Penduduk Taman Pelagat tuai 350 kilogram keli Afrika

BESUT: Projek Sejati Madani dijalankan penduduk Taman Pelagat di sini, membawa pulangan hasil apabila berjaya menuai 350 kilogram (kg) ikan keli Afrika dalam tempoh dua minggu. Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Taman Pelagat, Ghazali Che Noh berkata, ikan keli yang mula diternak sejak November tahun lalu telah mencapai tahap matang dan dituai sejak […]

Continue Reading

PTP tingkat keupayaan kendalian dengan 58 kren eRTG

PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP), syarikat usaha sama di antara Kumpulan MMC dan APM Terminals melakukan pelaburan strategik dengan menandatangani perjanjian untuk mendapatkan 58 kren gantri beroda elektrik (eRTG) dengan Shanghai Zhenhua Heavy Industry Co., Ltd. (ZPMC). Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh berkata, kontrak bersama ZPMC itu merupakan sebahagian daripada strategi […]

Continue Reading

UMW Toyota Motor jual 5,383 unit kenderaan pada Januari

PETALING JAYA: UMW Toyota Motor Sdn. Bhd. (UMWT) terus menunjukkan prestasi kukuh dalam pasaran automotif Malaysia dengan mencatat jumlah jualan sebanyak 5,383 unit pada Januari lalu. Prestasi ini membuktikan ketahanan dan daya saingnya dalam landskap industri yang sentiasa berkembang. Dengan komitmen teguh terhadap kualiti, inovasi dan kepuasan pelanggan, UMWT berada pada kedudukan kukuh untuk terus […]

Continue Reading

Harga emas cecah RM415 segram, dijangka terus meningkat

PETALING JAYA: Harga emas meneruskan rekod kenaikan apabila pelabur terus mencari aset selamat di tengah-tengah kebimbangan yang semakin meningkat kepada perang perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China dan kesannya terhadap pertumbuhan ekonomi. Harga spot emas meningkat 0.8 peratus kepada AS$2,865.61 seauns (RM405 segram), selepas mencapai paras rekod tertinggi AS$2,882.16 (RM415 segram) ketika awal sesi semalam. Niaga hadapan […]

Continue Reading

Northern Solar catat premium 43% di Pasaran ACE

PETALING JAYA: Northern Solar Holdings Bhd. (NSHB) membuat penampilan sulung di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad dengan cemerlang pada 90 sen sesaham, premium 42.86 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) sebanyak 63 sen sesaham. Pengarah Urusannya, Lew Shoong Kai berkata, penyenaraian di IPO itu merupakan satu pencapaian penting dan meletakkan syarikat pada landasan […]

Continue Reading

KLCCP Stapled catat untung bersih RM1.02 bilion

PETALING JAYA: KLCCP Stapled Group mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM1.02 bilion, meningkat 9.15 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, dipacu oleh pertumbuhan mantap merentasi semua perniagaan berbanding RM931.29 juta yang dicatatkan semasa tahun sebelumnya. Hasil kumpukan turut naik 5.66 peratus kepada RM1.71 bilion daripada RM1.62 bilion, disokong oleh prestasi pasaran dan tumpuan strategik […]

Continue Reading

CapitaLand beli tiga hartanah industri RM72 juta di Johor

PETALING JAYA: CapitaLand Malaysia Trust (CLMT) menandatangani perjanjian dengan anak syarikat Gromutual Bhd., Rainbow Entity Sdn. Bhd. (RESB) untuk memperoleh tiga hartanah perindustrian pegangan bebas pada harga tunai RM72 juta di Johor. CLMT berkata, hartanah berkenaan terletak dalam kawasan Senai Airport City (SAC), iaitu hab perindustrian dan pembuatan moden di wilayah Senai dalam Zon Ekonomi […]

Continue Reading

Pasaran buruh dinamik mampu kecilkan jurang pendapatan

PETALING JAYA: Pasaran buruh yang lebih dinamik dengan pekerja mempunyai peluang untuk meningkatkan kemahiran dan mobiliti pekerjaan boleh membantu mengecilkan jurang pendapatan. Presiden Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr. Syed Hussain Syed Husman berkata, ini dapat dibantu melalui pembukaan lebih banyak peluang pekerjaan berkualiti dan meningkatkan pendapatan. “MEF juga sentiasa menyokong inisiatif kerajaan berkaitan pendidikan […]

Continue Reading

Sektor industri dijangka terus berkembang disokong inisiatif kerajaan

PETALING JAYA: Sektor industri Malaysia dijangka terus berkembang tahun ini, disokong oleh inisiatif kerajaan yang kukuh, kemajuan infrastruktur dan taman industri yang baru muncul yang mengintegrasikan kecerdasan buatan (AI), menurut Knight Frank Malaysia. Firma perunding hartanah itu berkata, ketegangan perdagangan global, terutamanya kemungkinan kenaikan tarif di bawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, boleh […]

Continue Reading

Genting Malaysia serah sumbangan RM50,000 kepada Yayasan Veteran ATM

PETALING JAYA: Genting Malaysia Berhad (Genting Malaysia) menyerahkan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada Tabung Pahlawan Yayasan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Menurut kenyataan, sumbangan itu adalah manifestasi komitmen Genting Malaysia sebagai syarikat korporat di dalam menyantuni dan menyokong para veteran ATM yang telah berjuang demi keamanan dan keselamatan negara. “Yayasan Veteran ATM bertekad untuk memantapkan program […]

