NIIF dijangka dilancarkan pertengahan tahun ini

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memperkenalkan Rangka Kerja Insentif Pelaburan Baharu (NIIF) pada pertengahan tahun ini yang dijangka mampu menjana ekonomi yang lebih dinamik, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Timbalan Menterinya, Liew Chin Tong berkata, NIIF yang yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Belajawan 2025 itu mempunyai enam poin kad […]

Continue Reading

Inflasi menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024

PETALING JAYA: Inflasi Malaysia menyederhana kepada 1.7 peratus pada Disember 2024 dengan mata indeks mencatatkan 133.4 berbanding 131.2 pada bulan yang sama tahun sebelumnya, menurut Jabatan Perangkaan. Peningkatan itu didorong oleh peningkatan lebih perlahan bagi kumpulan utama penjagaan diri, perlindungan sosial dan pelbagai barangan dan perkhidmatan (3.2 peratus), rekreasi, sukan dan kebudayaan (1.7 peratus), kesihatan […]

Continue Reading

OPR kekal pada 3.0 peratus

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus pada mesyuarat pertama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk 2025 hari ini. Bank pusat berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan adalah konsisten dengan penilaian semasa tentang prospek inflasi dan pertumbuhan. “MPC terus memantau perkembangan semasa bagi […]

Continue Reading

12 syarikat penerbangan baharu rangsang pertumbuhan

PETALING JAYA: Malaysia mencapai pertumbuhan penerbangan yang ketara pada 2024, dengan penambahan 12 syarikat penerbangan baharu, 16 penyambungan semula dan 24 destinasi baharu, kata Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB). Menurut kenyataannya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pintu masuk antarabangsa tersibuk negara, menerima beberapa syarikat penerbangan antarabangsa, manakala lapangan terbang serantau juga mendapat manfaat daripada […]

Continue Reading

BNM dijangka kekalkan OPR pada 3.0%, disokong kestabilan inflasi

PETALING JAYA: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) pertama bagi 2025 hari ini, didorong oleh kadar inflasi yang boleh diurus dan prospek pertumbuhan ekonomi yang stabil. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan Universiti Utara Malaysia, Fuad Mohamed Berawi berkata, analisis semasa mencadangkan bahawa […]

Continue Reading

MAA letak sasaran lebih rendah, TIV 780,000 unit tahun ini

KUALA LUMPUR: Persatuan Automotif Malaysia (MAA) meletakkan sasaran jumlah keseluruhan industri (TIV) lebih rendah kepada 780,000 unit tahun ini, berbanding rekod sepanjang masa yang dicatatkan tahun lalu iaitu 816,747 unit. Presidennya, Mohd. Shamsor Mohd. Zain, berkata jangkaan lebih rendah sebanyak 36,747 unit itu dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor termasuk ekonomi dan dasar yang dilaksanakan […]

Continue Reading

Pelantikan Trump beri kesan besar kepada ekonomi dunia

PETALING JAYA: Tindakan drastik Donald Trump membatalkan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh kepimpinan Joe Biden selepas mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) semalam menunjukkan beliau akan melaksanakan dasar agresif seperti dijanjikannya sewaktu berkempen dahulu. Penganalisis ekonomi UniKL Business School, Prof Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, ia pasti akan memberi kesan yang besar […]

Continue Reading

Boost catat nilai transaksi RM5.6 bilion pada 2024

KUALA LUMPUR: Boost mencatatkan Nilai Transaksi Kasar (GTV) yang mengagumkan, dengan jumlah transaksi tahunan melebihi RM5.6 bilion pada 2024, mengukuhkan kedudukan sebagai platform dipercayai. Laporan e-Conomy SEA 2024, sektor perkhidmatan kewangan digital (DFS) Asia Tenggara dijangka menjana pendapatan sebanyak AS$33 bilion (kira-kira RM147.64 bilion), dipacu oleh penggunaan pembayaran tindak balas cepat (QR) dan pinjaman digital […]

Continue Reading

Jualan kenderaan lepasi 800,000 unit buat pertama kali pada 2024

KUALA LUMPUR: Industri automotif Malaysia mencipta satu lagi rekod baharu apabila jumlah keseluruhan industri (TIV) melepasi angka 800,000 unit buat pertama kali dalam sejarah tahun lalu. Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Mohd. Shamsor Mohd. Zain berkata, prestasi cemerlang yang dicatatkan industri automotif tempatan sepanjang tahun lalu disokong faktor ekonomi negara yang berkembang pesat kepada 5.2 […]

Continue Reading

Terbitan bon korporat meningkat kepada RM124.2 bilion pada 2024

PETALING JAYA: Terbitan bon korporat di Malaysia meningkat kepada RM124.2 bilion pada 2024, melepasi paras RM118.3 bilion yang dicatatkan pada tahun sebelumnya, menurut laporan RAM Ratings.  Agensi penarafan kredit itu berkata, sektor kewangan dan hartanah terus menjadi pemacu utama terbitan, masing-masing menyumbang RM51.7 bilion dan RM19.9 bilion.  Trend ini mencerminkan pola serupa yang dilihat pada […]

Continue Reading

Battersea Power Station capai pertumbuhan jualan dua digit

PETALING JAYA: Peruncit di Battersea Power Station menyaksikan peningkatan jualan sebanyak 13.4 peratus pada November dan Disember 2024 berbanding tempoh dagangan perayaan yang sama pada 2023, kata Battersea Power Station Development Company (BPSDC). Pertumbuhan tersebut melibatkan jualan fesyen meningkat sebanyak 11.7 peratus, barang kemas dan aksesori sebanyak 13.3 peratus dan kecantikan sebanyak 11.2 peratus. BPSDC […]

