Petronas akan tamatkan aktiviti saluran paip gas Sabah-Sarawak

PETALING JAYA: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) akan menyahaktifkan aktiviti aset matang dalam operasi huluan negara, termasuk Saluran Paip Gas Sabah-Sarawak (SSGP), menurut laporan Prospek Aktiviti Petronas untuk 2025-2027. Saluran paip gas asli sepanjang 500 kilometer (km), yang beroperasi sejak awal 2014, menghubungkan Kimanis (Sabah) dengan Bintulu (Sarawak). Syarikat minyak dan gas nasional itu berkata, proses […]

Continue Reading

BNM kenakan penalti kepada empat institusi kewangan

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (AMP) berjumlah RM1.66 juta terhadap empat institusi kewangan kerana tidak mematuhi Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA) dan/atau Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA). Bank pusat berkata, jumlah AMP yang dikenakan pada 22 Julai 2024 telah dibayar oleh empat institusi terlibat iaitu Malayan Banking Bhd. (Maybank), […]

Continue Reading

Bursa Malaysia ditutup negatif hari ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia ditutup lemah 6.28 mata kepada 1,552.69 pada pukul 5 petang hari ini, berbanding 1,558.97 pada penutup Isnin. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,577.44. Jumlah dagangan sebanyak 2.17 bilion unit bernilai RM1.99 bilion. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 537 berbanding 372 dengan 466 kaunter tidak berubah […]

Continue Reading

Datasonic peroleh lanjutan kontrak cip passport

PETALING JAYA: Datasonic Group Berhad (Datasonic) memperoleh lanjutan kontrak selama setahun untuk membekalkan cip pasport kepada kerajaan Malaysia dengan nilai tambahan kontrak sebanyak RM104.78 juta. Datasonic berkata, kontrak ini mengukuhkan kedudukannya sebagai pemain utama dalam pasaran identiti keselamatan. “Lanjutan kontrak tersebut bertarikh 16 Januari 2025 telah diterima oleh Datasonic Technologies Sdn. Bhd. (DTSB), anak syarikat […]

Continue Reading

Indeks Harga Pengeluar naik 0.5% pada Disember 2024

PETALING JAYA: Indeks Harga Pengeluar (IHPR) Malaysia meningkat perlahan 0.5 peratus pada Disember 2024, menamatkan penurunan tiga bulan berturut-turut sejak September 2024, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM). Peningkatan selepas penurunan 0.4 peratus pada bulan sebelumnya ini didorong oleh prestasi berbeza dalam pelbagai sektor utama, dengan kenaikan ketara dalam sektor pertanian, perhutanan dan perikanan.  Ketua Perangkawan, […]

Continue Reading

Pasaran saham dibuka lemah pagi ini

PETALING JAYA: Bursa Malaysia dibuka negatif apabila jatuh 3.47 mata kepada 1,555.50 pada pukul 9.14 pagi hari ini, berbanding 1,558.97 pada penutup Isnin. Indeks penanda aras dibuka rendah pada 1,577.44. Jumlah dagangan sebanyak 26.912 juta unit bernilai RM20.36 juta. Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 116 berbanding 52, dengan 191 kaunter […]

Continue Reading

Saham syarikat teknologi menjunam, diancam DeepSeek

NEW YORK: Pelabur global menjual saham teknologi berikutan bimbang kemunculan model kecerdasan buatan (AI) kos rendah dari China akan mengancam dominasi peneraju AI seperti Nvidia, menyebabkan nilai pasaran pengeluar cip itu susut AS$593 bilion, kerugian sehari terbesar dalam sejarah Wall Street. Menurut laporan Reuters, minggu lalu, syarikat pemula China, DeepSeek, melancarkan pembantu AI percuma yang […]

Continue Reading

Bursa Malaysia sasar 60 IPO pada 2025

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) menyasarkan sebanyak 60 syarikat atau tawaran awam permulaan (IPO) akan disenaraikan di pasaran saham tersebut tahun ini dengan jumlah permodalan pasaran sebanyak RM40.2 bilion. Pengerusi Bursa Malaysia, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, unjuran tersebut berdasarkan prospek yang kukuh daripada permohonan yang telah dibuat ketika ini. “Buat masa […]

Continue Reading

ES Sunlogy lancar IPO Pasaran ACE, sasar kumpul RM42 juta

PETALING JAYA: ES Sunlogy Berhad (ES Sunlogy) penyedia perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal (M&E) sasar kumpul RM42 juta dengan terbitan 140 juta saham biasa baharu pada harga runcit 30 sen sesaham melalui Tawaran Awam Permulaan (IPO) di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Sebanyak RM14.1 juta daripada hasil pengumpulan dana ini akan diperuntukkan […]