Continue Reading

Visa umum Previn Pillay sebagai Pengurus Negara bagi Malaysia

PETALING JAYA: Visa, peneraju sistem pembayaran digital mengumumkan pelantikan Previn Pillay sebagai Pengurus Negara Visa baharu bagi Malaysia. Previn adalah seorang pemimpin berpengalaman di Visa dan mempunyai pengalaman lebih 18 tahun di serata Asia Pasifik dan CEMEA. Sebelum pelantikan ini, Previn merupakan Ketua Jualan fdan Perolehan Rakan Niaga bagi Asia Pasifik, yang menyaksikan beliau menerajui […]

Continue Reading

Khazanah garis tiga teras perkukuh operasi masa depan MAHB

PETALING JAYA: Khazanah Nasional Bhd. menggariskan tiga teras utama bagi Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) meningkatkan operasi pengendali lapangan terbang itu pada masa hadapan, kata Pengarah Urusan Khazanah. Datuk Amirul Feisal Wan Zahir berkata, tiga objektif tersebut memfokuskan kepada pengalaman pelanggan, teknologi dan ketersambungan. “Dalam usaha meningkatkan pengalaman pelanggan MAHB dicadangkan supaya meneliti aliran penumpang […]

Continue Reading

Khazanah Nasional catat keuntungan operasi RM5.1 bilion pada 2024

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan keuntungan operasi sebanyak RM5.1 bilion tahun lalu, lebih rendah berbanding RM5.9 bilion yang direkodkan pada 2023. Prestasi itu didorong oleh pendapatan dividen yang stabil, strategi penswastaan yang aktif serta peningkatan nilai ekuiti awam global. Penyata kewangan Khazanah Nasional Berhad kekal kukuh dengan nisbah Nilai Aset Boleh Tunai (RAV) […]

Continue Reading

Ge-Shen isytihar dividen interim satu peringkat 6 sen sesaham

PETALING JAYA:  Ge-Shen Corporation Berhad (Ge-Shen), penyedia perkhidmatan penyelesaian kejuruteraan dan pembuatan ketepatan yang mantap, yang mengkhusus dalam plastik berkualiti tinggi, pemasangan papan litar bercetak (“PCBA”), getah silikon cecair dan pemasangan lengkap untuk pelbagai industri, mengumumkan bahawa Lembaga Pengarah telah meluluskan amaun dividen interim 6 sen sesaham. Ia bagi setiap amaun saham biasa berjumlah RM8.07 juta […]

Continue Reading

Pusat Perubatan Sunway rai 25 tahun transformasi penjagaan kesihatan

PETALING JAYA: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway (SMC) meraikan ulang tahun ke 25 tahun di mana ia mula beroperasi pada November 1999. Sebagai sebuah hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, pencapaian bersejarah ini memperlihatkan kecemerlangan klinikal, penjagaan komuniti dan inovasi perintis, serta menjulang visi yang menjadi asas penubuhannya. Ditubuhkan pada 25 tahun lalu untuk memenuhi […]

Continue Reading

5G-Advanced perkasa AI, pengangkutan dan PKS

KUALA LUMPUR: Digital Nasional Bhd (DNB) dengan kerjasama Ericsson melancarkan 5G-Advanced yang dijangka mempercepatkan automotif, meningkatkan kecekapan dan menyediakan penyelesaian berasaskan Kecerdasan Buatan (AI) masa nyata untuk pelbagai industri, termasuk pengangkutan, penjagaan kesihatan, pertanian serta perniagaan kecil dan sederhana (PKS) 5G-Advanced adalah sebuah teknologi kesalinghubungan generasi baharu yang menggabungkan Kependaman Ultra Rendah dan AI. Menteri […]

Continue Reading

Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja beri perlindungan 24 jam

BANGI: Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) yang menyediakan perlindungan komprehensif selama 24 jam perlu disegerakan bagi melindungi majikan yang mengalami kemalangan di luar waktu pekerjaan. Skim ini menjadi satu keperluan susulan laporan sebanyak 86,529 kes kemalangan yang diterima oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sepanjang tahun lalu. Namun, hasil semakan mendapati hanya 66,574 kes disahkan […]

Continue Reading

Malakoff lupus saham dalam MUSB, fokus bidang pertumbuhan tinggi

PETALING JAYA: Malakoff Corporation Berhad (Malakoff) menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) bagi penjualan 100 peratus kepentingan ekuitinya dalam Malakoff Utilities Sdn. Bhd. (MUSB) kepada KJ Technical Services Sdn.Bhd. (KJTS).  Pelupusan MUSB, sebuah perniagaan bukan teras dalam kumpulan Malakoff, membolehkan syarikat merealisasikan nilai pelaburannya dengan melupuskan pada harga yang kompetitif.  Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif […]

Continue Reading

Sektor huluan minyak dan gas dijangka kekal bekalan kukuh

PETALING JAYA: Sektor huluan minyak dan gas (O&G) dijangka mengekalkan bekalan kukuh pada 2025 dengan aktiviti cari gali dan pengeluaran (E&P) serta pembangunan terus rancak, menurut MIDF Amanah Investment Bank Bhd.  Firma penyelidikan menyatakan, sektor ini juga akan meneruskan usaha mengurangkan pelepasan karbon melalui penggunaan teknologi canggih dan kerjasama strategik. Katanya, Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) […]

Continue Reading

Sektor perbankan dijangka berkembang 5.5% tahun ini

PETALING JAYA: Sektor perbankan dijangka terus berkembang dengan kukuh 5.5 peratus tahun ini, disokong unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 4.9 peratus, menurut Maybank Investment Bank (IB). Ini didorong oleh permintaan pinjaman bukan isi rumah dan peningkatan kualiti aset, walaupun cabaran seperti pertumbuhan pinjaman isi rumah yang lebih perlahan dan pertumbuhan deposit yang […]

Continue Reading