Continue Reading

RichTech Digital lancar IPO Pasaran ACE

PETALING JAYA: RichTech Digital Berhad (RichTech), syarikat yang terlibat dalam pengedaran tambah nilai elektronik dan penyediaan perkhidmatan pembayaran bil di Malaysia,  melancarkan prospektusnya untuk Tawaran Awam Permulaannya (“IPO”) bersempena dengan penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Berhad (Bursa Securities). Pencapaian ini menekankan dedikasi RichTech untuk memajukan kedudukannya dalam industri tambah nilai elektronik dan perkhidmatan pembayaran […]

Continue Reading

Shopee perkasa usahawan tempatan, pacu kejayaan e-dagang

PETALING JAYA: Shopee mengukuhkan komitmennya untuk memperkasakan perniagaan tempatan dan menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi digital Malaysia. Sepanjang tahun 2024, jenama, penjual, dan ahli affiliate tempatan mencatatkan pertumbuhan hebat, termasuk peningkatan dalam metrik utama seperti pertumbuhan ahli affiliate dan penglibatan strim langsung. Ini mencerminkan impak transformasi Shopee terhadap landskap e-dagang Malaysia. Bersama-sama, mereka membawakan pengalaman membeli-belah yang inovatif, menarik, dan lancar […]

Continue Reading

Malaysia, EU sambung semula perjanjian perdagangan bebas

PETALING JAYA: Malaysia bakal menerima impak positif dari sudut ekonomi selepas rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas Malaysia-Kesatuan Eropah (MEUFTA) dihidupkan semula. Pejabat Perdana Menteri berkata, pengumuman penyambungan semula rundingan itu dibuat selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen. Jelasnya, penyambungan semula rundingan ini menandakan satu pencapaian […]

Continue Reading

Pegang 86.5 peratus saham, GDA berjaya ambil alih MAHB

PETALING JAYA: Konsortium diterajui Khazanah Nasional Bhd. dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Gateway Development Alliance Sdn. Bhd. (GDA) mengurangkan syarat penerimaan tawarannya kepada 85 peratus daripada jumlah saham terbitan Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB). Ini dapat dilihat bahawa konsortium itu, yang telah memperoleh 86.51 peratus daripada saham terbitan keseluruhan MAHB, berjaya dalam usaha menjadikannya […]

Continue Reading

MR D.I.Y. perkenal kit kecemasan ‘MR D.I.Y SOS Kit’

PETALING JAYA: Peruncit barangan kelengkapan rumah kegemaran rakyat Malaysia, MR D.I.Y., memperkenalkan ‘MR D.I.Y SOS Kit’, sebuah kit kecemasan unik yang menggabungkan keperluan pertolongan cemas dan alat kecemasan untuk kenderaan. Kit ini direka untuk membantu pengguna menangani situasi kecemasan dengan memberikan bantuan perubatan segera dan alat untuk menangani kerosakan kenderaan. Antara kandungan kit ini termasuk […]

Continue Reading

Seven Bank sasar pasang 100 ATM di Malaysia tahun ini

KUALA LUMPUR: Seven Bank, Ltd., cabang perniagaan perbankan kumpulan 7-Eleven dari Jepun menyasarkan memasang 100 mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di bawah jenama Reachful di seluruh Malaysia tahun ini.  Presiden Seven Bank Ltd. , Masaaki Matsuhashi berkata, pemasangan pertama sebanyak 100 mesin akan dilakukan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor.  Jelas beliau, pihaknya juga […]

Continue Reading

Malaysia catat rekod perdagangan tertinggi, RM2.879 trilion pada 2024

PETALING JAYA: Perdagangan Malaysia mencatatkan rekod tertinggi baharu mencecah RM2.879 trilion, naik 9.2 peratus tahun ke tahun, melepasi aras RM2 trilion selama empat tahun berturut-turut pada 2024. Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, eksport juga melebihi jumlah RM1 trilion selama empat tahun berturut-turut, meningkat 5.7 peratus kepada RM1.508 trilion. “Jumlah ini melepasi 87.2 peratus […]

Continue Reading

AHAM Capital isytihar agihan pendapatan RM1.11 billion

PETALING JAYA: AHAM Asset Management Berhad (AHAM Capital) mengisytiharkan agihan pendapatan berjumlah RM1.11 bilion bagi tahun kewangan 2024, meliputi sejumlah 89 dana borong dan runcit yang diuruskan oleh syarikat. Dana-dana itu merangkumi pelbagai strategi pelaburan dan kelas aset termasuk ekuiti, bon dan aset bercampur. Ketua Pegawai Penyelesaian Produk AHAM Capital, Anton Tan berkata, pihaknya gembira […]

Continue Reading

Melacca Securities sasar saham Colform naik 38.9% kepada 0.50 selepas senarai

PETALING JAYA: Malacca Securities Sdn. Bhd. meletakkan sasaran saham Colform Group Berhad (Colform) yang akan disenaraikan di pasaran ACE akan meningkat sebanyak 38.9 peratus selepas ia disenarikan. Syarikat pembrokeran itu telah memberikan nilai saksama RM0.50 iaitu pendahuluan sebanyak 38.9 peratusdaripada harga IPO pada RM0.36. Colform ialah pakar keluli dan bahan binaan yang terkenal dengan pengalaman lebih […]

Continue Reading