.30. Jumlah dagangan sebanyak 2.51 bilion unit bernilai RM1.81 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 548 berbanding 357 dengan 448 kaunter tidak berubah dan […]

Continue Reading

Pengeksport Malaysia dijangka berdepan tekanan 

PETALING JAYA: Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) menjangkakan pengeksport Malaysia berdepan tekanan untuk menurunkan harga bagi menampung kesan tarif yang dikenakan oleh Amerika Syarikat (AS) , sekali gus memberi kesan kepada margin keuntungan syarikat tempatan.  Langkah ini dibuat di bawah inisiatif ‘Liberation Day’ dan akan berkuat kuasa mulai 9 April 2025, selepas pengenaan tarif awal 10 […]

Continue Reading

Semikonduktor antara barangan dikecualikan daripada tarif Trump

WASHINGTON: Beberapa barangan termasuk eksport utama ke Amerika Syarikat (AS) iaitu produk semikonduktor dikecualikan daripada kenaikan tarif yang diumumkan oleh Presiden Donald Trump. Selain itu barangan seperti tembaga, farmaseutikal, kayu, emas, tenaga dan “mineral tertentu” tidak akan dikenakan tarif timbal balik yang diumumkan Rabu, menurut lembaran fakta Rumah Putih. Rakan kongsi utama AS, Kanada dan […]

Continue Reading

PMI pengilangan Malaysia S&P Global menurun

PMI pengilangan Malaysia S&P Global menurun PETALING JAYA: Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pengilangan Malaysia S&P Global yang diselaraskan secara musiman jatuh dari 49.7 pada Februari kepada 48.8 pada Mac, menunjukkan sedikit kelembapan dalam sektor tersebut. S&P Global Market Intelligence, Usamah Bhatti berkata, pengeluar Malaysia masih berada di bawah tekanan menjelang akhir suku pertama 2025 kerana […]

Continue Reading

TRADA seru kerajaan kecualikan PMKS daripada e-invois

PETALING JAYA: Pertubuhan Transformasi Dayak (TRADA) menyeru kerajaan persekutuan untuk mengecualikan semua Perusahaan Mikro, Kecil, dan Sederhana (PMKS) daripada keperluan e-invois yang membebankan, bukan hanya perniagaan tradisional atau luar talian. Ini kerana e-invois boleh menghalang pertumbuhan PMKS Sarawak, di mana banyak daripada mereka telah bergantung kepada platform e-dagang dalam talian untuk mencapai lebih ramai pengguna, […]

Continue Reading

Kenaikan tarif AS dijangka jejas ekonomi Asia Pasifik 

  PETALING JAYA: Kenaikan tarif Amerika Syarikat (AS) dijangka menjejaskan pertumbuhan di seluruh Asia Pasifik (APAC), menurut kemas kini ekonomi terkini oleh S&P Global Ratings.   Tarif tersebut yang menyasarkan sektor seperti automotif, farmaseutikal dan semikonduktor dijangka memberi tekanan kepada pertumbuhan serantau ketika hubungan perdagangan terus berkembang.   Ketua ahli ekonomi S&P Global Ratings bagi APAC, Louis […]

Continue Reading

Chery umum program pinjaman kenderaan kepada 50 mangsa terjejas insiden kebakaran gas

PETALING JAYA: Chery Corporate Malaysia memberikan bantuan kepada mangsa insiden kebakaran gas di Putra Heights menerusi program pinjaman 50 buah kenderaan bagi membantu keluarga terlibat sebagai pengangkutan sementara.  Syarikat automotif itu berkata, pihaknya sentiasa komited kepada keselamatan, bukan sahaja di jalan raya tetapi juga dalam komuniti kita.  “Kami mengumumkan program pinjaman kenderaan, dengan menyediakan 50 […]

Continue Reading

CIMB komited bantu pelanggan terjejas akibat kebakaran di Putra Heights

PETALING JAYA: CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) komited untuk membantu pelanggan individu, perusahaan kecil dan sederhana (PKS), serta perusahaan mikro melalui pelbagai pelan bantuan yang disediakan bagi yang terjejas akibat insiden di Putra Heights.  CIMB berkata, CIMB Bank Berhad (CIMB Bank) dan CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) telah memudahkan proses permohonan, di mana pelanggan […]

Continue Reading

Kemboja komited akhiri jenayah pemerdagangan manusia

HANOI: Pihak berkuasa Kemboja semalam menegaskan negara itu meningkatkan usaha membanteras jenayah pemerdagangan manusia dan eksploitasi seksual tahun lalu, dengan merekodkan 197 kes, meningkat 20 peratus berbanding 164 kes pada tahun sebelumnya. Menurut Agensi Berita Vietnam (VNA), Setiausaha Negara di Kementerian Dalam Negeri, Chou Bun Eng, berkata agensi penguat kuasa menahan 273 suspek, termasuk 30 […]

Continue Reading

Petronas cari inovator pacu masa depan tenaga

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) melancarkan edisi keempat program pemecutnya, FutureTech 4.0, bertujuan untuk menskalakan penyelesaian inovatif yang menangani cabaran industri dunia sebenar dan mentakrifkan semula masa depan tenaga. Syarikat minyak dan gas negara berkata, edisi baharu program itu kini dibuka untuk aplikasi, ia akan menumpukan kepada memacu inovasi dan kemampanan merentas tiga kategori […]

Continue Reading