Continue Reading

Ekonomi Malaysia dijangka naik 4.5 peratus pada 2025

PETALING JAYA: Ekonomi Malaysia dijangka berkembang pada 4.5 peratus tahun ini, dengan peningkatan perbelanjaan domestik dan aktiviti pelaburan serta asas perdagangan luar yang lebih kukuh, menjadi petunjuk potensi ekonomi Malaysia. Sementara itu, pertumbuhan keseluruhan 2024 diunjur pada kadar 5.1 peratus, disokong oleh permintaan domestik yang kukuh, pemulihan sektor luar, serta pelaburan strategik dalam tenaga boleh […]

Continue Reading

Malaysia fokus FTA, pasaran pesat membangun untuk perdagangan 2025

KUALA LUMPUR: Malaysia menumpukan penekanan kepada kerjasama strategik dengan rakan perjanjian perdagangan bebas (FTA), dan pasaran pesat membangun baharu untuk meningkatkan eksport negara pada tahun ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pasaran baharu kekal sebagai fokus utama Malaysia, dengan usaha pengembangan perdagangan menyasarkan Afrika, Timur Tengah […]

Continue Reading

Median upah sektor formal meningkat 5.6% kepada RM2,745

PETALING JAYA: Median upah sektor formal meningkat 5.6 peratus, mencatatkan RM2,745 pada September 2024, sekali gus mencerminkan landskap pasaran buruh yang lebih baik pada suku tahun ketiga 2024, selari dengan prestasi ekonomi negara yang kukuh. Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, bilangan pekerja formal warganegara mencapai 6.82 juta orang pada September 2024, […]

Continue Reading

Fad’l Mohamed dilantik CEO baharu Bursa Malaysia

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) mengumumkan pelantikan Datuk Fad’l Mohamed sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bursa Malaysia baharu, menggantikan Datuk Muhamad Umar Swift, berkuat kuasa 1 Mac 2025. Keputusan itu dibuat oleh lembaga pengarahnya, selaras dengan pelan penggantian kepimpinan bursa dan dengan persaraan akan datang Muhamad Umar yang telah menjadi CEO Bursa Malaysia […]

Continue Reading

Tiada toleransi terhadap pelanggaran integriti dan tadbir urus – ProLintas

PETALING JAYA: Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd. (ProLintas) menegaskan syarikat mempunyai dasar sifar toleransi terhadap pelanggaran integriti dan tadbir urus seterusnya akan mengambil segala tindakan yang perlu untuk menangani serta melindungi kepentingan syarikat. Ini susulan pertuduhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Pegawai Operasi (COO) ProLintas, Ir. Rostam Shahrif Tami dan pengurus projek, […]

Continue Reading

EVM, Solarvest, PECC2 percepat penggunaan tenaga boleh diperbaharui di Vietnam

PETALING JAYA: Saigon Jim Brother’s Corporation (EVM), Solarvest (Vietnam) Company Limited (Solarvest) dan Power Engineering Consulting Joint Stock Company 2 (PECC2) meterai Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan mempercepat penggunaan penyelesaian tenaga boleh diperbaharui di Vietnam. Kerjasama itu memanfaatkan Mekanisme Perjanjian Pembelian Kuasa Langsung (DPPA) menerusi Grid Nasional untuk membekalkan sejumlah besar tenaga hijau oleh Solarvest dan […]

Continue Reading

Untung Bersih Bursa Malaysia melonjak kepada RM310.1 juta bagi TK2024

PETALING JAYA: Bursa Malaysia Berhad (Bursa Malaysia) mencatatkan keuntungan selepas cukai, zakat dan faedah minoriti (PATAMI) berjumlah RM310.1 juta untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024 (TK2024), melonjak 22.9 peratus daripada RM252.4 juta pada tempoh sama tahun sebelumnya. Pertumbuhan tersebut didorong prestasi kukuh dalam pasaran sekuriti dan derivatif serta perniagaan data, yang menyumbang kepada pertumbuhan […]

Continue Reading

SC perluas pilihan pembiayaan kepada MSME, kontraktor kecil

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti (SC) melancarkan SARANA, skim pembiayaan alternatif yang ditawarkan oleh sembilan pengendali platform pembiayaan peer-to-peer (P2P) yang berdaftar di bawah sistem perolehan elektronik kerajaan. SC berkata, skim pembiayaan alternatif ini berkuat kuasa serta-merta, bertujuan untuk menangani keperluan modal kerja bagi Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (MSME) serta kontraktor kecil yang menyertai kontrak […]

Continue Reading

JS-SEZ pemacu utama pertumbuhan sektor hartanah, infrastruktur, teknologi tinggi

PETALING JAYA: Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dipercayai akan menjadi pemacu utama pertumbuhan ketara merentas sektor hartanah, infrastruktur dan teknologi tinggi, Maybank Investment Bank (Maybank IB). Bank pelaburan itu optimis terhadap prospek jangka panjang terutama selepas mengadakan lawan ke Johor baru-baru ini termasuk mengadakan perbincangan bersama pihak berkuasa negeri, pemaju hartanah dan pemeriksaan ke tapak […]

Continue Reading